Showing posts with label semarang. Show all posts
Showing posts with label semarang. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

WW ~ New Invention


Pernah tengok bakar jagung pakai kipas letrik?  Tak pernah kan?  Kat Indon, semua boleh..wakaka.

Tuesday, June 11, 2013

Supir Di Semarang & Jogja


Memperkenalkan inilah dia supir kami ketika di Semarang dan Jogja.  Nama dia Ashary atau panggil aje Mas Ari tapi saya suka panggil dia Harry Boy.  Itupun lepas dengar dia speaking London..hahaha.  Harry Boy ni suka tau skandal2 ngan mak2 orang.  Notti..hahaha.


Harry Boy ni kau suruhlah apa aje..dia ok je.  Pegangkan handbag pun boleh.  Tapi dia ni lawak.  Sampai batuk2 semput saya melayan lawak dia tu.  Tapi tang speaking london tu kalah kitorang tau.  Lagu yg dimainkan kat dlm kereta pun lagu omputih memanjang.  Lagu Indon tak main eh.



Jadi photographer pun boleh.  Dia ikut je kehendak kitorang.  Tapi dia ni muka kalau kat Malaysia orang kata muka orang Kelantan gitu.  Tapi buka mulut out terus..slang Jawa kuar..hahaha.  Ada sekali tu dia shuffling masa kitorang makan.  Buat moonwalk bagai.  Masa kereta stop kat traffic light pun dia leh bantai gak exercise kat tengah2 jalanraya.  Sakit2 perut menahan gelak tengok kerenah dia.


Apa pun permintaan kitorang dia layan je.  Sporting.  Cewah..mata bertentang mata kau.


Tapi biasanya saya memang tak tahan..terburai gelak sokmo.  Actually trip ni trip backpackers tapi bila sorang rakan 'lelaki' tarik diri di saat2 akhir, saya terpaksa minta tolong Wahida carikan Supir.  Yelah..mak dara bertiga je kau..kang apa2 hal sapa nak jawab kat laki masing2?  Lebih selamatlah pakai supir.  Nak cuba dapatkan khidmat supir, cuba contact tokey dia 'Pak Guntur' di no:-

006 281 390339313
006 281 901657313
006 281 56599124

Bolehlah request Mas Ari ni kalau nak.  Sewa sehari RP350,000 = RM110.  Petrol, parking, makan supir tidak termasuk ye.  Yang tu kita kena keluar duit lain.  Supir ni pulak dari Semarang, so, penginapan di Jogja kami kena tanggung - RP100,000 satu malam.  Tak macam di Bandung, Jakarta atau Bali yang lebih murah.

Trip single tak bawak anak ni mmg kami belasah jalan kaw2.  Umpama kami ke sini sekali je seumur hidup sebab tu kami cuba pergi sebanyak tempat yang boleh sepanjang 4 hari di sana.  Kalau balik Jogja tu macam balik kampung or berjalan dengan anak2 or berhoneymoon dengan husband, confirm kami santai2 aje..hehehe.  Kalau yang nak cari entry Semarang dan Jogja, klik aje kat SINI.  

Thanks pada Wahida kerana sudi join trip saya ngan opismate ni.  Seronok jalan ngan dia, ajak sekali ada duit terus on.  Nak travel ni jangan tunggu2 orang, kalau tunggu2 orang tak ke mana kita.  Ada duit..on terus tau.  Ok, jumpa lagi nanti.

Monday, June 10, 2013

Candi Prambanan, Jogja


Perut dah kenyang, jom cepat2 kita ke destinasi terakhir sebelum terbang pulang.  Ke mana?  Candi Prambanan.  Sebuah lagi Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Sebelum masuk, sila beli tiket dulu.  Untuk foreigner memang mahallah.  RP171,000 = RM53.20.  Semua tapak UNESCO memang mahal2..bertabahlah bayar..hehehe.


Jom menapak ke Candi.


Wah...dah nampak..dah nampak.  Tapi kena jalan jauh lagi ke macam kat Borobudur tempoh hari? Huhu.


Sebelum tu jom lah kita amik gambar dulu.  Apsal rasa macam Iron Man je?  Oh..sebab sinaran matahari terpancar didadaku..kahkah.  Masa sampai ni matahari berada di belakang temple, so pic agak gelap sket.


