Showing posts with label kuching. Show all posts
Showing posts with label kuching. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

The Good & The Bad Things..



Kat bawah ni ialah senarai Good Things and Bad Things sepanjang holiday saya di Kuching.  Ini hanyalah pendapat peribadi saya.  Ok, jom baca.

The Good Things

1.  Orang Kuching ramah2.  Dorang kalau bercakap lembut je, suka dengar.

2.  Sepanjang makan di Kuching, servis cepat, bagus.

3.  Bandar Kuching sangat2 bersih, sampai ada orang sapu sampah kat tengah2 simpang empat.  Kat KL saya tak pernah tengok tau.  No wonder, Kuching pernah menang award Bandaraya Terbersih :)

4.  Orang2 di Kuching sangat friendly, takde jumpa orang yang sombong2 pun.

5.  Roundabout di Kuching, besar2 belaka.  Sebesar padang bola.  Kalau kita kat sebelah sini tak nampak di sebelah sana..hahaha.

6.  Nama roundabout di Kuching, panjang2.  Tak sempat baca habis nama roundabout, panjang giler...hehehe.  Itulah uniknya Kuching.

7.  Penguatkuasa DBKU baju macam polis trafik..beza seluar dorang kelabu, stripe putih.  Mula2 ingat polis trafik, tapi eh salah...hahaha.

The Bad Things

1.  Signage tak mencukupi.  Orang luar macam saya bisa sesat wooo.  Kuching tu bukan kecik, besar sangat sebab tu Kuching tu terbahagi kepada dua..satu di bawah DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara), satu lagi di bawah MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan).

2.  One Hotel Santubong/Santubong Resort tu takde pool untuk kids.  Pool utk adults je ada.  Sapa dapat bilik kat atas nasiblah, xde lift.  Panjat tanggalah jawabnya.

3.  Serikin tu panas sangat, terlalu panas..tapi yang bestnya tiap2 malam masa kami di sana, hujan turun.  Sekali turun, lebat sangat2.

4.  Budak AirAsia di kaunter check in airport Kuching, berkira.  Terlebih 2 kilo pun nak caj RM15.  Sedangkan di LCCT, dia bagi free je 2 kg tu..huhu.

5.  Perempuan keje AirAsia di gate masa nak boarding tu ada PMS kot.  Dia boleh bebelkan kami semua mcm mak2.  Cik2 semua dah dewasa, tolong pegang boarding pass masing2 ye.  Walhal belakang kitorang takde pax dah.  Masa tu dia pun berdua, bukan sorang.  Buta ke tak nampak saya pegang anak2 kiri kanan dan kawan2 saya pegang barang.  Saya terkejut dan terpinga-pinga sebab di LCCT saya beratur depan sekali, ramai orang queue di belakang, budak jaga gate tu steady je check 6 boarding pass..tak marah pun.  Yang mampu saya cakap, what is your problem?

6.  Naik je flight, belakang saya dapat perempuan meroyan.  Dia travel dengan suami, anak2 dan mak dia.  Dia boleh membebel dari Kuching sampailah nak ambik luggage.  Saya balik flight malam, ingat nak rehat2 masa lampu ditutup..nan ado.  Membebel marahkan anak2 dia..smpi semua orang tengok.  Anak2 dia diam je, saya tak dengar pun suara.  Nampak putrajaya dari atas flight pun bising ya rabbi.  Macam  orang jakun tak pernah naik flight pun ada.  Kitorang semua terus dapat migraine..hehehe.

7.  Anak saya, Mimi kecewa masa flight balik, nasi lemak Pak Nasir AirAsia habis...hahaha.

8.  Yang paling tak best, Mimi kena chicken pox sepanjang kami di Kuching.  So, dia meragam.

9.  Lupa, orang Kuching semua tidur awal dan bangun awal.  So, bangun pukul 7 dah terang benderang macam pukul 8 pagi..hehehe.  Takde chance nak bangun lewat.

Oklah, itu je.  Apa pun, saya pasti kembali ke Sarawak.  Miri pulak kot lepas ni..hehehe.  Boleh pergi Brunei sekali.  Oklah, bye, take care semua.

