Showing posts with label teater. Show all posts
Showing posts with label teater. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

Teater Bahayanya Wanita


Ye..memang bahaya...hehehe. Beli tiket awal sebulan. Punya excited nak tengok. Amik mahal sikit sebab nak nampak lobang hidung pelakon. Kalau tak tu sayup je. Hidung Zizang maybe boleh lagilah nampak..hehehe. Pergi dengan Geng Pelangi yang available jelah.


Yup..inilah barisan pelakonnnya. Umie Aida as 1st wife yang anti poligami tapi bagi suami dia Zizang berpoligami dengan Erra as 2nd wife. Tapi orang gatal mcm Zizang mana cukup..dia gi kahwin artis pulak yakni Nora Danish. Cuma masa kami tengok ni Nora busy jadi juri kat MLM, so kami dapat tengok Lana Nordin berlakon. Not badlah jugak. Dia punya 'airbag' kat dada tu jadi bahan Zizang buat lawak je. Erma Fatima jadi 4th wife. Lagu pun best2. Ada masa dorang sendiri tergelak dengan dialog2 yang tak dirancang.


Tak habis2 posingkan..semua tempat pun nak posing.


Kat tangga pun boleh.  Dah..jom masuk.


Review? Sangat best ok. Memang gelak tak hengat. Tapi teater ni dah habis 31 Disember hari tu. Ni teater arahan Erma Fatima. Dan dalam banyak2 watak, watak Erma ngan Ziela Jalil lah paling best. Jadi pompuan Indon. Eh..Johan Ashaari pun ada. Not bad. Syanie pun best walau keluar sekejap. Dan sapa sangka Haliza Misbun dah slim. Next teater? Hmm..tunggu yg best baru kita pergi lagi.  Bye.

P/S:- PC ni dah bengong, gambar tak keluar..kalau nampak pun..jadi kembang semua gambar..awatlah cheq oii!

Friday, December 6, 2013

Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang


Assalamualaikum semua. Bertuah rasa diri ini bila dapat tiket teater free. DJ Suria FM letak status kat FB tanya sapa nak free tickets..laju2 saya komen..hehehe. Pergi collect hari yang sama...malam tu terus berdesup ke Istana Budaya.


Dapat 4 tickets tapi yang pergi tiga orang. Tengok seat pun kosong je kan. Sebelah saya tu anak buah sayalah..sapa lagi.


Yeay...dah start. Tapi opening ialah tarian Makyung. Nak lelap gaklah tengok..tapi dorang menari lembut je..lemah gemalai. Bila dah masuk cerita..baru best. Kelakar pun ye. Seronok juga tapi jenuh nak faham dialek Kelantan. Sket2 bolehlah abe weh...hihi.


Antara artis yang terlibat Sofea Jane, Vanidah Imran dan Sabri Yunus. Boleh tahan Sofea Jane dan Vee kecek Kelate. Terserempak pulak dengan suaminya Shidi dan Hans Isaac. Handsomenya Hans..patut Neelofa terpikat..hehehe.


Hujung persembahan ada lucky draw. Hadiah few hampers dan grand prize ialah tiket AA ke Krabi. Orang yang dapat free tickets duduk diam2 sudah..hahaha. All in all..enjoy jugaklah walau ada masanya saya terlelap..kehkehkeh. 

Next teater ialah Lawak Ke Der 3 tapi saya tak beli tiket..tunggu kuar kat Youtube. Choi! Hahaha. Btw, ticket s Bahayanya Wanita sudah di tangan..can't wait. Jomlah join sapa2 yang free. Pada semua..have a nice weekend ye!

Monday, March 12, 2012

Cuci The Musical Last Kopek


Last Friday, saya pergi nonton Cuci The Musical Last Kopek kat Istana Budaya.  Saya pernah tengok yang show yang first dulu masa watak yang Nabil pegang tu dilakonkan AC Mizal. Tapi yang ni lagi best..u oll kena gi tengok tau.  Masih lagi dipersembahkan sehingga 18 Mac 2012.  Apa lagi, gi lah beli tiket kat SINI.


