Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Sengal..


Hahaha..malam tadi dalam wazap group family, anak2 buah saya yang sengal ni post pic. Ni nak sindir saya yang kerap bermonopod lah ni..haha. Saya mula2 tengok mmg ingat monopod. Lepas tu dorang post 2nd pic.


Sekali penyodok sampah daaaaa. Kurang asam betul! Hahaha..esok jelah saya share monopod moment saya ye. Untuk yang nak bermonopod juga..hehehe. See you tomorrow!

Wednesday, May 29, 2013

Happy Birthday..


Today is a special day..


Wishing you a Happy 39th Birthday.  May all your wishes come true and we love you..from me, Mimi & Fifi.

Monday, April 8, 2013

Jalan-Jalan Ganu...


Minggu akhir cuti sekolah pukul 7 pagi saya dah bertolak ke Pantai Timur.


Aiseh...saya tak ingat nama jambatan ni.  Sapa tau?


Suka tengok api ni kalau travel malam2 di Paka, Terengganu.


Marang memang cantik.  Masa saya pergi ni cuaca mmg panas terik.


Tujuan utama, menghadiri kenduri kahwin sahabat lama Nonie.  Selamat Pengantin Baru dan moga berbahagia ke akhir nyawa.  Terima kasih layan walau kami adalah tetamu terakhir..pukul 6 petang..hehehe.


Malam tu, dinner pulak di rumah Ma Kamariah.  Oh, inilah Mama Amy Sweetdarling.  Myra pun ada jugak. Ni family bloggers..hahaha.  Sedap meehoon Singapore Ma.  Alhamdulillah, kenyang kami dibuatnya.  Layanan pun awesome.  Terima kasih yang tidak terhingga.

Oh ye, saya travel ni dengan keluarga adik kawan saya yang ada 5 orang anak berderet termasuk baby 4 bulan.  So, kami tak pergi pun Pasar Payang.  Makan dekat KT pun tidak.  Budak2..pool je yang menarik buat dorang.  Next time saya nak teroka Terengganu.  Insyaallah saya akan turun KT lagi.  Esok, saya kongsikan tempat penginapan kami.

Thursday, April 4, 2013

Family Dinner @ Tony Roma's


Bila dapat rezeki, belanjalah keluarga...itu kata Ustaz kat opis saya.  So, jomlah kita makan2 sempena rezeki yang melimpah dikurniakan oleh Yang Esa utk saya last month.  First time, suami makan kat Tony Roma's.  Mimi macam biasa merungut, tak abis2 nak makan KFC...hehehe.


Sebab ada 2 orang kanak2, maka Kids Menu lah kita ye.  Sayur ni?  Takde sorang pun makan.  Cuma saya dan suami je rasa sikit.  Terasa macam rabbit pulak...hahaha.


Main meal utk kids cheezy pizza.  Sedap kata Mimi sebab xde apa2 kecuali cheese.  Dia mmg tak suka bawang & segala benda biasa dalam pizza tu.  Lagipun rotinya roti pita lagilah sedap, saya pun makan jugak sekeping..hehehe.


Crispy chicken ni Mimi punya.  Pun sedap.


Suami saya order Ribeye Steak tapi dia kata kureng.  Dia kan oldskul, so The Ship tetap di hati..hahaha.


Dessert, oreo sundae..mmg favouritelah anak2 lah kan.  Tapi saya mmg tak order apa2.  Tukang perabihkan food anak2.  Confirm dorang tak abis..hehehe.


Alhamdulillah, dapat kongsi rezeki bersama keluarga.  Fifi macam biasa, leka dengan games2 kat Kid's Menu tu.   Mewarna je kerja dia.  Moga dapat terus menggembirakan mereka...amin.

Monday, November 5, 2012

Hari Terakhir..


Oh..malam pertama kami smpi tu kami makan kat kedai Pak Long/Mak Long yang berdekatan.  Kedai tak banyak yg buka yelah hari raya haji kan.  So, mana kedai yang buka, situ jelah kami settle down.  Malas nak mencari mana kedai yang sedap.



Meja pun merah ang2..btw, saspen gak tau..sbb lepas order senyap je.  Kat dapur tu takde bunyi apa2.  Arrghh..esok kena check ni..kedai ni betul2 wujud ke tak..hahaha.  Dalam 15 minit lepas tu, hidangan kami pun sampai.  Oh..tukang masak dia sure sopan santun..smpi tak dengar bunyi tung tang2 di dapur..huhu.  Gambar food hilanglah pulakkan..tp kami mkn biasa2 je..tomyam, telur dadar, ayam goreng kunyit & sayur campur.