Candi Prambanan adalah kompleks candi Hindu yang terbesar di Indonesia.  Dibina pada abad ke 9 masehi.  Candi ini dipersembahkan untuk Trimurti iaitu 3 dewa utama Hindu - Brahma, dewa pencipta, Wishnu, dewa pemelihara dan Siwa, dewa pemusnah.  Jom kita teroka candi terindah di Asia Tenggara ini.


Nak naik ke Shiva Temple ni kena jaga beberapa langkah keselamatan.


Tinggi kau..tak boleh lama tau dalam ni..sorang 15 minit je.  Maksimum sekali masuk 50 orang.


Jom2 kita tengok kawasan tapak projek..hahaha.  Memang kena pakai topi kontraktor ni untuk langkah2 keselamatan ye.


Agak susah nak bergambar kat sini sebab ada je orang lalu lalang.


Pegang2 tapi takut jugak..kot tetiba ada runtuhan batu ke.  Rimas tau pakai topi tu.  Asyik nak terjatuh je.


Relief2 yang terdapat di dinding candi.


Semua relief2 ini ada cerita tersendiri.


Sebahagian runtuhan candi yang perlu dipelihara semula.


Ada 240 candi di sekeliling kompleks Prambanan ni.


Ada yang ranap akibat gempa bumi dan letusan Gunung Merapi.


Yeah..akhirnya berjaya menjejakkan kaki di sini.


Nak keluar dari sini seksa jugalah.  Jauh kemain.  Pastu berpeluh2 saya mengejar Wahida dan Ina.  Kemain laju dorang berjalan.  Sebabnya kitorang kejar flight..hehehe.


Bye2 Candi Prambanan.  Bye2 kota Jogja.


Kami pulang ketika senja berlabuh di Jawa Tengah.  Pemandangan sunset yang awesome di atas awan biru sambil melihat puncak Gunung Merapi.  Alhamdulillah..kami pulang dengan selamat.  Esok, entri terakhir Semarang/Jogja trip saya.  Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, June 7, 2013

Tugu Yogyakarta & Ayam Goreng Suharti


Lepas beli brownies kat Amanda tu, kitorang singgah kat Tugu Yogyakarta yang betul2 terletak di tengah2 Jalan Malioboro.  Tugu ini merupakan landmark / lambang yang sangat popular di Jogja.  Ianya dibina oleh Hamengku Buwono 1.


Tugu ini juga dikenali sebagai 'Tugu Pal Putih' sebab warna cat yang digunakan dari dahulu memang putih.  Dari Kraton Yogyakarta kalau kita melihat ke utara, kita akan dapati Jalan Maliboro, Jl Mangkubumi,  tugu ini, Jalan Monument Yogya Kembali akan membentuk satu garis lurus ke arah Gunung Merapi.  Bila tengok pic ni menyesal pulak duduk depan..gomoks..hahaha.  Dah2..jom pi makan.  Lapar lah pulak.


Kitorang berhenti makan kat Ayam Goreng Suharti.  Mengikut kata supir tempat ni popular dan sedap.  Cer tengok muka Wahida.  Macam tak puashati kan?  Actually dia risau tu..handphone supir terjatuh dalam bekas air kat toilet.  Rosaklah telefon..dahlah supir kena balik ke Semarang.  Harap xde apa2 lah kan.


Kedai ni besar jugak.  Ada live band.  Tapi service tu agak lambat sket.  Orang ramai kot time ni.  Kitorang pulak dah kebulur masa ni.


Actually saya nak order Ayam Goreng Suharti tapi order tak boleh nombor ganjil.  Kami kan berempat.  Ina pulak dah jemu makan ayam dia nak makan nasi goreng.  Bila 3 orang order, dia tak terima.  Kena genap.  So, saya beralah ambiklah nasi goreng sama dengan Ina.  Harga nasi ni RP22,000 = RM6.80.  Sedap jugak.


Ini ayam goreng Suharti si Wahida.  Saya amiklah rasa sikit.  Sedap sangat...crunchy.  Nak2 serbuk2 tu..pergh..mmg best.  Ayam lembut.  Harga RP35,200 = RM10.90.  Boleh tahan mahal tapi sedap xpelah kan.  Supir pun order yang ini.  Dia dapat bahagian atas dengan kepala2 ayam sekali..hahaha.


