Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Double Celebration



Kami biasanya mmg tak celebrate anniversary. Tapi malam tu tetiba anak buah saya, I-Shah buat surprise belikan kek. Sampai senget kek dia bawak balik naik motor.  Sebab tu dengan berkain pelekat dan berseluar katok kami potong kek sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 10. Sempoi tak? Hahaha. Apapun thanks I-Shah belanja kek...sedap.


Macam biasa, anak2 feeling kek tu untuk dorang. Siap nyanyi lagu happy birthday lagi..hahaha. Layankan jelah.


Hari Ahad lepas 2 Mac adalah birthday anak sulung saya Mimi yang ke 9 tahun. Pun kami buat simple2. Hanya family je. Saya bawak dia gi Midvalley makan2 apa je yang dia nak, belikan mainan yang dia nak. Alhamdulillah dia happy. Mujur permintaan dia pun berlandaskan keupayaan poket Mama dia jugak..hahaha. Balik rumah potong kek ngan kawan baik dia. Sempoi.

Doa Mama, Ayah dan Adik Fifi agar kakak Mimi terus berjaya dalam hidup..dunia dan akhirat. Ingat pesan Mama, jadilah anak yang solehah. Esok kalau Mama dgn Ayah pergi dulu, sapa nak doakan kami? Andai kakak terbaca entry ini satu hari nanti, ingat tau pesanan Mama dan Ayah ni. Jadilah anak solehah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya...amin.

Wednesday, February 26, 2014

WW - Cakes

Semlm birthday boss. Order cake online from Su's Cakes for Kicks. Presentable and very nice. Yang first tu Lychee Cheese Cake. Bawah tu Chocolate Velvet Cake with Chocolate Frosting.  Bolehlah korang cuba kalau nak tukar selera.



Monday, December 16, 2013

Simple Birthday Celebration


Assalamualaikum semua. Last Saturday birthday Fifi. So, macam biasa kami celebrate secara kecil-kecilan dengan keluarga kecil kami je. Kek ni Fifi yang pilih. Mujur dia tak kisah. Kalau dia nangis2 golek2 nak kek barbie dah satu hal pulak. Sebab cousin yang pandai buat tu balik Kedah bercuti...huhu.


Tengok, dia ok je..apa ada hal. Janji tiup lilin potong kek.


Janji dapat hadiah..kehkehkeh. Ada hadiah tertunggak lagi. Yang tu kena tunggu ayah gi beli..hehehe. Okeylah, esok ada appraisal.  Wish me luck ok...kuikui.  Bye.

Friday, December 13, 2013

Al-Fatihah Buat Mak & Happy Birthday Fifi..


131213...genap 11 tahun pemergian arwah mak saya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin. Rindunya dengan arwah. Sapa yang masih mempunyai orang tua, jagalah mereka dengan baik ye. Sebab bila dah kehilangan, perasaan tu susah nak describe.


141213...esok pula anak dara bongsu saya si Fifi (baju kuning) genap 6 tahun. Masa nak melahirkan Fifi dulu memilih tarikh adalah dilema buat saya. Kalau pilih tarikh 13 dec..sama ngan pemergian arwah mak..jadi saya pilih tarikh 14 dec. Sebab c-zer bolehlah pilih2 tarikh..hehehe. 

Tahun depan dah darjah 1. Belajar rajin2 ye. Jadi anak yang solehah. Jangan suka berdrama sangat. Ingat pesan Mama, muka cantik tapi kuat kentut orang tak suka..hahaha. Have a nice weekend everyone! 

Tuesday, June 25, 2013

Birthday Celebration Ika & Zaim


Minggu bila ni eh..lupa dah..dah lamalah ni..hehehe.  Si Amy Sweetdarling ada buat makan2..celebrate birthday Ika & Zaim.  Ayuh..kita serbu.  Dapat jugak jumpa Sis Rasp.  Giler lama tak jumpa sampaikan barang kiriman orang dah bertukar tahun baru ni dapat bagi.  Sorry ye sis.


Lepas tu geng2 yang lain pun sampai.  Makan sambil gelak2lah.  Lama tak jumpa ni sbb tu kerinduan.  Tu gelak2 sebab masing2 nak sorokkan kegemukan diri..hehehe.  Dari kiri Amy Sweetdarling, CT Elly, Mummysyafie & Qaseh Ayumie (eh..dah private blog eh..hihihi).  Kalau sudi pergilah jenguk blog dorang tu tolong bersihkan habuk..kuikuikui.


Gambar ni cilok dari blog tuan rumah.  Kek jelly yang cantik dan sedap.  Kek Zaim tu pun comel..sedap jugak.  Yang paling sedap bakso dan nasi dagang.  Memang awesome lah.


Thanks lagi sekali Amy Sweetdarling and family sebab jemput kami makan2.  To Ika & Zaim..happy birthday darling.  Moga jadi anak yg soleh & solehah ye..amin.

Friday, May 31, 2013

Happy Birthday To Me..


Yup, today is the day.  The 39th year :)

Wednesday, May 29, 2013

Happy Birthday..


Today is a special day..


Wishing you a Happy 39th Birthday.  May all your wishes come true and we love you..from me, Mimi & Fifi.

Monday, March 18, 2013

Birtday Penutup 2012..


