Wednesday, March 13, 2013

WW ~ Letihnya Dia..


Laki sapa lah ni.  Sian dia.  Penat tu jadi bodyguard kitorang dari dikacau si monyet di Uluwatu..huhu.

Tuesday, March 12, 2013

Happy 9th Anniversary & Happy Birthday Mimi


Aissshh..akibat nak abiskan entry Bali, saya tangguhkan entry2 yang penting dalam hidup saya.  Actually pada 21 Februari lalu adalah hari ulangtahun perkahwinan yang ke 9 tahun.  Susah ok nak ajak suami bergambar bersama.  Tup2 masa raya cina aritu dia sudi.  Sama2 merah lak tu..auww.


Dan pada 2hb Mac lalu juga Mimi celebrate birthday dia yang ke 8 tahun.  Sukalah, adik beradik dapat hadiah.  Sebab birthday Fifi last year ayah x belikan apa2.  So, sebelum berperang, kita belilah utk dua2.


Ha...best tak? Ada rasa macam nak main sama tak?  Aissh..untung budak2 sekarang.  Mainan best2...canggih2.  Rasa macam nak main masak2 balik je kan..hahaha.  Dua2 happy.  Sebulan tu menanti hadiah istimewa ni.  Hari2 tanya..tak larat nak layan.  Sekarang masing2 dok mengadap benda ni hari2.  Celebration?  Belum lagi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..kehkehkeh.  Next month jelah...insyaallah.

Monday, March 11, 2013

Header Baru..


  

Terima kasih pada semua atas komen2 yang cakap header saya cantik..hehehe.  Pic asal macam ni lah.  Sewaktu bercuti di Cheringin Hills, Janda Baik.


Atas kekreatifan Zamdotcom sahabat maya yang saya kenali agak lama juga, jadilah begini.  Macam di alam fantasi.  

Thanks pada Zam kerana sudi menyiapkan header ni walaupun dia sendiri sibuk dengan tugasan harian.  Actually dia tak advertise service dia pun sebab dia cuma tolong kawan2 rapat je.  Apapun, kalau korang nak cuba ur luck, bolehlah terjah blog dia yang dah suam2 kuku tu..hihihi.