Pergi ngan sapa lagi kan..ngan dua wanita anggunlah.  Sis CT Elly (mangsa Panggilan Hangit) dengan Sis Mummysyafie.  Yang lain tak dapat join sebab masing2 ada hal kan.


Dok tempat bayar mahal beginilah, mana ada orang mampu nak dok sama..kosong je kan?  Muahaha..percayalah korang dee tgh jual temberang.  Lepas pada ni, penuh je seat2 semua tu.  

Tapi yang tak bestnya bila seat belakang ialah budak2 Kolej yang mcm baru terlepas dari hutan.  Tak tau etika menonton teater..macam mat rempit tengok wayang.  Menjerit2..part orang nak feel, dorang boleh bercakap.  Tendang2 dan ketuk2 seat kitorang.  Bengang giler.  Budak2 sekolah kat depan tu lagi behave.  Hai..remaja2 zaman sekarang.


Nasib baik show best sangat.  Gelak sampai tergeliat urat belikat lah.  Sampai sekarang sakit.  Serius, lawak sangat2.  Walau watak Adibah Noor, Dina yang ganti.  Tapi worth it lah pergi nonton.  Pasti puashati.


Kami puas dan kami enjoy!!  Hmm...lepas ni teater Gerimis Mengundang dan bulan 4 nanti teater Upin Ipin...apalagi yang ada anak2 tu, cepat2 beli tiket.  Sekarang pun dah boleh beli.  Insyaallah, Dee pergi bawak anak2 kot.  Oklah, bye.  Take care!

Tuesday, December 6, 2011

Badai Semalam..

Teater Badai Semalam dah lama berakhir, ni baru dee nak upload citernya..hahaha.  Oklah, lately tgk teater menjadi best sebab dapat kawan2 yg mempunyai minat yang sama.  So, calling2..set..beli tiket..terus on..hehehe.

Lakonan Erra Fazira, Aaron Aziz, Jasmin Hamid, Umie Aida, Fizz Fairuz, Amelia Rosnaida, Ziela Jalil memang menarik.  Tak sehebat Ombak Rindu tapi tetap tangkap leleh.  Kitorang tak, sebab ramai2 kan.  Sebelah kitorang ada sorang awek tgk sorang2.  Beriyer-iyer dia nangis..teresak-esak.  Aduhai..

Sampai bila2 pun kalau kitorang beli tiket paling murah.  Memang seat paling belakanglah pilihan hati.  Senang tak ganggu orang dan kami pun tak diganggu.  Sederet ni kami je.  Seat lepas saya tu je awek yang menangis tu duduk sorang2...hahaha..kesian dia.

Casting yang hebat.  Masa ni je boleh amik pic pun.   Cerita yang best, lagu pun best.  Cerita dari adaptasi novel Badai Semalam, novelis Khatijah Hashim.

Erra Fazira yang sangat cantik dan manis.

 Lesung pipit Fizz Fairuz sangat memikat hati.  Dia menari pun comel dalam teater ni.

Hero pujaan ramai yang hot2 ni pun sangat comel menari.  Rambut skema abislah Aaron ni..hahaha.

Sebelum balik, mari posing kat tangga dulu.  Lepas ni teater apa pulak yang best eh.  Leh lah kami terjah lagi ramai2..hehehe.  Sapa2 yang tak pernah tengok teater, give it a try.  Sure korang enjoy.  Oklah, gtg.  Bye.