Esok pagi kami breakfast kat hotel je.  Dah termasuk dengan harga bilik kan.  Cuma tambah RM20 utk anak buah saya tu dan utk Mimi RM10.  Food not bad..sedap jugak..cuma tak byk varieties.


Lepas makan, budak2 terus terjun pool semula.


Mama macam biasa setia menunggu di tepi pool.


Bila bosan, Mama sambung baca buku.


Lepas tu Mama posing2 pulak..hahaha.


Posing lagi tp uols nampak tak ada dua makhluk tengah berendam dlm kolam kanak2 sebelah kiri tu..hihihi.


Pukul 12 time to check out.  View depan hotel.


Ada map juga kalau u oll nak cari tempat menarik di Janda Baik.


Yeay..melompat kegirangan.  Syok bercuti walau tempatnya dekat dan tempoh yang singkat.  Yang penting happy.  Bye..selamat bekerja semua.


Friday, November 2, 2012

Mandi-Mandi Di Janda Baik


Lepas je check in..kitorang ronda satu kampung nak cari the best place nak mandi.  Actually ada waterfall, tapi kena jalan ke dalam sedikit jalan kaki.  Unfortunately jalan nak masuk ke waterfall tu adalah sangat lecak.  So, kitorang lepak kat Santai Riverside je.  


Air kat sini tak begitu dalam, sesuailah untuk anak2 mandi.  Tapi anak2 saya agak takut sbb banyak batu dan licin.  Lagipun dorang rasa tak feel sbb xleh nak terjun tiruk sangat.  Tapi airnya..perggh...sejuk betul.


Ambik kesempatan membuang segala kulit2 mati dengan menggosokkan batu sungai ke kaki2 yang kematu..hihihi.  Suka pic ni sebenarnya.  Ada puteri tengah bersiram..hahaha.  Kitorang mandi tak lama sebab langit dah nampak mendung.  Saya mmg takut kalau ada air pasang.  

Tips utk uol..kalau langit gelap di bahagian hulu sungai, better korang beredar dari sungai walaupun cuaca masih cerah di tempat korang mandi.  Sebab fenomena air pasang ni xleh jangka.  Sekali datang abis disapunya.  Macam kejadian kat Ulu Bendul dulu.  Kat tepi2 ni adalah gazebo, chalet segala.  Sapa2 yang minat nak camping bolehlah juga book kat Santai Riverside.  Pamphlet yang owner Santai Riverside bagi pada saya tertinggal pula dalam kereta kawan.  Dengan baju basah2 tu kitorang balik ke hotel.


Sampai je hotel, terus terjun swimming pool.  Yang ni anak2 saya mmg sukalah.  Sebab boleh terjun tiruk segala.



Mamanya tak abis2 posing..hihihi.  Kolam orang dewasa taklah dalam sangat.  Ada sampai leher saya kot.


Mmg best dapat istirehat kat tepi pool.  Oh ye, cuaca xdelah sejuk pun...matahari memancar terang tapi kalau dekat sungai tu mmg segar jelah rasa.  Keesokan harinya cuaca mmg best..berangin2..mmg rasa fresh sgt.


Sambil membaca novel yang beli bertahun-tahun dulu..entah bila nak abis.  Cuma pesanan saya, make sure ada orang monitor anak2 mandi.  Adalah mak orang ni duduk sebelah saya santai2.  Anak2 saya kat dalam pool kanak2 so xdelah nak worry sangat.  Sambil baca sambil saya tengok2 dorang..jeling2 dorang.  Anak dia dalam pool orang dewasa dengan pelampung.  Dia boleh duduk relax je  tengok dari jauh.  

Tetiba dia berlari.  Saya tengok anak dia dh nak lemas.  Mujur ada orang dewasa yang bersantai2 tepi pool sambil merendamkan kaki berada dekat dengan anak dia.  Terus dicapainya.  Termengah2 lah budak tu.  Mujur tak lemas.  Kadang2 ada sesetengah parents ni mmg amik mudah keselamatan anak2.  Kalau nak biarkan anak2 mandi di kolam dewasa dengan pelampung make sure kita pun masuk sekali dengan dorang.  Yelah budak2 ni pandai buka jaket sendiri, keluar dari pelampung sendiri.  Mujur takde apa2.


