Ye..memang bahaya...hehehe. Beli tiket awal sebulan. Punya excited nak tengok. Amik mahal sikit sebab nak nampak lobang hidung pelakon. Kalau tak tu sayup je. Hidung Zizang maybe boleh lagilah nampak..hehehe. Pergi dengan Geng Pelangi yang available jelah.
Yup..inilah barisan pelakonnnya. Umie Aida as 1st wife yang anti poligami tapi bagi suami dia Zizang berpoligami dengan Erra as 2nd wife. Tapi orang gatal mcm Zizang mana cukup..dia gi kahwin artis pulak yakni Nora Danish. Cuma masa kami tengok ni Nora busy jadi juri kat MLM, so kami dapat tengok Lana Nordin berlakon. Not badlah jugak. Dia punya 'airbag' kat dada tu jadi bahan Zizang buat lawak je. Erma Fatima jadi 4th wife. Lagu pun best2. Ada masa dorang sendiri tergelak dengan dialog2 yang tak dirancang.
Tak habis2 posingkan..semua tempat pun nak posing.
Kat tangga pun boleh. Dah..jom masuk.
Review? Sangat best ok. Memang gelak tak hengat. Tapi teater ni dah habis 31 Disember hari tu. Ni teater arahan Erma Fatima. Dan dalam banyak2 watak, watak Erma ngan Ziela Jalil lah paling best. Jadi pompuan Indon. Eh..Johan Ashaari pun ada. Not bad. Syanie pun best walau keluar sekejap. Dan sapa sangka Haliza Misbun dah slim. Next teater? Hmm..tunggu yg best baru kita pergi lagi. Bye.
P/S:- PC ni dah bengong, gambar tak keluar..kalau nampak pun..jadi kembang semua gambar..awatlah cheq oii!