Monday, October 24, 2011

The Secret Life of Nowa..Eh..Nora :)

Last Friday, saya, CT Elly and Mummysyafie went to Istana Budaya for The Secret Life of Nora show.  Hujan lebat giler time tu.  Jemput Elly kat Sogo, then zoom we straight away headed to IB.  Masa ni baru lepas dinner sementara tunggu Mummysyafie sampai.  Nampak dah Vanidah Imran..tapi dia baru nak makan so, tak maulah kacau kan.  Lagi 10 minit nak show..kitorang pun nak gerak dlm dewan..tengok dia sorang2..maka saya pun dengan selambanya tegur..Hai Vie, boleh ambil gambar? Eh..sila2.  Wow..peramah kau...hehehe.  3 kali snap sebenarnya.  Ni gambar dah edit..kalau tak kelam.
Show dah nak start baru muncul si Mummysyafie.  So, sempat amik pic kat sini je.  Dee ngan Elly adalah snap pic kat few places.
5 of us..lagi 2 dah jadi invisible..tak nampak eh?  Ha..x lamalah tu..muahaha.
Before balik, gedik2 lagi posing bergambar..hehehe.
All in all, show ni best.  Nak2 sebab ada Adibah Noor tu kan..mmg lawak seh.  Worth it sangat2.  
Last but not least, ehem2 pic with suami Vanida, Rashidi Ishak.  Gambar ni sebenarnya my friend amik goyang.  Tu edit baru elok sket.  Tapi serius, suami isteri ni sgt loving couple...so sweet.  Tak sombong.  Ngan tiara xde?  Tak kuasa nak tunggu tau..ni pun dh dekat pukul 12 tengah malam.  Nanti saya tukar jadi Cinderella hodoh..x mau2...hahaha.  Ok friends, selamat bertugas!
 

Monday, April 4, 2011

Teater Lat The Kampung Boy..

Last Saturday night, saya gi IB.  Pergi nonton itu Teater Lat The Kampung Boy.  Seperti biasa, tiket beli kat Ticket2u.  So, on the day itself, pergilah collect ticket di Istana Budaya.

Ticket RM40 je..sebab masa tu RM70 punya penuh.  Kitorang pergi bertiga.  Tapi kawan lagi 2 orang tu pemalu..hehehe.
Jadi saya jelah yang posing sorang2.  Alamak..gemuknya saya..adeh..kena diet nih..hihihi.

IB malam tu penuh.  Tiket pun sold out.  Komen saya tentang Teater Lat ni..best jugak.  Agak dragging smpi rasa nak tidur..tapi Awie dan Atilia, Jalil Hamid dan pelakon2 lain mmg best.  Kalo nak dicompare dengan Cuci2 The Muzikal..best lagi Cuci2 kot..hehehe.  Apapun saya enjoy jugak.  So, sapa2 yang nak tengok tu masih boleh lagi..show habis 5hb April.  Sila serbu ye!!  Lepas ni saya nak gi tengok Konsert D'llyod, sapa nak ikut??  Jom!!

Wednesday, July 7, 2010

Jom Pergi Tengok Teater..


Wah..dah lama betul sy x pegi menonton teater.  Hari ni sy jenguk2 website Istana Budaya, ada 2 teater menarik yg akan bertemu dengan penggemar teater.  Okey..kita tengok yg terkini ye.


Oh..teater muzikal Uda & Dara lah.  Menarik ni.  Arahan Dato' Rahim Razali dan dilakonkan oleh Misha Omar sebagai Dara, Aishah sebagai Ibu Uda, Betty Banafe sebagai Ibu Dara, Mazlan Tahir sebagai Alang Bakhil, Khir Rahman sebagai Utih dan Radhi Khalid sebagai Paklong.  

Teater bermula pada 10 - 20 Julai 2010 di Panggung Sari, Istana Budaya.  Ada dua show..siang dan malam.  Show pukul 3 petang biasanya dipanggil matinee show selalunya pada Sabtu dan Ahad je.  Malam pula bermula pada jam 8.30 malam.  Tiket bermula dari RM35 hingga RM190.  Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz.  Eh..ini karya Sasterawan Negara kita, Dato' Dr. Usman Awang.  Meh lah pegi tengok.

