Monday, November 5, 2012

Hari Terakhir..


Oh..malam pertama kami smpi tu kami makan kat kedai Pak Long/Mak Long yang berdekatan.  Kedai tak banyak yg buka yelah hari raya haji kan.  So, mana kedai yang buka, situ jelah kami settle down.  Malas nak mencari mana kedai yang sedap.



Meja pun merah ang2..btw, saspen gak tau..sbb lepas order senyap je.  Kat dapur tu takde bunyi apa2.  Arrghh..esok kena check ni..kedai ni betul2 wujud ke tak..hahaha.  Dalam 15 minit lepas tu, hidangan kami pun sampai.  Oh..tukang masak dia sure sopan santun..smpi tak dengar bunyi tung tang2 di dapur..huhu.  Gambar food hilanglah pulakkan..tp kami mkn biasa2 je..tomyam, telur dadar, ayam goreng kunyit & sayur campur.


Esok pagi kami breakfast kat hotel je.  Dah termasuk dengan harga bilik kan.  Cuma tambah RM20 utk anak buah saya tu dan utk Mimi RM10.  Food not bad..sedap jugak..cuma tak byk varieties.


Lepas makan, budak2 terus terjun pool semula.


Mama macam biasa setia menunggu di tepi pool.


Bila bosan, Mama sambung baca buku.


Lepas tu Mama posing2 pulak..hahaha.


Posing lagi tp uols nampak tak ada dua makhluk tengah berendam dlm kolam kanak2 sebelah kiri tu..hihihi.


Pukul 12 time to check out.  View depan hotel.


Ada map juga kalau u oll nak cari tempat menarik di Janda Baik.


Yeay..melompat kegirangan.  Syok bercuti walau tempatnya dekat dan tempoh yang singkat.  Yang penting happy.  Bye..selamat bekerja semua.


Friday, November 2, 2012

Mandi-Mandi Di Janda Baik


Lepas je check in..kitorang ronda satu kampung nak cari the best place nak mandi.  Actually ada waterfall, tapi kena jalan ke dalam sedikit jalan kaki.  Unfortunately jalan nak masuk ke waterfall tu adalah sangat lecak.  So, kitorang lepak kat Santai Riverside je.  


Air kat sini tak begitu dalam, sesuailah untuk anak2 mandi.  Tapi anak2 saya agak takut sbb banyak batu dan licin.  Lagipun dorang rasa tak feel sbb xleh nak terjun tiruk sangat.  Tapi airnya..perggh...sejuk betul.


Ambik kesempatan membuang segala kulit2 mati dengan menggosokkan batu sungai ke kaki2 yang kematu..hihihi.  Suka pic ni sebenarnya.  Ada puteri tengah bersiram..hahaha.  Kitorang mandi tak lama sebab langit dah nampak mendung.  Saya mmg takut kalau ada air pasang.  

Tips utk uol..kalau langit gelap di bahagian hulu sungai, better korang beredar dari sungai walaupun cuaca masih cerah di tempat korang mandi.  Sebab fenomena air pasang ni xleh jangka.  Sekali datang abis disapunya.  Macam kejadian kat Ulu Bendul dulu.  Kat tepi2 ni adalah gazebo, chalet segala.  Sapa2 yang minat nak camping bolehlah juga book kat Santai Riverside.  Pamphlet yang owner Santai Riverside bagi pada saya tertinggal pula dalam kereta kawan.  Dengan baju basah2 tu kitorang balik ke hotel.


Sampai je hotel, terus terjun swimming pool.  Yang ni anak2 saya mmg sukalah.  Sebab boleh terjun tiruk segala.



Mamanya tak abis2 posing..hihihi.  Kolam orang dewasa taklah dalam sangat.  Ada sampai leher saya kot.


Mmg best dapat istirehat kat tepi pool.  Oh ye, cuaca xdelah sejuk pun...matahari memancar terang tapi kalau dekat sungai tu mmg segar jelah rasa.  Keesokan harinya cuaca mmg best..berangin2..mmg rasa fresh sgt.


