Showing posts with label jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Berjimba Bersama Pelangi..


Assalamualaikum..hari ni nak cerita kisah kami Geng Pelangi berjimba. Last dulu tahun 2011 kot..entah lupa. Lama dah kan. Macam biasa kita meet up kat McD Midvalley. Macam biasa juga ada yg bawak outside food..hahaha. Takpelah, janji bahagia kan.


Tangga ni mmg dah jadi port wajib Pelangi bergambar. Ada geng yang tak dapat join sebab cuti tak approve. Takpelah, next time join tau.


Biasanya juga lepas breakfast kami akan tengok wayang. Timing cerita semuanya tak kena. Jomlah kita jalan2 shopping sementara tunggu masuk Redbox.


Gambar ni disnap oleh Sis Rasp. Semua masuk dalam pic ni kecuali tukang amik gambar kan...haha. Masing2 busy dengan hal masing2. Yang shopping2 lah kan..yang selfie pun ada..hahaha.


Yang shopping over si Mak Dara anak 3 tu. Yang lain tolong psiko je..hehehe.


Dah habis shopping, kita gi karoklah pulak kan. Lunch semua kat sini lah kan. Nyanyi puas2 sampai jam 6 petang. Tapi ada yang balik awal. Ikut waktu kerja masing2. Jadi suami dan anak2 tak rasa diabaikan. Alah setahun sekali kan. Bukan selalu pun. Takyah jadi isu lah kan. Yang penting setiap apa yg dilakukan dengan keizinan suami dan bukannya pergi menggedik dengan orang bukan mahram.


Tinggal yang ni jelah pun. Pastu Amy ngan Nor balik tinggallah saya, Elly ngan Ayu gi mengurut tapak kaki. Pastu chow balik ke rumah masing2. Memang enjoy sakanlah hari tu. Tahun depan insyaallah kita repeat balik ye geng. Yang tak dapat cuti tu hopefully dapatlah join jugak next year.


Thanks pada Nor yang banyak snapkan pic masa outing Pelangi aritu. Serius malas betul nak amik pic pakai hp sendiri..hehehe. Love all of you Pelangi. Moga ikatan persahabatan ini berkekalan walau berbagai dugaan, ujian dan fitnah melanda. Amin...

Tuesday, September 3, 2013

World Press Photo @ BSC


Terbaca dalam Star Online dan terus pergi ke BSC hari terakhir exhibition.  BSC = Bangsar Shopping Centre bagi yang tak tahu..hehehe.  World Press Photo..first time saya tengok gambar2 yg diambil oleh semestinya  mereka2 yang pakar atau pro dlm bidang photography.


Leka membaca..tapi orang yg ambil pic ni bukan Pro sebab tu blur semacam..hahaha.


With Malaysian Doctor / Photographer - Dr Wei Seng Chen yang menang 1st Prize kategori Sports Action. Joy At The End Of The Run ni mmg awesome and deserve to win.  Nak tengok lebih dekat, klik SINI.


Ini pulak pemenang utama World Press Photo of The Year 2013 by Paul Hansen.  Memang sedih tengok gambar ni..menyayat hati.  Boleh tengok dengan lebih dekat di SINI. Nak tengok semua photo yang dipamerkan tempoh hari. Jenguk ajelah kat SINI.  Sesekali melihat sesuatu yang berlainan itu mmg menyegarkan jiwa dan minda..sambil2 tu dapat menambah ilmu.  Jumpa lagi esok ye...insyaallah.

Friday, December 28, 2012

Ke Mana Kita Minggu Ni?


Hari ni ada pendaftaran prasekolah Fifi.  Semalam taklimat je.  Hujung minggu plan nak bawak anak2 ke sini.  Hopefully plan menjadi dan cuaca mengizinkan.  Next month, Mama dia pulak nak berhoye-hoye tanpa anak2..hahaha.  Oklah, have a nice weekend ye :)

Monday, July 30, 2012

Bye-Bye Gold Coast Morib :)


Pagi keesokan harinya lepas makan kat Bagan Lalang tu, kitorang pergi breakfast kat The Venue.  Kat sini kena tambah lagi bayar RM15 utk si Mimi.  Agaknya sbb org hotel tgk Mimi montel.  Dorang assume byk makan, so kena charge.  Xpelah..mama redha jelah.  Mimi ni pun satu hal.  Bila makan kat hotel free..byk dia makan.  Bila kena byr, dia taknak makan sangat.  Bersabar jelah mama ye..huhu.


Oh ye, The Venue ni kat luar.  Kat tepi pantai.  Sebab yang stay sini ramai sangat, mana muat coffee house tu.  Khemah kat sini besar...dah mcm khemah kenduri kahwin.  So, semua orang makan buffet breakfast kat sini.  Meriah.  Food pun sedap.  

Kalau saya bubuh watermark kat tengah tu tandanya nak cover perut buncit..kihkihkih.  Lepas je makan tu, kitorang terjun balik kat water theme park sampai pukul 11.30 pagi.   Kul 12 terus check out.  Before check out, jom ikut saya ronda2 tgk pemandangan sekeliling.


Kat tepi pantai ada byk tempat rehat ala2 gazebo.  Tapi takleh bawak minuman atau makanan.  Bawak buku, laptop, PS3, MP3 dan sebagainya takpe..hehehe.


Ada juga aktiviti mcm menunggang ATV.  Kalau sapa2 beli voucher kat Groupon or Streetdeal mesti dpt skali free ticket main ATV ni.  Tapi saya tak dapatlah, so takdelah naik ATV ni.  Dapat naik mesti syok kan.