Lepas teater ni habis..ada lg satu teater yg menarik hati.  Ha..Cuci The Musical 2..sapa2 yg pernah ketinggalan tu bolehlah menonton kali ni.


Tapi kali ni watak AC Mizal diambil alih oleh Nabil Raja Lawak.  Manakala watak Adibah Noor diambil alih oleh Jaclyn Victor.  Hmm...nasib baik sy dh tengok yg first dulu..kehkehkeh.  Sila jenguk sini kalo nk baca review sy ye.  

Pada sapa2 yg masih mahu pegi menonton Cuci The Musical 2 dipersilakan.  Maybe ada kelainan..sapa tahu kan.  Show starts pada 27 Julai - 9 Ogos 2010.  Show pukul 8.30 malam setiap Isnin hingga Sabtu.  Sabtu pun ada matinee show jam 3 petang.  Ahad ada show jam 3 petang je.  Harga tiket x sure, sila jenguk www.ticket2u.biz dan juga laman rasmi untuk Cuci The Musical 2, www.cucithemusical.com.  Enjoy ye!!

Monday, November 2, 2009

Cuci The Musical..


Wow..wuhoo..sebenarnya..dh lama gak x gi nonton ini teater2 suma.  Last skali pegi masa teater P. Ramlee the musical yg TokTi ada berlakon...the first season.  Tp sbb i know these guys mmg lawak giler..tu yg lg teruja nk gi tgk teater Cuci ni.  Beli tiket ni on9...n collect 2 hours before show. 



Tgk poster pun teruja nak amik gambar..niat di hati nk stay utk sessi bertemu peminat sbb nk sangat peluk Adibah Nor and also nk gosok perut Afdlin..hahaha.  Tp sebab teater ni abis quite late..starts at 3 pm. until 6.30 pm..so, x jadilah menunggu.  Oh..kalo weekend dorang buat show 2x ye.  Mlm pun ada..n yes..mlm lg penuh.  Siang ni kosonglah sket..smpi kitorang yg beli tiket Upper Circle diturunkan ke bawah..Grand Circle.  Lg cantiklah kan view..n bestnya bila beli tiket murah tp dpt duduk kt seat mahal.  Hahaha...

 
Nilah blogger yg join sy..si Sweetdarling..1st time for her..dia lglah teruja.  Tp sepanjang tgk teater ni..sy x dgr pun dia gelak..tp sy nmpklah dia dok sengih.  Ko gelak x sebenarnya, Amy?  Lainlah sy..gelak x hengatnya.  Dari mula smpi akhir show.  Wei..kalo u oll rasa Papadom tu klakar..ini lglah..klakar dia mmg gelak gila2 punyalah.  Smpi dorang lupa2 skrip..tp dorang gelak sesama dorang..pastu cover2..tambah dialog sendiri..mmg lawak.  Awie & AC..mmg bestlah.  Terbaek!!  Afdlin ada masa2nya serius..same goes with Hans.  Adibah Nor yg cute-miut..so adorable.  And yes..Vanidah..yg body fuh..kalah anak dara.  Suara masing2..mmg best.  Nak2..si Adibah tu kan...hihihi.
 
Ini gambar sy amik dr sweetdarling79.com (psst..dh mtk izin ye).  Sbb sy x bwk digicam..sy bwk tipon je.  Hehehe..susah tol nk zoom.  Tgk yg baju itam tu..si Adibah Nor pya rambut gerbang..dia ckp nk ala2 Diana Ross..tp tgk2 dh cam Sahara Yaakob...hehehe.  Last show,  mmg standing ovationlah.  Mmg gempak n fun sangat.  Well...next show is Natrah.  Ni serius sketlah kan..x tau lg nk tgk ke tidak.  Tp senarai pelakon mantap2..Remy Ishak (si Adam tu!), Maya Karin, Umie Aida..n ramai lagi.  Arahan Erma Fatima.  Tgklah camana nti..ada nk join tgk skali?  Sweetdarling tu dh book tmpt..hahaha....oklah..babai..gtg.