Wednesday, August 3, 2011

Saya Tak OK!

SAYA DEMAM, BATUK TANPA HENTI DAN ARRRRHHHH SEMPUUUTTT!

Tuesday, August 2, 2011

Cat Museum & DUN Sarawak

Selepas meninggalkan Santubong, kami terus ke bangunan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) untuk melawat Muzium Kuching.  Kat sini masuk free tapi segala jenis camera kena caj.  So, kami bayar 1 kamera je..RM3.
Kitorang semua perasan cute amik gambar mcm ni.
Mimi masa ni masih ada semangat nak amik pic walau chicken pox dia baru nak memunculkan diri.
Kat kubur kucing pun dorang sibuk nak berposing..layankan aje.
Pantang ada patung kucing, berebut posing.
Lepas tu kami ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.  Cantik dan berangin kat sini.  Suka.
Dataran dia luas..so, apalagi, posing lagilah.
Pemandangan dari atas bangunan DUN..mengadap waterfront dan sungai Kuching yang cantik.
Saya dapat masuk dalam bangunan DUN..cantik betullah.  Tandas dia pun lagilah cantik dan bersih.  Kerusi yang saya duduk tu adalah kerusi untuk isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi.  Esoknya kakak Ida, kakak kepada kawan baik saya ada program dengan isteri KM Sarawak.  Tu yang kami berjumpa dengan dia di DUN Sarawak.  Lepas tu terus menginap di rumah kak Ida.  Terhutang budi kami semua kepada dia sebab menginap di rumahnya selama 3 malam, belanja makan lagi, siap buat breakfast pula tu.  Bukan calang2 orang tau dapat merasa breakfast air tangan seorang CEO..hehehe.  Esok, nantikan kisah2 selanjutnya sepanjang saya di Kuching.  Bye!

Monday, August 1, 2011

Kampung Budaya Sarawak ~ Part 2

Lepas je pergi rumah Melanau tu kitorang bergegas ke Theatre Hall untuk Cultural Show pukul 11.30 pagi.  Ada lagi satu show pada jam 4 petang.  Masa ni penuh dewan.
Antara show yang menarik ialah persembahan dari orang Iban.  Kuat tuh gigi dia gigit kayu mcm lesung tu...pergh.
Show yang paling best ialah show orang Penan dan Ulu ni.  Memang sangat2 fun.  Penuh dengan jokes tanpa dialog.  Sakit2 perut dan berairmata gelak.
Penutup, joget lambak atas stage.  Apalagi..si I-Shah laju jelah ke atas pentas.  Tengok tu baju purple kat tengah2..kemain enjoy lagi haaa.
Lepas show, kami  patah balik ke Rumah Melanau.  Budak kenit 2 orang ni ada hati nak main permainan ni..tp gagal..hahaha.
Then kitorang pergi rumah Melayu.
Kat sini I-Shah beli kuih denderam ke apa ntah nama dia.  Tapi nama omputih ialah Mexican Hat.  Sedap dan manis melekat.  Di kebanyakan rumah2 ni mmg ada kuih tradisional yang disediakan.
Kat umah melayu tuh..budak2 berdua ni boleh main congkaklah pulak.
Konon2 si I-Shah ni buat kuih kapitlah konon..hahaha.  Tapi kitorang tak beli.  Kat sini ada jual bedak sejuk, gambir sarawak dan maajun.  Rugi tak snap pic dorang yang makan maajun pastu nak ter'bluwek' kat situ gak..hahaha.  Saya mmg takkan trylah..sbb saya pernah rasa maajun..mmg saya tak sukalah.
Si I-Shah tanpa segan silu siap berbaring kat rumah melayu tuh.  Mmg sejuk baring kat kayu tuh.
Bawah rumah melayu tu kami duduk2 main buaian kat situ.  Syok betul kalo dapat rumah kampung mcm ni.  Lepas tu, kami ke rumah cina..tapi tak amik pic..dah malas..hahaha.  Ada terjumpa ular mcm ular lidi..awal2 saya lari jauh2..takut.  Ular tu elok melingkar kat signage.  Harap2 takde yang jadi mangsa.
Selamat tinggal Kampung Budaya Sarawak.  Kami akan kembali satu hari nanti.  Tak pernah saya rasa jemu melawat ke sini.  Kawan2, apa menu berbuka puasa hari ni?  Wah..mesti sedap2 kan..yelah hari pertama berpuasa.  Apapun selamat berpuasa ye..moga tabah dan sabar.  Camanalah agaknya anak saya Mimi yang pertama kali berpuasa tu...harap2 dapatlah penuh berpuasa hari ini.  Selamat berpuasa semua!