Ini The Pier.  Tak surelah bar or restaurant.  Malam2 adalah dengar bunyi muzik.  Saya tak sempat round sini malam sbb kepenatan balik dari Bagan Lalang.


Masa ni cuaca panas sangat.  Morib mcm biasa, laut nun jauh ke tengah.  Malas nak cari siput/kerang.  Adalah orang main layang2 kat tepi pantai.  Lepas je snap2 pic ni terus saya balik.  Hmm...lepak ramai2 kat sini best jugak kan.  Korang jangan lupa datang sini tau.  Pasti seronok.

Friday, June 15, 2012

Tak Sabar..


Insyaallah, petang ni saya akan menghadiri satu program sembang santai bersama orang kat dalam gambar tu.  Mesti best, bermula dengan solat Asar berjemaah.  Kat mana?  Di opis sayalah...ngeeeee.


Esok lepas Subuh pulak, saya dan rakan2 sepejabat akan cuba menakluk bukit ini.  Ini kali kedua buat saya.  Moga saya berjaya sampai ke puncak.  Selamat berhujung minggu kawan2.

Friday, May 4, 2012

Ke Mana Kita?


Saya akan melalui jalan ini esok, ada kenduri kahwin.  Kena cari kopi kemaman nampaknya.  Apa lagi yang sedap di Kemaman ye  selain dari kopok lekor, sata?


Tapi tak balik terus, menginap di sini.  Kedai makan mana yang best di Cherating ye?  Sila rekemen.  Doakan perjalanan pergi dan balik saya selamat.  Minggu depan boleh share story.  Jaga diri and have a nice weekend sahabat2.

Thursday, May 3, 2012

100 Tahun Nestle Di Sisimu..


Wah..cerita ni lagilah dah basi.  Awal bulan April aritu saya terjah Muzium Negara lagi ngan anak2.  Bulan Mei baru nak story..hehehe.


Kali ni sebab Pameran 100 Tahun Nestle Di Sisimu..


Pameran berlangsung dari 15 Mac smpi 15 Mei 2012.  Ada masa lagi, gi terjah cepat2.  Waktu lawatan, 9 pagi smpi 6 petang.  Harga tiket RM2 (13 tahun ke atas) dan RM1 (6-12 tahun), bawah 6 tahun, FOC.


Nostalgia habis tengok tin lama2 ni.  Susu cap teko, susu cap junjung, Nestum, Milo dan banyak lagi.


Mimi ngan Fifi suka dapat belon dari badut yang sporting.


Iklan Nestle dulu2.


Masa kecik2 inilah TV yang kami sekeluarga ada.  Black & White, jenis pusing bunyi ketak2 nak tukar channel.  Nasib baik ada TV1 ngan TV2 je.  Kalau byk channel mcm skrg..tercabut kot benda alah tu.  Siap lemari yg ada pintu..xnak tengok, tutup pintu..best woo!!  Mcm akuarium pun ada gak..muahaha.


Interactive games pun ada.


Masa saya datang ni ada pertandingan mewarna.


Hand/face painting pun ada.  Pergilah terjah.  Second time saya pergi, siap buat ujian kolestrol lagi.  Moh gi Muzium Negara!!  Promote baik punya ni...hehehe.  Eh..lupa nak bagitau..semua jenis van ada..yg bagi free food & drinks tu..Milo, Koko Krunch, Maggie Mee, Nesvita, susu dan macam2 lagi..

Wednesday, May 2, 2012

Istana Lama vs Istana Baru


Dah dekat 2 minggu kot pergi Istana Negara ni, baru hari ni dapat kongsi cerita.  Masa kitorang sampai parking dah penuh bahagian depan, so kitorang park kat belakang Istana je.  Lagi selesa sbb tak perlu panjat bukit dari pagar utama.


Pameran Raja Kita ni free je.  Nak masuk sila tanggalkan kasut.


Inilah singgahsana.  Inilah Balairong Seri.  Maybe korang terkejut kalau tgk kat TV besar balai ni..walhal kecik je in reality.  Taklah besar mana pun.


Nak sarung kebaya Permaisuri dah terlambat..dah jadi isteri orang..muahaha..ada hati.  Actually dalam pameran ni byk barangan diraja yang boleh dilihat.  Seronok juga.  Ada byk gambar saya dah letak kat FB.  Boleh tengok kat sana.


Suasana dalam balai.  Nampak tak pokok emas kat situ?


Aisshhh...inilah peluangnya kan.  Budak2 ni leh selamba panjat tiang.  Sib baik Raja tak murka.


Di samping tu leh ar rasa kelembutan karpet Istana..hehehe.


Istana lama dari luar.


Dah pergi Istana Lama, jomlah terjah Istana Baru pulak.  Masa ni panas sgt2.


Amik gambar ngan pengawal...saya dah keluarkan payung..tak tahan panas.


Ingat nak amik gambar dekat2 ngan kuda ni..tapi dia mendengus..dan menyembur2 benda putih kat mulut..tak taulah air liur ke atau diberi makan yogurt.  Mesti dia pelik tengok, apahal minah ni amik gambar jauh benor dari aku yg hensem ni...hahaha.



Depan pagar Istana Negara baru.  Takleh masuk.


Nak masuk atas bukit tu? Tunggulah masa Hari Raya Pertama...masa tu boleh.  Korang yang tak tahu nak gi mana, pergilah melawat dua2 Istana ni.  Seronok..murah pun murah.  Chow..nti cerita pasal Muzium Negara lak ye.

Info tambahan: 
Pameran dibuka tiap2 hari dari jam 9 pagi - 5 petang
Bermula dari tarikh 18 April - 15 Jun 2012
Masuk percuma, kamera bayar RM5/unit