Showing posts with label stories. Show all posts
Showing posts with label stories. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Sahabat Selamanya...


Alhamdulillah..akibat kerinduan kami bertemu lagi. Kali ni bertemakan biru & hitam. Tema ni saja suka2 utk menceriakan susasana. Mereka2 ini adalah rakan sebaya saya dari zaman persekolahan.


Terima kasih buat tuan rumah yang menyediakan banglo indah buat kami. Makan sedap2, bergelak ketawa, bergurau senda, berkongsi tips hidup berumahtangga, berkongsi resepi dan juga tips mendidik anak cemerlang. Eh..juga tips membina kekayaan..insyaallah..yang baik itu wajiblah dikongsi bersama kan.


Doa saya agar hubungan ini berkekalan walau adakalanya bergurau senda tanpa batasan. Walau ada kalanya hati terluka. Luahkan segalanya, jangan disimpan di dalam hati. Mohon maaf dan saling memaafi setiap hari. Jangan dicanang satu dunia kisah dalam kelambu kita sahabat2 biar apa pun yang terjadi.


Berjanjilah..persahabatan ini sampai ke Jannah..insyaallah. Saya sayang semua kawan2 saya :)

Friday, November 22, 2013

Duit oh Duit..


Dapat hari ni, habis hari ni. Tak pernah cukup. Tapi bersyukurlah wahai Dee..sekurang-kurangnya kamu ada juga duit. Alhamdulillah.

P/S: Gambar "What With Water" tu ialah sebenarnya memberi maksud 'Sila derma dengan ikhlas untuk bayaran bil air masjid'. Thanks kepada opismate saya seorang Chinese yang gigih mencari maksud WWW tu.  

Rupa-rupanya ianya adalah tulisan Mandarin tetapi bila dibaca ianya adalah bahasa Arab. Sama macam kita tulis Arab/Jawi tetapi bila dibaca ianya adalah bahasa Melayu :)

Thursday, July 18, 2013

Ribut..


Ni kejadian Sabtu lepas.  Kejadian ribut di Kuala Lumpur. Masa ni angin kuat giler.  Dee baru nak kutip kain sebab takut melayang.  Dengar macam2 bunyi yang menggerunkan..bila Dee toleh..Dee tengok atap ni tengah melayang-layang macam kertas tisu.  Nampak ringan je. Sampai je bawah..PRAP!  

Kuat giler kot bunyi. Dee menggigil2 ketakutan tengok. Mujur takde melibatkan nyawa.  Tapi kesian pemilik2 kereta tu..adalah dalam 8 buah yang rosak.  Paling haru kereta hitam belah kanan tulah..pecah windscreen.  

Pukul 1 pagi Adun Lembah Pantai ada datang melawat, lepas tu orang2 DBKL buat kerja sampai pukul 2 pagi nak alihkan bumbung tu.  Bumbung ni diterbangkan dari tingkat 22 tau.  Ini kejadian kali ke 2.  Yelah..flat ni pun dah lama. Thanks pada mereka2 yang membantu tempoh hari.

Friday, July 12, 2013

Happy Friday!


It's Friday..let's dance.  Masih busy..huhu.  Have a nice weekend!

Thursday, July 11, 2013

Busy Bee..


Yup..i'm the Busy Bee..huhu.

1.  Bos baru, staff baru..semua pun baru masuk, banyak benda kena settle untuk dia.
2.  Dateline for Budget makin hampir..oh no!
3.  Preparation utk hantar staff training..huhu..
4.  Mid Year Performance..apapun tak buat lagi..dateline dah dekat..arrghhh..
5.  Book bilik sana..book bilik sini..meeting2..
6.  Balik cepat..nak masak..nak masak..

Itu sebabnya saya tak update blog dan BW..sorry semua.  Bila keadaan dah tenang semula..saya kembali..insyaallah.

Friday, July 5, 2013

Bukan Emas Yang Kupinta..


Salam Jumaat semua..amboi tajuk entry kemain kan..bukan emas yang kupinta.  Semalam mood happy sebab incik abang belikan sekali 3 barang terus.  I tak mintak emas u..hihihi.  

Saya dapat 1 termos elektrik, 1 standing fan & 1 dapur masak.  Thanks lah sebab kesiankan isteri dia ni yang kalau masak berjam2..kat dapur tu sbb dapur dah sumbat teruk.  Bersihkanlah camana pun tetap api kecik alahai.  Tambah nak puasa kan.  Memang dia kesianlah tu..ke kesiankan diri dia sebab nanti silap2 dah azan..saya masih belum siap masak..hahaha.  

