Isu ni dah lapok barangkali. Hari ni baru nak luahkan rasa hati. Ingat tak baru2 ni kerajaan/kementerian pendidikan ada bagitau mulai tahun depan murid sekolah boleh bawa handphone & gadget ke sekolah? Isu tu kita tolak tepi dulu. Kita sentuh soal wajarkah anak2 ini diberi handphone ketika masih kecil.
Kalau tanya saya sebagai ibu. Jangan haraplah Mimi nak dpt handphone dari saya. Saya ni jenis ibu yang berpikiran old skul sikit. Kalau tak usaha takkan dapatlah barang2 mewah ni. Kalau nak handphone, periksa mesti no 1. Baik sekolah rendah atau agama. If not, jangan mimpi.
So far, alhamdulillah Mimi tak pernah lagi minta. Lagipun dia tahu guna public phone. Bagi saya, murid darjah 1 masih terlalu mentah untuk diberikan kemewahan. Kalau dia dah umur 9 tahun, maybe saya akan consider. Itupun saya rasa awal sangat. Form 1 lah baru bagi..hehehe. Biarlah orang cakap saya kedekut. Tapi itu cara didikan saya. No pain no gain. Kesenangan tak datang bergolek.
Lagipun saya taknak anak2 alpa dengan gadget2 ni. Tab dan netbook yang saya pakai ni free. Saya tak beli pun. Entahlah, ada sesetengah parents anak tak minta pun beli. Saya mahu jika satu hari nanti anak saya di dalam kesusahan, dia tahu bagaimana nak survive, bagaimana nak usaha utk mendapat kesenangan. Dia perlu menyimpan duit utk mendapat apa yang diidamkan. Bukan hanya meminta pada orang tua. Tapi ini pendapat saya je tau. Jangan berkecil hati. Masing2 ada style dan prinsip hidup yang perlu dihormati. Maaf teremo sket.
Mimi..pakailah handphone yang kamu lukis kat atas tu ye...hehehe. Mama love you very much tapi bukan dengan cara memberi kemewahan. Sekian. Selamat berhujung minggu.
Published with Blogger-droid v2.0.4


