Inilah gambar kami sekeluarga. Husband sy mmg gitu..jenis pakai baju melayu je. Songkok pakai masa solat raya je..lepas tu..dia simpan balik. Nasib baik gak dia pakai sepasang baju melayu..dulu2..dia suka pakai ngan jeans. Sy lah tukang bisingnya..hahaha. Tema yg x berapa tema. Tema cekelat ala2..hahaha. Eh..samalah tema ngan sofa..hahaha.
Si Fifi tiap2 tahun raya dia meragam. Yelah..dlm fikiran dh set nak balik kg. Itu yg pergi beraya rumah dekat2 dia meragam. Masa ni ok lagilah..smpi je umah my sis..dia buat hal. Geram betul.
Yg jarang2 pakai baju kurung..anak buah sy I-Shah. Tiap2 tahun dialah setkan warna tema utk family dia. Yg lain follow je. Tu adik paling bongsu, Nana. Mentor si Mimi ni. Sket2 nak mcm ucu nana..rimas sy dibuatnya.
Ini adik bawah I-Shah. Linda a.k.a Andak. Tahun ni baju raya yg dibuat sebenarnya kebaya..boleh nak pakai x muat. Tulah melantak byklah tu masa bulan puasa..hahaha. Sib baik ada baju lain warna biru gak. Pakai jelah.
Sebelah I-Shah yg baju biru tu bawah Linda..Liza a.k.a Atam. Sebelah I-Shah baju putih tu cousin sy..Kak Ani. Yg kecik2 bwh tu semua kiranya anak buahlah. Happy betul budak2 ni. Kemain sakan bergambar.
Gambar Mimi disensoredkan..seksi bebenor. Yg rambut panjang tu anak bongsu arwah abang sy. Dorang mmg every pagi raya dtg rumah kakak all the way from Port Klang sbb nak ziarah kubur arwah abah dorang kt Pantai Hillpark. Dh besar dh anak buah sy ni..Erna. Bila ditengok muka dia..dh sebijik mcm Mama dia. Sebelah dia tu menantu kakak sy...Rohaya.
Ha..inilah abang si Erna...Erman. Muka sebijik mcm arwah abang. Baru je abis study di Unisel. Masih honeymoon katanya..x keje2. Tanam anggur.
Ini cousin juga..yg baju warna oren2 peach tu mmg cina 100%. Masa Makcu Shidah sy kahwin..dia kahwin dgn cina anak satu. Dah besar panjang dh Aishah ni. Yg tinggi sebelah dia tu..adik dia. 1/2 Malay 1/2 Chinese. Muka dh sebijik mcm Memey lah pulak. Oh..dia mmg model. Nama yg dipakai utk career dia ialah Jaszmine Wong. Tapi kitorang panggil dia Sharmin. Dulu2 kecik2 je..skrg suma dh besar2. Cepat betul masa berlalu.
Bila raya saya ada satu tabiat. Tabiat malas bergambar. Ambik gambar makanan pun malas. Makan je rajin. Lepas je solat jumaat sy terus ke rumah mertua di N9. Ya Allah, sekeping gambar pun sy x ambik masa di sana. Nak kata busy raya x jugak..tp malas betul nak keluarkan handphone. Sbb kt sana line org kuning xde. Kalo nak clear..panjatlah kubur kt atas bukit tu. Org kuning dok lepak kt situ je. Sebab tu sekeping pun xde masa kt N9. Aiseh..raya haji nanti sy amiklah pic ye. Nak gak tunjuk rupa adik/abg ipar sy suma tu..hihihi. Oklah..chow dulu. Bye.
20 comments:
saya sib baik husband suka ambik gmbar raya, nak harapkan bini dia takdelah,,,baik bini dia makan dan makan je
sy pun kat umah mertua xde pun bgambar raya..gambar gitu2 jer..malas nk snap2..dahlah cuaca panas..he he he
kt lagi la evry year mmg hampeh, tak byk gambo..sadis sungguhh
SERONOKNYA DAPAT BERKUMPUL BEGINI ! TERIMA KASIH KERANA SHARING THE PHOTOS
cantik baju raya u dee...
i pun time2 raya cam malas je nak bergambar...
busy makan, busy sembang, busy gossip gitu hehehehe
tapi bila tingat ada blog, snap gak laaa satu dua hahahahaha
e'eh anak dare ko pun ape kurang nye....tetap comel n kiut....seronok tgk budak2 ni hepi time raye kan....
Post a Comment