Takpelah..ini semua dah cukup membahagiakan saya.  Tambah lagi benda saya tak mintak tapi dapat.  Maybe sebahagian dari doa saya sudah termakbul.  Happy weekend uols.

Thursday, July 4, 2013

Idea Kelabu Asap


Saya dah kehabisan idea minggu ni sebenarnya.  Kelabu asap semuanya.  Ini pic Kelabu Asap 2.  Nampak botol Gif segala.  Dari dalam store room di office.  Memang saya gemar ambil pic view rumah saya dari sini.  Hari Kelabu Asap 1 tak dapat ambil gambar dari tingkat 19 sebab cuti weekend.  Rumah tingkat 1 je..tak nampak apa.


Hari ke 3.  Langit dah mula cerah sedikit.  Nampak jelas rumah merpati berwarna coklat tu.  Saya ingat lagi, minggu tu, ramai orang concern dengan cuaca dan tahap kelabu asap di tempat masing2.


Bila malam, kurang sikitlah kelabu asap.


Ini view hari Khamis.  Si Rebung pun saya boleh nampak dari sini.  Kami di office semua tersenyum gembira.  Bila langit cerah, maknanya aktiviti futsal yang dirancang selama 2 minggu boleh dijalankan.  Petang tu kami rasa happy dapat bersukan dalam cuaca cerah.  Alhamdulillah.


"Heavy rain showers remind me of challenges in life.  Never ask for a lighter rain.  Instead pray for a better umbrella..."

Friday, June 28, 2013

Report Card Day..



Salam, hari ni saya ambil cuti "AL Half Day A.M".  Maksudnya half day pagi saya cuti.  Petang nanti baru masuk office.  Nak pergi mengadap cikgu sekolah anak amik report card.  Entah camanalah ye result dorang.  Harap2 tak mengecewakanlah.  Minggu depan kita buat entry panjang2 ye.  Selamat berliburan!

Thursday, June 27, 2013

Gigi Oh Gigi..


Masa cuti sekolah bulan May baru ni, saya ambik 1/2 day leave semata-mata nak hantar anak bertuah ni gi buat scaling gigi.  Bayaran?  Free of charge je.  Buat kat Klinik Pergigian Bangsar..klinik kerajaan.  Tapi kena pergi hari Jumaat..special untuk kanak2.


Saya snap pic ni dari luar je.  Saya tinggalkan dia dengan nurse2 tu.  Bila keluar..sengih..yeay mama..gigi kakak dah bersih.  Alhamdulillah..dua2 anak saya tak takut jumpa dentist.  Auntie & uncle semua takut tak jumpa dentist? Haaa....baik ngaku cepat..kuikuikui.

Tuesday, April 30, 2013

Rajin Tak?


Rajin tak anak dara saya?  Ha..kau ada?  Tumbuk sambal pakai spek mata special punya..hahaha.  Biasalah anak dara..awal2 ni kita asuhlah biasa2 dengan dapur.  Dengan harapan agar dah besar nanti rajin tolong Mamanya kat dapur..hehehe.  Lately saya malas betul nak update entry.  Ada je pic tapi selalu terlupa nak update.  Eh..lupa nak introduce..ni lah Fifi.

Oklah, Selamat Hari Pekerja ye esok.  Jangan tetiba rajin pulak nak datang kerja..hehehe.  Selamat Bercuti!

Monday, March 25, 2013

Met Zahidah ~ Blogger Sarawak



Last Saturday, jumpa Blogger Sarawak sorang ni..Zahidah.  Tapi skrg dia tgh study di JB.  Kebetulan dia turun KL jadi mohlah jumpa kejap.  Dulu saya jumpa dia di Kuching..seronok.  Anak2 pun ingat lagi kat dia.    Ni lepak minum coffee kat San Francisco di The Sphere, Bangsar.  Best lepak sini sebab tak ramai orang dan yang penting parking free..hahaha.


Lepas tu dia follow saya jumpa ex-opismate yang baru dapat baby di Desa Petaling.  Lupa nak snap pic.  Then kami gi dinner di Burger Ramly, esok saya story.  Pastu terus ke Downtown Cheras.  Masa pergi ni gelap gelita.  Rupanya dorang sambut Earth Hour...huhu.


