Friday, September 13, 2013

Bermesra dengan Forever 29..


Kali ni kami bermesra lewat sket dari bulan Syawal. Eh..mmg selalunya time ginilah kami berkumpul.  Bukan apa..masa ni lah baru semua free.  Kalau tak, semua pun busy dengan aktiviti open house.  Sekali lagi, buat kat rumah kawan saya di Cheras.  Rumah yang besar dengan view yang awesome.  Ni balcony kat dapur dia.


Eh..ada massage chair pulak kan.  Wajib pekena dulu sebelum makan.  Syok giler.


Kali ni kitorang buat potluck.  Ada spaghetti carbonara, fruit tart, sup petola & telur puyuh, tauhu & tempe, telur masin, ayam masak lemak cili api, sambal belacan, ikan masin, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, serawa durian.  Petang tu bancuh pulak nescafe then goreng samosa.  Mmg nikmat betul makan hari tu..hahaha sambil gosok2 perut.


Ambik gambar dulu sebelum makan2.


Tuan rumah yang tudung hitam sebelah kanan tu.  Semoga bertambah murah rezeki tuan rumah.  Sebab sudi sediakan 'port melepak' kami pada hari tersebut.


Rakan sebaya sama2 sekolah, sama2 dewasa, sekepala, sekentut..macam2 ragam.  Takde dorang ni hidup saya sepi. Tu belum lagi kalau whatsapps berjemaah.  

Inilah sahabat2 tempat kami meluah perasaan, berkongsi masalah, menyimpan rahsia.  Motto terbaru kami, 'kalau sentap, sila leave group'.  Mulut semua puaka2.  Hati kena kental baru boleh join.  

Doa saya, moga ikatan persahabatan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah sehingga beranak pinak ni dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat.  Amin...

18 comments:

happening
 
seronok dpt geng satu kepala nie.
 
ceria bersama!
 
semua cantik, semua lawa, ada ummphhhh
 
best nya ada rakan2 sekepala sekentut cam ni dee...
 
Mmg besar umahnya..happenning..:)
 
makanan apakah yang di dalam kotak kertas di atas meja itu?
 
@t.a.t.a itu adalah tauhu dan tempe goreng dalam kotak wong solo..kawan sorang tu anak buah tokey wong solo..hehehe..
 
siap packing masuk kotak, macam dunkin donut pulak eh. bagus tu, menaikkan taraf nya.
 
bestnyer kak... dr sekolah sampai skrg msh lg berhubung n rapat... mmg janji tema pink yek... makanan pun sumeneyr sedap2 belaka... perkh mmg syok
 
seronok..
lagi2 semua sekepala
 
Bestnya. Sahabat hingga hujung nyawa.
 
waa bestnyer...makanannyer pun sedap2 jugak...
 
Lamanya dee bkawan....semoga ikatan persahabatan kekal selamanya
 
bestnya, susah nak dapat kawan2 macam ni :)
 
Best ada geng sekepala macam ni.
 
seronok kan gather2 mcm ni..
 
best...semoga silatulrahim berkekalan..amin