Wahida order Cincau, saya air mangga dan supir carrot juice.  Ina x order air kot..tak sure.  Kalau ke Jogja singgahlah makan kat sini.  Sedap..pasti x nyesal..cewah!  Minggu hadapan layan entri terakhir kami di Jogja sebelum entri info mengenai Supir selasa depan.  Fuhhh :-P

Thursday, June 6, 2013

Keraton & Jalan Malioboro, Jogja


Lepas keluar je dari Taman Sari kami terus ke Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat.  Di antara Keraton & Taman Sari ni ada 2 pohon beringin kembar di tengah2 padang atau Alun-alun Kidul.  Pemuda-pemudi bermain permainan lagenda yang dipanggil Masangin (Masuk Dua Berangin).  Pemain ditutup mata, lepas tu kena berjalan melintasi dua pohon beringin ni.  

Mitosnya setiap niat yg dibuat pemain sebelum permainan akan dikabulkan. Dan kononnya lagi orang yg mempunyai hati yang bersih je mampu melintasi kedua-dua pohon beringin.  Kawasan ini dulu merupakan lokasi latihan bala tentera Keraton.  Tetapi sekarang permainan ini dimainkan hanya utk suka2.  Ok, jom kita masuk ke Keraton.



Keraton ni adalah kediaman rasmi bagi Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat di Jogja.  Masuk2 je korang akan nampak mamat ni..hehehe.  Sebenarnya lepas kami amik gambar ni ada tourist from Indon sound...katanya tak boleh duduk di situ tapi dia baru je duduk mcm saya bergambar tu. Eh2...kau kan...eksyen eh kat tempat kau...kihkihkih.  Oklah, Keraton ini dibina oleh Sultan Hamengku Buwono 1 pada tahun 1755. 


Ini macam balairong lah..besar.  Ini tempat pertabalan Sultan rasanya.  Inilah akibatnya jalan tak amik guide.  Masa ni kami tak cukup masa.  Sebab flight petang tu.  Jadi kitorang rasa tak perlulah kot amik guide ni.  Rugi je.
  

Kalau bernasib baik boleh tengok upacara2 tertentu..boleh tengok pekerja2 Istana.  Tapi hari kami datang tu memang takde apa2 upacara.  Kosong je area ni.


Macam patung2 dalam kawasan berkaca ni..takde papan penerangan.  Jadi, tengok jelah kan.  Sambil tumpang dengar guide orang lain bagi keterangan..hehehe.


Kalau tak silap saya, yang anak dara pakai berkemban, yang dah beristeri pakai kebaya tu.  Pandai dorang marketkan anak dara dorangkan..hahaha.


Mirror, mirror on the wall, who is the prettiest of all..hahaha.


Orang yang bergambar kat sebelah tu memang tak reti baca.  Don't touch tapi dia touch jugak.  Sebab dah abis bergambar baru perasan tanda tu..hihihi.  I'm sorry.


Gamelan macam kesultanan kita jugakkan.


Macam biasa, supir mmg suka amik gambar kitorang halus je.  Nak marah pun dah tak kuasa, dah hari last day.  Lepas tu kitorang teruskan perjalanan ke Jalan Malioboro.  Shopping time!


Macam biasa, kami ni bukan kaki shopping.  Beli barang pun yang memang nak beli je.  Untuk keluarga dan rakan terdekat.  Namanya nak duduk seharian kat area ni mmg bukan kami lah.  Shopping2 ni kat KL pun boleh buat..kami more into tengok / visit tempat2 yang unik yang takde kat Malaysia.  Ada yang mau join?


Kat Jogja ni yang famous Jalan Malioboro ni lah kalau nak shopping.  Malam2 ada Pasar Sore. Biasanya dorang berniaga sampai lewat malam juga.


Ada banyak jual t-shirt, kain batik, kasut, baju dan macam2 lagi.  Memang meriah kat sini.


Actually nak naik kereta kuda pun banyak kat sini.  Kat seberang jalan tu ada Pasar Beringharjo.  Kat situ bolehlah korang beli kain batik dan macam2 lagi barang.  Kami tak sempat explore.


Saya beli keychain je.  Kemain susah lagi nak cari Fridge Magnet.  Dorang panggil Kultas.  Boleh didapati di  toko Mirota Batik-Hamzah Batik.  Itupun limited sangat.  Harga boleh tahan mahal, tak boleh tawar pulak tu sebab kat dalam toko kan.


On the way nak pergi Tugu Yogyakarta saya ternampak kedai Amanda Brownies.  Apalagi singgah and boronglah seketul dua buat ole2 utk family.  Teringat pulak kenangan di Bandung dulu..hihihi.  Rasanya minggu ni boleh habis kot entry Jogja.  Yeah, see u tomorrow!