Sekarang kami dah berada di Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja. Dahulu kota ini pernah menjadi ibu negeri Indonesia sebelum dipindahkan semula ke Jakarta. Nama Yogyakarta diambil dari dua perkataan iaitu Ayogya bererti kedamaian dan Karta bererti baik.
Sebenarnya kawan kami dah booked hotel lain. Tapi kedudukannya tak berapa strategik. So, Pose In Hotel ni adalah hotel last minute kami. Walk in je..mujur ada kosong lagi. Sebab hotel2 kat Malioboro tempat happening di Jogja semuanya dah penuh.
Okeylah hotel ni. Not bad. Sedang2 sahaja. Rate 1 malam ialah RP350,000 = RM108. Kalau nak tambah extra mattress RP100,000 tapi kitorang tak tambah. Oh ye, RM108 tu including bfast for 2.
Katil kecik sikit dari katil kat Quest Hotel, Semarang tapi takpelah, tidur berhimpit bertiga pun ok. Itupun ada gak kena gigitan cinta..hihihi.
Bilik air ok, not bad. Cuma sistem saliran paip tak berapa lancar. So, setiap kali mandi mesti air bertakung sket. Tapi redah jelah kan. Jangan sampai melimpah masuk bilik dahlah.
Sinki comel je. Toiletries yang dia bagi pun kitorang tak pakai sangat.
Simple tapi dah memadai buat kitorang. Cuma yang tak bestnya wifi dia xleh kongsi. Kalau sorang online, yang lain takleh online. Maka bergilir-gilirlah kami.
Pagi yang pertama tu, saya ngan Ina breakfast. Ada tauhu goreng, ayam masak ala2 kicap.
Ada sayur dan juga Indomie. Belasah jelah, alas perut. Takdelah sedap mana sangat pun.
Roti pun ada. As usual, roti dorang tak selembut Gardenia kita lah kan. Air ada cordial, tea & coffee.
Sebelah kanan saya yang ada blind tu lah jalan menuju bilik kitorang. Hotel ni agak simple. Dan yang paling penting bersih. Okeylah sambung esok. Mood blogging saya macam dah nak merudum je...oh no. Ok2, up kan balik mood sebab hari ni hari $$. Ok, see u tomorrow!