Khas untuk mereka2 yang nak cari resort depan sungai.  Ni depan D'Ark Resort.  Yang warna gelap tu dalam tau.  Saya tengok ada orang dewasa masuk paras dada.  So, kalau nak mandi sini make sure anak2 dalam pengawasan uol jugak ye.  Yang sebelah awek baju merah bertenggek atas batu tu ok sketlah x dalam sangat.


Yang betul2 depan pagar resort tu sungai dia agak cetek tp banyak batu.  Tapi kat sini mmg byk chalet.  Pilihlah dari yang murah sampai yang mahal.  Geng..kita sewa sini nak satu malam..sambil2 berBBQ..sure best kan.  Janda Baik mmg tempat yang sesuai untuk bersantai..tak sampai sejam pun dari KL. Exit Genting Sempah je.  Jom Cuti2 Malaysia!

Monday, October 29, 2012

Raya Haji Kami..


Kita citer pasal raya haji dululah..kalau tak basi...hehehe.  Dan mcm biasa..ginilah pic raya kami.  Tapi raya kali ni takde tema..caca marba je...hehehe.  Lepas solat raya, terus gi umah my sis.


Kat sini berkumpul ramai sket sedara mara.  Tiga2 cousin ni semua dah roboh pagarnya.  Semua roboh kat tempat yang sama...hahaha.


Macam biasa gak, ada ketupat daun palas, ketupat nasi, ayam masak merah, ayam pencen masak rendang, rendang daging, masak lodeh kering.  Dan yang paling best..ada...


Ni haa...laksa.  Yeay.  Sukanya..favourite saya ni.


Memang takde pegi mana2..cuma pegi Pulau Meranti, Sepang ziarah sahabat lama arwah abang.  Saja tunjuk pic ni.  Jubah ni pemberian my best friend punya mak.  Dah lama dia bagi.  All the way from Sarawak.  Liplap2 sbb tu x pernah pakai.  Pestime pakai..cun gak kan..hehehe.  Oklah, nak BW jenguk2 cerita raya korang pulak.  Selamat Bekerja.

Thursday, October 11, 2012

Untunglah...


Ye..anak buah saya I-Shah tu yang untung.  Minggu lepas company dia ada dinner.  Dia sms saya dengan soalan, kau teka aku dpt apa?  Saya ingat camera.  Nanti balik aku tunjuk.  Dahlah dia smpi hotel tu lewat..pukul 8.45 mlm.  Dinner start pukul 6.45 ptg.  Sekali bila dia balik, perggghhh...Galaxy Note 10.1 tu.  Yang baru...orang panggil Note II yang ada stylus pen.  Lagi dia dapat apa?  Sebuah jam tangan Alexandria apa ntah sempena 5 tahun perkhidmatan dengan G2000.  

Dan juga voucher RM300 G2000 kerana menduduki no 1 untuk The Most Outstanding Sales Performance of the Year.  Satu achievement yang membanggakan sbb mengalahkan bangsa lain yang 'suka bersaing' tu.  G2000 bukan milik bumiputera ye.  I'm proud of her.  Dia mmg selalu top kalau buat sales, selalu dpt exceed sales target dan mempunyai regular customer yang ramai.  Yang jenis shopping puluh2 ribu.  Tahniah dan Alhamdulillah.


Inilah dia Note II tu.  Saya boleh pegang, boleh main..hehehe.  Masa ni nak register Maxis Data Plan.  Sbb tab saya pakai Digi, saya paksa dia pakai Maxis.  At least, kalau salah satu not working, bolehlah pulun main yg lagi satu.  Ambik plan RM48 utk 4GB...ada promotion.  Not bad.  Sekarang ni Note tu dah ada baju dia.  Mahal ok...rega smpi RM299 tp dpt beli kat Downtown Cheras dgn harga RM50.  

Apa2 pun..voucher RM300 G2000 tu saya dah chop nak shopping..mcm biasa.  Eh..awak yg over...kan.  Alah..tiap2 tahun dia dapat voucher RM200 (hadiah sbb tak pernah MC setahun) pun dia ajak saya shopping baju/seluar utk saya.  Tu belum lagi staff purchase yang dia ada 9000 points tu..50% discount ok utk semua pakaian di G2000.  So, tak faham2...hahaha.  Rezeki kenalah share sama2.  Dah dia pun saya yang babysit dan tinggal serumah dari kecil dengan saya.  Okey..boleh senyum sampai ke telinga.  Bye!