Ini adalah kali kedua saya makan di restoran ni. First time pergi memang tercengang-cengang sedikit sebab menu dia sangatlah banyak sampai tak tahu nak order apa. Jom kita tengok apa yang kami makan.
Kami tu means berdualah. Memang saya selalu juga jumpa dia. Oh ye..dia ni dulu blogger gak. Tapi sekarang sudah malas. Blog pun dah tutup rasanya. Yang dah lama blogging kenallah kot kan..Nani Choc. Sempena harijadi dia yang jatuh pada hari Wilayah tu, saya tak bagi pun hadiah...belanja makan sudah.
Ini air Nani..Strawberry Kiss. Sedap kata dia.
Ini air saya, vienna coffee. Yummy!
Ini pulak Italian Delight...pancakes tu boleh pilih sendiri perasa apa. Nani pilih apa pun saya tak ingat..sedap juga katanya. Yelah..kejadian dah lama..mana nak ingat sangat..hehehe.
Ini saya punya. Cheesy Grilled Seafood. Sedap jugak..penuh ngan cheese..dalam tu ada seafood seperti udang, ikan dan sotong. Pancake tu perasa original.
Acara makan hari tu ditutup dengan dessert yang sangat melampau kesedapan dia. Chocolate Icecream with Chocolate Sauce & Marshmallows. Dengan pancake, peach & coconut. Sumpah sedap giler. Kami memang puashati sangat2. Perut pun santak kekenyangan. Semua ni dalam RM75.00. Restoran ni terletak di Midvalley, Lower Ground Floor, sebelah Tony Roma's. Juga terdapat di Queensbay Mall. Nak tengok lebih banyak menu dan info, sila jenguk SINI.
17 comments:
lempeng cicah sardin ade x kak? uhuhuhu
harus pegi lepas ni
menyelerakan okeh,
terbaek....
nanti akk bawak wanie pegi ok:)
birthday i u blanja kat sini gak ya hahahaha
Post a Comment