Sambil membaca novel yang beli bertahun-tahun dulu..entah bila nak abis.  Cuma pesanan saya, make sure ada orang monitor anak2 mandi.  Adalah mak orang ni duduk sebelah saya santai2.  Anak2 saya kat dalam pool kanak2 so xdelah nak worry sangat.  Sambil baca sambil saya tengok2 dorang..jeling2 dorang.  Anak dia dalam pool orang dewasa dengan pelampung.  Dia boleh duduk relax je  tengok dari jauh.  

Tetiba dia berlari.  Saya tengok anak dia dh nak lemas.  Mujur ada orang dewasa yang bersantai2 tepi pool sambil merendamkan kaki berada dekat dengan anak dia.  Terus dicapainya.  Termengah2 lah budak tu.  Mujur tak lemas.  Kadang2 ada sesetengah parents ni mmg amik mudah keselamatan anak2.  Kalau nak biarkan anak2 mandi di kolam dewasa dengan pelampung make sure kita pun masuk sekali dengan dorang.  Yelah budak2 ni pandai buka jaket sendiri, keluar dari pelampung sendiri.  Mujur takde apa2.


Khas untuk mereka2 yang nak cari resort depan sungai.  Ni depan D'Ark Resort.  Yang warna gelap tu dalam tau.  Saya tengok ada orang dewasa masuk paras dada.  So, kalau nak mandi sini make sure anak2 dalam pengawasan uol jugak ye.  Yang sebelah awek baju merah bertenggek atas batu tu ok sketlah x dalam sangat.


Yang betul2 depan pagar resort tu sungai dia agak cetek tp banyak batu.  Tapi kat sini mmg byk chalet.  Pilihlah dari yang murah sampai yang mahal.  Geng..kita sewa sini nak satu malam..sambil2 berBBQ..sure best kan.  Janda Baik mmg tempat yang sesuai untuk bersantai..tak sampai sejam pun dari KL. Exit Genting Sempah je.  Jom Cuti2 Malaysia!

Thursday, November 1, 2012

Cheringin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik


Hari Raya Haji Jumaat kan?  So, sabtu tu dee ngan anak2 serta anak buah pergi bercuti ke Janda Baik.  Alah..dekat je.  Tapi Dee jenis kalau nak lari dari kesibukan kota..mmg akan gi bercuti.  Dekat2 pun jadilah.  Yang penting..bercuti..hehehe.


Lobby dia agak besar.  Biasanya hotel ni pilihan company2 buat training.  Terletak atas bukit..view mmg cantiklah.  Cuma masa ni Dee rasa kelakar sketlah.  Dee smpi pukul 3 petang...mmg check in time pukul 3 ptg.  Baru 3 keluarga check in.  Tapi Dee terpaksa gak tunggu sbb bilik belum dikemas lagi..huhu.  Sib baik tak lama.  Staff pun ramah2..so, xdelah nak marah2 kan.


Ni tempat lepak kitorang malam2..dekat lobby gak.  Kat sini signal wifi adalah sgt strong.  Eh..Janda Baik adalah kampung tanpa wayar 1 Malaysia tau..free public Wifi satu kampung.  Best tak?  Giler best..hahaha.


Kalau yang suka berbasikal, bolehlah sewa.  Ada juga outdoor games mcm pingpong table dan sebagainya.  Lupa lak nak snap pic.


Meh..masuk bilik.  Ini kawasan pantry.  Ada coffee and tea, mineral water.


Toilet pun bersih.  Taklah besar..sedang2 aje.  Ada shower.  Xde bath tub.  Ni bilik superior.


LCD TV..tp kalau tidur kt hotel ni Dee mmg jenis awal je lelap.  So, takdelah tgk tv sangat.


2 single bed.  Mmg suka lagi mcm ni sbb bila digabungkan lagi besar banding double bed tu.


Bilik menghadap pool..so, anak2 adalah menggelinjang nak terjun pool.  Tapi Dee ckp eh..Janda Baik kot..moh gi terjun sungai.  Rate bilik dalam RM230 satu malam including breakfast for 2.  Dee book thru agoda.com.my.   Further info boleh tengok kat SINI.

Tapi sebab kami 3 adult, 2 kids, so kena bayar extra utk bfast.  Adult RM20 & kids RM10.  Hotel ni pada Dee mmg bestlah.  So, kalau nak bercuti tapi tak mau duduk chalet, bolehlah consider this place.  Ok, esok je ye sambung.  Bye.