Tuesday, August 9, 2011

Last Day In Kuching..

Last day, kami jalan2 di sekitar bandar Kuching.  Dengan Mimi tu lah pakcik driver kitorang.  Pakcik ni kelakar, latah orangnya.  Terima kasih kerana bawa kami ronda2 dengan Innova dia.  Eh..bayar tau...bukan free.  Dia memang suka betul dengan Mimi.
Lepas tu sessi photografi kat Waterfront..hehehe.  Kat sini ada bazar kraftangan tau.  Fridge magnet kat sini lagi murah rupanya.  RM2 sekeping.  RM10 dapatlah 5 keping.  Cis...rugi beli awal2..hahaha.
Lepas tu kami mengukur jalan menghayun kaki di sepanjang bandar dengan segala jenis muzium kami masuk.  Muzium pertama ialah Muzium Tekstil tapi tak amik gambar.  Lepas tu baru pergi sini, Muzium Sejarah Semulajadi.
Lepas tu Muzium Seni pulak.
Berhampiran Muzium Seni ada Akuarium Negara ke apa ntah nama dia.  Tengok ikan, sukalah budak2 tu.
Last sekali, Muzium Ethologi kot.  Inilah Muzium Sarawak.  Seberang jalan tu Muzium Islam tapi kami dah malas nak jalan.
Balik tu Kak Ida jemput.  Mimi ngan Fifi dapat bear ni as gift.  Suka dorang.  Kitorang pulak dapat notebook yang cantik dan comel.
Lepas tu Kak Ida bawa kami ronda2 tengok segala statue berbentuk kucing yang ada di town.  Malas nak upload kat blog.  Kat FB adalah.  Then singgah Islamic Information Centre tempat Kak Ida kerja.  Kami siap dijamu makan tu..best..hehehe.
Bye2 Kuching, kami akan datang lagi, Insyaallah.  Pengalaman yang Mimi pun takkan lupakan sebab masa trip ni dia kena chicken pox.
Gambar 2 orang depan tu kena blur.  Dorang mmg tak suka muka dorang masuk blog saya..hahaha.  Thanks kepada Kak Ida kerana memberi penginapan, makan, minum, transport dan macam2 lagi.  Jasamu akan kami kenang sampai mati.  Thanks juga pada Zahidah Wahid yang sudi hantar kami balik di Airport Kuching tempoh hari.  Siap bagi Belacan Bako lagi.  Jumpa lagi insyaallah.  Esok, saya akan ceritakan apa yang best dan apa yang tak best sepanjang holiday kami di Kuching.  Bye!

Monday, August 8, 2011

Satok, Waterfront & Serikin..

