Buat seseorang yang disayangi,
Pesanan ini khas untuk seseorang. Kamu tahu kamu siapa. Sejak kamu dilahirkan, semua orang menyayangi kamu. Kamulah satu2nya bunga dalam banyak2 kumbang. Kamulah yang dinanti2kan oleh mak dan abah. Disayangi oleh semua...arwah tok dan arwah wan. Pergi ke mana sahaja kamu dihantar dijemput.
Apabila kamu menginjak usia dewasa...kamu sudah pun bekerja. Sudah mampu memiliki harta. Kamu melangkah keluar dari teratak mak dan abah. Kamu bukan meminta keizinan tapi kamu hanya memberitahu bahawa kamu sudah memiliki rumah sewa sendiri...kamu ingin berdikari. Pemergian kamu tidak dipaksa..kamu bukan dihalau. Semenjak kaki melangkah keluar..kamu sudah tidak menoleh ke belakang.
Tahukah kamu betapa hancurnya hati mak dan abah? Ego seorang ibu dan seorang ayah. Kami tidak menghalau kamu...pandai kamu keluar..pandailah kamu balik. Tapi kamu masih tidak pernah nampak jalan pulang. Ye..mak bising abah bising..tapi mulut sahaja berkata2 begitu...dari jauh..kelihatan manik2 jernih mengalir.
Sekarang cerminlah diri kamu. Selamilah hati kamu. Adakah kamu lebih bahagia sejak kamu keluar dari hidup mak dan abah? Adakah hidup kamu lebih senang, lebih kaya? Atau lebih malang? Catitlah satu2 apa yg telah terjadi kepada diri kamu. Ingat...bahawasanya dalam perkara apa pun yg kamu buat...hatta belajar, bekerja, keluar berseronok dgn kawan2 mahupun kahwin...RESTU ITU PENTING!!
Bulan yang mulia...Ramadhan semakin dekat. Bertaubatlah..minta ampun pada mak dan abah selagi mereka masih bernyawa. Ibu saudara kamu ini sudah habis usaha...sudah penat menasihati...diam bukan bererti tidak sayang..diam kerana ingin memberi peluang agar kamu boleh berfikir dengan lebih matang. Bukankah kamu kata kamu belum lupa diri? Buktikanlah...sesungguhnya kamu bukan begitu. Sebagai anak...kamu patut merendah diri. Ingat..syurga di bawah tapak kaki ibu. Jangan jadi seperti Tanggang.
Terakhir sekali, balik dan solatlah. Muhasabah diri...insafi diri. Moga pintu hati kamu terbuka dan fikirlah sedalam2nya...adakah tindakan kamu selama ini membawa kebaikan atau lebih kepada keburukan.
Yang menyayangimu,
Ibu saudaramu yang sangat2 sedih.....

20 comments:
stiap ape jua keputusan n perbuatannye..mesti meletakkan ayah n ibunya di tahap yg atas sekali..
setiap kali die tertinggi suara ngn ibu die..mesti die segera mintak ampun dgn ibunya..
setiap kali adik2nya meninggi suara kt ibu bapanya, die akan sgera tegur adik2nya..
Dimana jua die berada..mesti die xluper call ibu n bapa die..
Pernah die cakap, die nak ibunya mati dulu sblm die, supaya die boleh jaga n sempurnakan jenazah ibunya dgn sempurna..
Sesungguhnya ape yang telah die buat terhadap ibu bapanya, telah menjaminkan die berada dalam syurga..
kite?..
selagi kite hidup, pikir-pikirkanlah..
lepas baca teringat famili kat kampung..huhu
nih nk kena balik kg lagi la..huhu
p/s: i luv my family
restu mak ayah sgt penting dlm kita melayari kehidupan nih..
baru boleh bahagia..dunia dan akhirat..
adek aku pun mcm gitu gak.. bila dh makin dewasa baru diaorg terpikir yg baik atau buruk...baru paham hidup ni umpama roda..
hope sidia tu berubahla ye...
jangan ikut hati.. nanti mati..
jangan ikut rasa. nanti binasa...
seburuk2 dia..
sekejam2 dia...
dia tetap mak pak kita.
tanpa derang.. tiada kita..
lets go back to basis..
air d cincang x kan putus..
dari u lahir sampai skrg..
they can tolerate ur fussiness..
apa yg u nak...sume dilayan...
but bila u dah besar, u have ur own set of mind..
is this what u give them back?
NO TOLERANCE at all?
tak sampai separuh pun umur kita melayan and patuh to our parents..
but derang dah melayan & mmbesarkan kita seumur hidup kita..
ingat tu..
just my 2cents..
also peringatan untuk diri sendiri...
minta dijauhkan jd mcm tu bila anak2 besar nnt..
Post a Comment