Gerenti ramai dah baca kisah Bukit Malawati ni kat Blog Wahida kan? Oklah, ni my version pulak. Tiket masuk untuk semua park eh..park pulak..Bukit Malawati & Akuarium Taman Alam adalah RM5/Dewasa dan RM3/Kanak2. Kalau masuk Bukit Malawati je RM3/Dewasa dan RM2/Kanak2. Kitorang beli harga pakej utk dua2 tempat.
Thanks Wahida bawak kami ronda2 Kuala Selangor.
Dah..jom naik tram. Kalau weekdays bolehlah korang drive sampai atas. Weekend ngan public holiday naik tram ye. Minyak mahal sei..jimat2 sket..hahaha.
View sepanjang mendaki bukit..cantik menghijau..damai. Tungguuuu..adakah ianya akan terus damai? Jeng..jeng..jeng..
Nampak signage perigi beracun.
Ni pulak Lighthouse atau Rumah Api. Dulu sinilah kubu pertahanan Sultan Selangor untuk memantau kapal dagang dan kapal perang yang melalui Selat Melaka dan Kuala Selangor. Rumah Api ni pulak masih digunakan. Dibina pada tahun 1907 dan diberi nama Rumah Api Altingsburg sempena nama seorang Gabenor Melaka.
Haiisshh...tetiba nampak 'dia' ni kan...bergayut2 ha atas pokok.
Kat sini ada gak Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Tapi saya tak masuk. Giler kau..cer tengok sapa guard kat depan tu. Siap pegang penyodok tu..tengah buat kerja construction ke apa? Sapa nak baca kisah Muzium gi jenguk Blog Wahida.
Yeay..dah sampai. Banyaknya meriam. Dah plan ni nak amik gambar cantik2.
Tetiba..jeng..jeng..jeng. Cer tengok muka saya yang cuak tu. Anak saya Fifi tu dah meraung melalak dah time ni. Mimi tengah terpegun. Tengok Wahida masih pegang plastik buah-buahan yang nak dijamu.
Takpe..kita amik dulu pic. Tetiba dengar orang jerit2. Tram masih kat sebelah saya tu.
Arggh..sudah! Suami Wahida telahpun diserang. Plastik makanan dah ke mana. Kau tengok lotong kat atas tong sampah tu. Kemain lagi.
Lepas tu dipanjat pulak suami Wahida tu...adoi..camana nak lepak sini lama2 ni. Dengan rendah diri saya bagitau Wahida..kita jumpa jelah kat akuarium. Saya ada sakit jantung..takleh lama2 kat sini..kahkahkah. Dasar penakut.
Kelas kau..anak kecik2 blonde..dah besar gelap..macam Michael Jackson..tapi version terbaliklah. Bye2 lotong2 Bukit Malawati. Kita tunggu di Akuarium jelah..ikan mesra sket..ngan lotong ni I is takut..kuikui. Happy weekend everybody :)
21 comments:
tp kalo bwk sikakak ..mau meraung nengok lotong nie.dia ngn kucing pun takut.
yg paling aku takut lotong tu...ishhh tak takut org langsung kan...mmg aku takkan pi dekat la kalo gini....
eh, perigi beracun tu, air dia still beracun ke?
teringin nak tgk dekat batu hampar, makam sultan, makan anak dara, perigi beracun, tangga seratus dll...serius tempat ni sgt bersejarah...cuma masa tak mengizinkan...huhu...
jgn terberanak kat atas sinun sudahh..kan
Kalau saya, dah lari lintang pukang dah.. haha..
tiada pulak mereka tu menggigit
lyn duk klang pun tak pergi2 pun tempat tu..
hari tu kami pergi.. siap bawak kacang panjang.. keledek.. beli kat Giant siap-siap..[ kat atas sana mahai! ] bagi depa makan.. ada yang siap duduk atas bahu saya.. adas kaki saya!
kalau takut.. lain kali bawak patung/toy singa ke.. rimau ke.. depa pasti tak datang dekat
Post a Comment