Balik dari Jong's tu kami terus pergi ke pasar Satok.  Mula2 cuaca terang benderang..tiba2 hujan.  Adoi..aktiviti shopping terbantut jap.  Lepas hujan reda baru sambung borong ikan terubuk masin sampai 20 ekor.  Dah macam nak buat bisnes kat KL je rasanya..hahaha.  Sikit je tu..dulu kitorang datang masa first time..dekat 100 ekor beli..hehehe.  Kalau nak beli FM ke, t-shirt ke beli kat Satok lah, lagi murah.  Banyak choice.  Niat nak tengok ulat mulong @ ulat sagu pun terbantut sebab hujan.
Lepas tu terus pergi Waterfront.  Turun di sini untuk naik bot penambang ke seberang Astaka.  Kami suruh pakcik driver tunggu kami di seberang je.  Eh..kami tak naik bot yang ni..si I-Shah tu eksyen je..bot yang ni ntah mana tuan dia hilang.
Kami naik perahu penambang yang ini.   Tambang masih sama..50 sen seorang.  Tapi tak aci lah..pakcik ni dah tak mendayung, dah pakai enjin bot..hahaha.  Dulu2 dorang mmg dayung tau.  Best.  Anak2 walau takut2 tapi bila turun dorang cakap bestlah mama..nanti nak naik lagi..hehehe.
Kebetulan ada tournament Regatta..mmg meriahlah Waterfront masa ni.
Malam tu kami dinner Steamboat di New Heritage.  Mimi tu berusaha nak guna chopstick.  Si Fifi boleh pulak sakit perut dan sangat moody.  Jadi saya  makan tak banyak dan Fifi makan 3 kon strawberry icecream.  Thx to K Ida sebab belanja makan.
Kat sini pun ada free karaoke, tu 2 orang tu penyanyi and penari latar utk I-Shah.
The next day, pagi2 dah bangun sebab nak terjah Serikin.  Serikin terletak di sempadan Kalimantan Barat, berhampiran Bau/Lundu.  Sampai sini pukul 9 tapi dia punya panas..pergh...xleh tahan.  Park je kereta, dah ada penjual bisik2..nak telur penyu?  Kat sebelah Sarawak illegal, sebab tu dorang bisik2 je.
Kat sini blogger Kuching, Zahidah Wahid yang tinggal di Bako tu join we all.  Ambil dia kat Naim Cendera..then, terus ke Serikin.  Gelang2 tu saya tengok je tapi tak beli, sebab mahal lah.  Murah lagi di KL. Saya beli congkak untuk Mimi dan Fifi dan sehelai baju utk saya. Rata2 peniaga kat sini orang Indonesia.  Tapi ramai giler orang datang sini shopping.  Kalau beli barang besar kena tax lah ngan kastam.  Nasib2lah.  Tak lama saya jalan, sebab Mimi ngan Fifi dah mengamuk panas.
On the way balik tu singgah dekat2 ngan Wind Cave ke Fairy Cave, tak ingatlah  Tapi ada banyak dinosaur sculpture.  Kami stop utk amik gambar je.   Panas sangat tak tertahan masing2.  Lagipun nak kejar pasar Satok lagi.  Satok buka pada hari Sabtu smpi malam  dan sambung sampai ahad dlm pukul 1 petang.  Lepas tu..sunyi sepi..hehehe.  Pandai2lah atur masa ye.
Adalah small shop jual brg2 hiasan utk taman, so Kak Ida beli cendawan batu utk taman dia, kitorang pulak sakan berposing.
Lepas singgah Satok, singgah kat The Original Carwash for late lunch.  Mula2 nak makan kat Green House tapi penuh, so sini ajelah.  Restoran ni dekat je ngan Satok.   Suka tengok konsep restaurant ni, ada carwash, ada restaurant mewah.  Grand sangat..portion food besar giler..dan sebelum balik I-Shah posing berangan Ferrari tu milik dia..hehehe.  Esok, cerita hari terakhir di Kuching.  

