Sepatutnya flight kami pukul 7 pagi. Bayangkan saya tidur pukul 2.30 pagi sebab sediakan barang anak2. Dah Mama nya sibuk nak berjalankan. Then pukul 3 pagi dah bangun.
Pergi KL Sentral tunggu kawan pukul 4 pagi. Tengok mata tu..eyebag..scary. Sudahlah trip sepatutnya 5 hari dah pendek jadi 4 hari sebab AA cancel flight ke Semarang. Dulu terbang sehari sekali, sekarang 2 hari sekali. Pastu sorang opismate yang patut join cancel pulak last minute. Macam2 hal.
Ada hikmahlah kan semua kejadian. Dapat duduk Hot Seat..hehehe. Tapi ada lagi benda jadi. Dah duduk dalam flight ada 1/2 jam kot, di udara dalam 15 minit. Jeng..jeng..jeng..tetiba..pilot announce.
Selepas mendarat, technician AA cuba baiki tapi tak berjaya. Kami kena turun dan tukar kapalterbang. Tapi tengok muka kitorang tu..senyum je..tapi dalam hati tak putus2 berdoa. Yang lebih baru tapi tetap lantai bergegar masa berlepas. Dalam hati tak putus2 saya berdoa. Selamatkanlah kami. Alhamdulillah kami tiba akhirnya di Semarang lebih kurang jam 11 pagi. Sepatutnya kami tiba pada jam 8.40 pagi.
Sampai di Achmad Yani International Airport Semarang ada lagi satu kisah. Kau pernah kena scan 10 jari di mana2 kaunter Imigresen di Indonesia Airport? Sini lah tempatnya. Rasa pelik, scary, leceh, lucu semua ada.
Serius saya rasa saya ini macam pendatang. Memang pendatang pun. Satu flight semua muka Indon. Kami bertiga je Malaysian kot. Yang lain kalau ada Malaysian pun adalah chinese or different race..bukan Melayu sejati macam kami..huhu. Semua orang Indon tengok kitorang tau. Hampeh! But itulah pengalaman kan :)
Cuaca di Semarang? Panas banget. Kebetulan Kota Semarang sedang menyambut Dirgahayu Kota Semarang Yang ke-466. Memang banyak event dan meriah dengan rakyatnya yang Nongkrong di Alun-Alun. Nongkrong = melepak. Alun-alun = dataran. Macam melepak di Dataran Merdeka gitu.
Terus kami ke Hotel Quest Semarang. Jauh sikitlah dari Airport. Tapi puashati menginap di sini.
Luas depannya, mudah Pak Supir menunggu tamu.
Baru saya perasan pic ni. Cer korang telek TV kat belakang tu. Apa tu? Kuntilanak? Huhu...
Bilik besar. Ada wifi. Katil ni king size. Tapi apa gatal mulut saya pi tanya pasal extra matress. So, kawan saya Ina tidur di bawah. Saya berpelukan tidur dengan Wahida..kahkahkah. Jangan percayalah. Awal2 Wahida dah tepis tangan saya tau. Dia buat tanpa sedar sebab masing2 kepenatan sudah.
TV yang saya sorang je kot sibuk tengok. Kejap2 tukar..pastu bosan. Mujur cermin panjang. Cukuplah 3 'mak dara' nak mekap2.
Aku kangen sama kamu ibuk Wahida. Jom tidur sama2 lagi..muahaha. Rate bilik ni semalam RP291,852 = RM90 without breakfast. Tambah mattress RP100,000 = RM31.
Gambar lobby korang tengok jelah kat blog Wahida. Saya penat sangat tak sempat nak snap. Ni pool at Hotel Quest. Not bad.
Kalau ada banyak masa, mahu saya ajak Wahida & Ina mandi berbikini di sini. Mana ada orang kenal kitorang kan? Semua pun Indon..kahkahkah.
Ibuk Wahida? Mauk enggak? Mandi kolam berbikini bersama saya..hahaha.
Malam2 mesti best kat sini bersaksikan bulan dan bintang.
Ada tempat lepak2 lagi kat sini. Best.
Dahlah..bosan pulak nanti korang tengok entri merapu ni. Jom kita ronda Kota Semarang Isnin nanti..Yiihaa!!
11 comments:
ikut suka dia..
saya fedap.
terus mintak refund!
hurmmm tak silap i...
masa gi pekanbaru tu pun kena scan 10 jari tu lah...
ke masa gi s'pore...
tak ingat lah yg mana satu...
tapi ada lah...
tp blk hotel tu mmg syok,. rm90 mcm dh hotel berbintang2 kt kl nih... puas hati betul...tp yg tak menahan, balik sana akak teror ckp indon ek hehehe
Post a Comment