Lebih kurang pukul 10 baru lampu dibuka.  Pastu apalagi, shoppinglah tanpa henti..hahaha.  Oklah, harap Zahidah tak seriklah jumpa kak dee anak beranak lagi.  Turun KL roger2 ok.

Friday, March 22, 2013

Thank You Allah...


Friday is finally here.  I can hear kaching2 & my eyes is seeing $$$.  I am so thankful.  Alhamdulillah.  Smile all day long :)  Happy Friday everyone!

Thursday, March 21, 2013

Masak Hot Bunny?


Ni lah Hot Bunny nya..amik pic pun terpenggal kepala..apa daa...hahaha.


Mari masukkan dalam microwave.


Masaklah 1 or 2 minutes.  Dah cukup panas, keluarkanlah.  Apa kes masak Hot Bunny ni?


Actually ni Hot Bunny Microwavable Bed Warmer.  Was given by my ex-boss to one of my colleague.  Sesuai sangat utk orang yang ada sesungut senggugut/period pain..hihihi.  Takdelah nampak obvious sangat.  Ala2 comel gitu.  Or just to keep u warm at night.

Kat mana nak beli?  Rasanya my ex-boss beli masa dia study kat UK dulu.  Cer tengok SINI.  Selamat membeli.

Monday, October 29, 2012

Raya Haji Kami..


Kita citer pasal raya haji dululah..kalau tak basi...hehehe.  Dan mcm biasa..ginilah pic raya kami.  Tapi raya kali ni takde tema..caca marba je...hehehe.  Lepas solat raya, terus gi umah my sis.


Kat sini berkumpul ramai sket sedara mara.  Tiga2 cousin ni semua dah roboh pagarnya.  Semua roboh kat tempat yang sama...hahaha.


Macam biasa gak, ada ketupat daun palas, ketupat nasi, ayam masak merah, ayam pencen masak rendang, rendang daging, masak lodeh kering.  Dan yang paling best..ada...


Ni haa...laksa.  Yeay.  Sukanya..favourite saya ni.


Memang takde pegi mana2..cuma pegi Pulau Meranti, Sepang ziarah sahabat lama arwah abang.  Saja tunjuk pic ni.  Jubah ni pemberian my best friend punya mak.  Dah lama dia bagi.  All the way from Sarawak.  Liplap2 sbb tu x pernah pakai.  Pestime pakai..cun gak kan..hehehe.  Oklah, nak BW jenguk2 cerita raya korang pulak.  Selamat Bekerja.

Tuesday, October 23, 2012

Let Me Show You..


Yup, saya dalam proses mengenalkan Islam kepada seseorang.  Setakat ni, Alhamdulillah..banyak perkembangan positif.  Sahabat saya tu dah mula attend kelas di PERKIM, breakfast talk with Ustaz dan terbaru dah mula attending Iqra'  class.  Alhamdulillah, moga dipermudahkan segala urusan.  Berkat pertolongan sahabat2 lain juga.  

Doakan agar insan ini tidak berpatah hati dan cekal serta tabah dalam menghadapi liku2 dalam perjalanannya.  Doakan juga saya berjaya membuat dia yakin inilah jalan yang betul yang dia patut pilih utk kebahagiaan dunia dan akhirat.  Moga usaha saya ini tidak sia2..amin.

Thursday, September 27, 2012

How I Wish...

How I wish I mcm dulu2.  Tak pernah risau pasal weight..coz dulu my weight is only 38kg.  Ye..percayalah.

How I wish I lebih organised mcm dulu2...24 jam 7 hari tu cukup utk I.

How I wish I boleh baring2 baca novel..sekarang ada 10 novel di rumah yang masih belum disentuh...huhu.

How I wish entry citer raya lagi 2 tu boleh diposting sendiri tanpa I perlu type apa2.

Arrrrrggggghhhhhhhhhhh.....

Okey...I wish I boleh relax2 je weekend ni.

Dear friends, I hope you're having a relaxing day today :)

Friday, September 14, 2012

Raya Oh Raya...


Fuhhhh...penatnya.  Hari2 ada open house kat opis ni.  Dept tu, dept ni.  Yang gambar kat atas ni masa open house untuk kakitangan.  Perut makin gendut.  Kaki makin sakit.  Cerita2 raya akan menyusul minggu hadapan...hahaha.  

Happy long weekend untuk korang.  Plan asal saya ke Singapore terpaksa ditunda.  Ok, saya frust ;(  Takpe, kita plan molek2 balik.  Enjoy your weekend and safe journey for all who wish to travel.  Selamat Hari Malaysia semua! Take care!