Friday, August 5, 2011

Jong Crocodile Farm

c
Lepas je keluar dari Semenggoh Wildlife  Centre tu, kitorang terus pergi ke Jong's Crocodile Farm.  Yang ni berdekatan tau dekat Serian.  So, korang plan kul 9 pagi tengok orang utan masa feeding time dorang, pastu leh terjah Jong's Crocodile Farm sebab feeding time untuk buaya pulak adalah pada jam 11.00 pagi dan 3 petang.  Antara binatang yang ada ialah ular ni.  Segala maklumat tentang Jong's Crocodile Farm boleh didapati di SINI.
Tiket masuk pulak untuk Sarawakian ialah RM10 bagi dewasa, kanak2 RM5 dan untuk non Sarawakian ialah RM16 untuk dewasa dan kanak2 RM8 (bawah 12 tahun).  Dan seperti biasa, saya dapat rate Sarawakian sebab pergi ngan orang Miri kan, dia je gi beli tiket, tunjuk mykad dptlah harga Sarawakian tu.  Kitorang disuruh diam je..hehehe.  Selamat duit tiket.  Gambar kat atas ni anak2 buaya.  Tidur mati semuanya hahaha.
Ada jugak honey bear macam kat Kuala Gandah tu.  Tapi yang ni alahai kesian tau.  Dinding kandang tu tinggi bebenor..kitorang kena memanjat nak tengok dia.  Cutekan dia.  Tapi sekali dia sepak..pengsan kita..hahaha. 
 Ada jugak labi-labi.
Ada jugak memerang.
Kagum betul tengok dorang tangkap buaya banyak2 gitu.  Macam keranda dah haaa... 
Buaya kat sini bukan sikit tau.  Punyalah banyak.  Kawasan dia pulak kemain luas.  Penat berjalan.  Sepanjang2 tu korang akan nampak macam2 jenis buaya ada.  Kat bawah laluan kaki korang pun ada.  Ada yang macam  batang kayu diam je dlm air.  Ada yang mcm ni berjemur je.  Besar2 tau.
Buaya air tawar pun ada.  Jenis muncung panjang je.  Ternganga tau yg sekor ni.  Takut tengok giginya.
Aik..babi hutan pun ada.  Bau jangan cakaplah..busuk giler. 
Tepat 11.30 pagi, dorang buat announcement feeding time untuk buaya.  Masa ni..buaya2 ni pun mcm tau2 je time makan.  Kemain kerumun bawah pangkin orang yg nak bagi makan tu.  Siap dibunyikan loceng lagi.  Jangan salah pond tau.  Tak ingatlah saya pond yang mana tapi yang pasti..kerusinya mmg banyak giler.  Sebab kat pond2 lain pun jugak kerusi.  Kalau tak sure bertanya ye.  
Buaya2 ni..akan diberi makan dengan cara mengikat ayam di tali kabel.  Lepas tu buaya2 ni akan melompatlah menerkam ayam tu.  Tukang bagi makan pun bijak..ditarik2 tali kabel.  Bila tak dpt..ketap bunyi gigi buaya berlaga.  Kalau korang dengar sure korang ngeri punyalah...dia punya bunyi korang dpt bayangkan kalo diri korang yang di'ngap'.  Sure tercarik2lah isi dari tulang..huhuhu...serius takut wei.  Mimi sibuk tanya kenapa dia tak boleh bagi makan buaya.  Mana boleh, nanti bukan tangan je hilang..ngan Mimi sekali hilang..huhuhu.  Tak sangguplah mama wei.  Seronok giler tengok buaya2 ni melompat terkam ayam tau.  Korang mesti ke sini..tak rugi.  Pengalaman tengok buaya makan dengan melompat tu susahlah nak cari di mana2.  Kebanyakan zoo, buaya2 tu semua pemalas..hahaha.  Tidur je 24 jam. 
Habis je show feeding buaya tu..kitorang pergi ke kawasan ikan Arapaima.  Besar giler ikan tu.  Ha..yang ni bolehlah amik roti yang disediakan untuk dibaling-baling pada ikan.  Seronok mimi dan fifi dapat beri makan ikan. 
Masa nak balik tu sempat lagi snap gambar Monkey ni.  Mimi kata ni kawan dia..wajib amik gambar..hahaha.
Keluar je dari Jong..terus terpa replika ni untuk sessi bergambar.  Nasihat saya, kalau u oll sampai pagi...pergilah snap gambar kat sini dulu.  Masak kitorang amik gambar ni..panasnya Masyaallah tak terkata. Nak berdiri atas buaya tu pun tak sanggup dah rasanya.  Lepas ni cerita kitorang ke Satok pulak.