Nama je birthday penutup 2012 tapi dek kerana masing2 busy akhirnya kami combinekan aktiviti makan2 sambil celebrate birthday sekaligus kat rumah sahabat kami yang baik hati sis CT Elly.  Btw, kitorang mmg suka kek comel2..sedap dari Pistachios.


Birthday girls dari kiri Iyra, Ayu & K Tina.  Yang baju hitam tu saja nyebuk nyelit.  Happy Belated Birthday ye!


Kami yang berpoplook that day.


Jeles ok jumpa minah ni.  Selim-melim.  Membakar semangat saya utk diet dan exercise dengan gigih.


Tuan rumah yang comel telah menyediakan laksa penang yang walla!  Meehoon goreng pun ada utk yang tak makan laksa.  Sampai tak sempatlah amik pic food.  Sis Nor bawak Pavlova, mini tarts and chocolate balls.  Yang fruit cocktail ni sis Wahida yang buat.  Dessert terbaik ialah aiskrim malaysia berperisa milo..yummy.


Anak2?  Pandai2lah dorang bawak diri.  Suami2?  Gi lah sembang kat luar..hihihi.  Mak2 busy ni..hehehe.


Thanks tak terhingga buat tuan rumah yang baik hati.  Bersusah payah menyediakan food.  Rumah dia tunggang langgang kami kerjakan.  

Pada semua kawan2 - Elly, Amy, Nor, Ayu, Eida, Wahida, Iyra & K Tina, thanks kerana memeriahkan majlis ini.  Wish you were here Sis Rasp.  Credit to Iyra for the lovely pics.

Tuesday, March 12, 2013

Happy 9th Anniversary & Happy Birthday Mimi


Aissshh..akibat nak abiskan entry Bali, saya tangguhkan entry2 yang penting dalam hidup saya.  Actually pada 21 Februari lalu adalah hari ulangtahun perkahwinan yang ke 9 tahun.  Susah ok nak ajak suami bergambar bersama.  Tup2 masa raya cina aritu dia sudi.  Sama2 merah lak tu..auww.


Dan pada 2hb Mac lalu juga Mimi celebrate birthday dia yang ke 8 tahun.  Sukalah, adik beradik dapat hadiah.  Sebab birthday Fifi last year ayah x belikan apa2.  So, sebelum berperang, kita belilah utk dua2.


Ha...best tak? Ada rasa macam nak main sama tak?  Aissh..untung budak2 sekarang.  Mainan best2...canggih2.  Rasa macam nak main masak2 balik je kan..hahaha.  Dua2 happy.  Sebulan tu menanti hadiah istimewa ni.  Hari2 tanya..tak larat nak layan.  Sekarang masing2 dok mengadap benda ni hari2.  Celebration?  Belum lagi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..kehkehkeh.  Next month jelah...insyaallah.

Friday, December 14, 2012

Happy 5th Birthday Fifi..


2007 the year she was born.  C-zer..weight 3.4kg.  Putih melepak.

Sangat senang menjaga dia ketika pantang.


Seorang yang tidak banyak cakap dan rajin.

Arghhh..rindunya mama dengan kamu masa kecil.

Sekarang dah pandai posing.

Selagi hayat dikandung badan, Mama akan sentiasa melindungi kamu sayang.  Kasih dan sayang Mama tidak berbelah bahagi buat kamu.



Happy 5th Birthday Fifi @ Rausyana Saffiya.  Esok, kita bake cake sama2 ye.  Mama, Ayah & Kakak Mimi love you always dear.  Jangan notty2 and please stop kicking.  Esok dah besar Mama hantar kelas silat, pi kick orang jahat.  Don't kick ur own sister..hehehe.  Next year dah  masuk prasekolah.  Oh..sekejap je masa berlalu.  Membesarlah menjadi anak yang solehah.  Amin...

Tuesday, November 20, 2012

Wahida Birthday Celebration..


Last Sunday, baru Geng Pelangi berkesempatan celebrate birthday Puan Wahida My All..hehehe.  Makin hari dia bertambah cun & bertambah slim..me jeles ok..hehehe.


Kitorang lepak di Stars Archery, Berjaya Times Square.  Wahida dan suami dan yang kat depan tu anak bujang Amy Sweetdarling tengah beraksi.  Kemain seronok lagi dorang memanah.


Sis Amy ngan Sis Iyra pun main jugak.  Dee je malas nak main.  Lenguh tangan nanti...hehehe.


Kesian budak2 tak dapat main.  Tunggu umur 9 tahun baru dapat main tau.


Birthday cake yang comel.  Sedap, lembut dan paling penting licin boliau.


Birthday girl tgh tiup lilin.  Oh...sis Elly dan hero hindustannya tiba lewat sedikit.  Masa santap menyantap baru dorang ada...hehehe.


Korang tengok...orang lain semua dapat hadiah satu je.  Dia smpi 4 okey.  Apa yang dia dapat, biarlah dia je yang share & tunjuk kat korang..hehehe.


Oh ye..acara makan2 kami kat Mz. Nina sebelah Toast Box, Berjaya Times Square.  Bergambar ramai2 sebelum balik.  Geng Pelangi yang lain tak dapat hadir.  Masing2 ada komitmen lain.  Takpelah, yang ada ni pun dah cukup meriah..hehehe.  Harap Wahida suka dengan hadiah dia dan maaf atas segala kekurangan.