Thursday, August 4, 2011

Semenggoh Wildlife Centre

Thanks pada yang semua yang wish supaya saya segera sembuh.  Walaupun demam, saya berjaya puasa semalam.  Okeylah, kita sambung cerita Kuching.  Malam tu kami pekena mi kolok di  foodcourt Kubah Ria Baru di Tebingan Sungai Sarawak.  Foodcourt ni besar giler.  Boleh pilih makan dari mana2 kedai, bagitau no meja, dorang akan hantar.  Boleh lepaskan anak2 bermain di dataran tebingan sungai sarawak..tapi masa saya pergi ni..saya dan fifi nyaris dipanah petir..gila ngeri.  Syukur saya dan fifi tak apa2..alhamdulillah.  Lepas tu hujan turun selebat-lebatnya.  So, kalau nak main kat dataran tu tengok2 langit ye.  Apapun mee kolok tu memang sedap.  Wajib try.
Lepas tu kami cuba suntung tutoq iaitu sotong kering yang dibakar dan diketuk2 menjadi leper.  Sedap jugak.  Tips..kunyah 44 kali ye baru telan..hahaha. Sotong dihidang bersama sos cili buatan sendiri kot. 
Inilah punca saya bawak fifi ke dataran sungai sarawak sebab masa tu dia tidur.  Bila bangun merengek.   Tu nak pujuk bawak ke situ.  Saya ni jenis belasah je..anak tidur pun kalau nak makan bawak je.  Nak tinggal kat rumah bukan ada sesiapa pun...hehehe. 
Lepas tu kami ke Semenggoh Wildlife Centre tempat perlindungan orang hutan.  Jauh jugak tempat ni dari bandaraya Kuching.  Masa nak sampai sini, nyaris2 kami accident.  Yelah..driver tu boleh masuk salah simpang, termasuk lorong bertentangan.  Nasib baik yang dari depan ialah motor je.  Subhanallah..meremang2 bulu roma saya.  Memang takut  Yang lain boleh bantai gelak je..sebab pakcik tu latah.  Masuk sini bayar RM3 je untuk dewasa.  Budak free..tp tak surelah umur brp.  Students separuh harga.  Beli tiket kat pondok kecil before entrance.  Masuk dlm via car tau.  Jangan jalan kaki pulak.
Nak masuk dalam tu..kena jalan sikitlah meredah denai.  Sebelum tu, ada renjer yg akan bagitau kena senyap sebab kalau bising, orang utan akan rasa terancam dan akan serang manusia.  Kalau kena serang?  Larilah sekuat hati.  Masa ni dah panas giler.  Nak2 pulak dokong Fifi..pergh..mmg cantik sangatlah.  Cuma bengang dengan tourist from China..punyalah bising..smpi orang suruh diam..still nak gak bercakap.
Tu ha..yang saya bulatkan merah2 tu..orang hutan lah tu.  Tinggi betul dorang duduk tu.  Camera sony compact dpt zoom takat tu je.  Feeding time ialah pada jam 9 pagi dan 3 petang.  So arrange timing korang baik2 ye.  Kitorang tengok ni pagi.
Nama orang utan sangat2 menarik.  Delima, Minah, George, Edwin, Ritchy, Noryn  dan sebagainya. Tengok gaya saya posing tu..gitulah gaya budak perempuan yang posing ngan bomba kat opis saya hari tu..hahaha.
Mimi tak dapat peluk orang utan betul, dapat peluk orang utan jadian pun ok je.  Oh ye..perjalanan balik sangat memenatkan..kena naik bukit  sket untuk smpi ke parking. Selamat menonggek semua..hahaha.   Oklah, more info sila klik SINI.  Esok, cerita  pasal buaya pulak ye.

Tuesday, August 2, 2011

Cat Museum & DUN Sarawak

Selepas meninggalkan Santubong, kami terus ke bangunan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) untuk melawat Muzium Kuching.  Kat sini masuk free tapi segala jenis camera kena caj.  So, kami bayar 1 kamera je..RM3.
Kitorang semua perasan cute amik gambar mcm ni.
Mimi masa ni masih ada semangat nak amik pic walau chicken pox dia baru nak memunculkan diri.
Kat kubur kucing pun dorang sibuk nak berposing..layankan aje.
Pantang ada patung kucing, berebut posing.
Lepas tu kami ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.  Cantik dan berangin kat sini.  Suka.
Dataran dia luas..so, apalagi, posing lagilah.
Pemandangan dari atas bangunan DUN..mengadap waterfront dan sungai Kuching yang cantik.
Saya dapat masuk dalam bangunan DUN..cantik betullah.  Tandas dia pun lagilah cantik dan bersih.  Kerusi yang saya duduk tu adalah kerusi untuk isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi.  Esoknya kakak Ida, kakak kepada kawan baik saya ada program dengan isteri KM Sarawak.  Tu yang kami berjumpa dengan dia di DUN Sarawak.  Lepas tu terus menginap di rumah kak Ida.  Terhutang budi kami semua kepada dia sebab menginap di rumahnya selama 3 malam, belanja makan lagi, siap buat breakfast pula tu.  Bukan calang2 orang tau dapat merasa breakfast air tangan seorang CEO..hehehe.  Esok, nantikan kisah2 selanjutnya sepanjang saya di Kuching.  Bye!