Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan..

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat.  Moga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita.  Mohon ampun dan maaf dipinta sepanjang perkenalan kita.  Selamat berpuasa dari Dee sekeluarga!

Friday, July 29, 2011

Kampung Budaya Sarawak ~ Part 1

Bangun pagi..terus gi breakfast.  Harga bilik termasuk bfast for 2.  Mimi je sorang kena bayar..RM10..below 5 years old FOC.  Anak buah saya makan nasi lemak tapi sambal dia kering..lain sket.  Saya tak berapa suka.
 So, saya amik English Breakfast..perasan omputih jap.
 Lepas bersantap..kami posing di sekitar hotel lagi untuk kali terakhir.
 Berlatarbelakangkan Mount Santubong..belakang tu jugak lobby hotel.
Dari hotel ke Kampung Budaya Sarawak sebenarnya tak jauh.  Tapi betullah locals mmg malas nak jalan.  Yang rajin jalan kaki mat/minah saleh je..hehehe.  Bayaran masuk untuk dewasa (non sarawakian) ialah RM60..manakala kanak2 (6-12 tahun) RM30.  Bawah 6 tahun FOC.  Tapi memandangkan kami pergi dengan orang Miri.  So, kawan saya je yang bercakap.  Yang lain senyap.  Bagi Mykad dia sorang..dapatlah kami harga orang Sarawak..RM25 seorang.  So, ini tips utk u oll ye...bawak2lah kawan sarawakian kalau nak murah..hehehe.
Cuma yang tak untungnya..kami tak dapatlah passport mcm orang lain yg bayar tiket mahal tu.  So, aktiviti2 cop passport tu takdelah.  Alah..tiket murah lagi penting dari passport tu...kehkehkeh.  Ni posing main building..theatre hall.  Mount Santubong tu cantikkan.
Then, adalah jambatan buluh ni.  Saya posing je.  Tak jalan pun.  Sebab kenit 2 orang tu penakut.  Lagipun mama pakai skirt..hahaha.  Susah sketlah nak melangkah.
Ini rumah Bidayuh.  Kat sini lah saya beli keychain gigi buaya.  Nak tengok ke gambarnya?  Kalau nak tengok part 2 saya tayanglah.
Di rumah panjang Iban.  Cute mamat ni..hehehe.  Muka saya dah berkilat dan berminyak. Stok air mineral sentiasa dibawa.  Sebab air mahal gak kat sini.
Ini pulak di pondok Penan.  Dorang2 ni sporting..tu yang best ajak bergambar.
Rumah orang Ulu ni tinggi.  Saya tak naik.  Lantai dia kan kayu..tak rapat pulak tu.  Mimi penakut gila.  Dia jalan pun sikit2.  Nak naik tangga yg batang kayu tu lagilah..Mimi boleh jerit2.  Tu yang saya lepak kt bawah je.  Lagipun ini 2nd time saya ke sini.  First time tahun 2003 masa Rainforest Music Festival.  Sangat nostalgic.
Ini pulak di Melanau Tall House.  Seronok giler bila diajak main sepit buluh ni.  Nama main taram je..hahaha. Siap dipalu gendang.  Dorang akan ajar u oll.  Kalau ke sini jangan lupa tau try.  
Oklah..entry ni panjang giler.  Nanti saya sambung kisah kami di Kampung Budaya Sarawak di Part 2 pulak.  Sementara itu, happy weekend ye.  Semua info mengenai Kampung Budaya Sarawak/Sarawak Cultural Village boleh didapati di SINI.

Thursday, July 28, 2011

Beach Seafood Restaurant

Hotel2 di Santubong ni mmg menyediakan khidmat pengangkutan kalau kita nak makan seafood.  Ada yang caj dan ada yang free.  Kami dpt free..sebab orang restoran yang uruskan transport utk kami dari hotel ke tempat makan dan juga menghantar kami pulang.  U oll rajin2lah tanya kat kaunter front desk masa check in ye.
Kami dibawa ke sini..dekat je ngan kampung Buntal..tapi kalau ada transport sendiri..pergilah ke seafood restoran di kampung buntal..dengar cerita lebih sedap.
 Sayur campur dan sotong goreng tepung.  Sedap.
 Butter prawn..sedap jugaklah.
Seafood tomyam yang dikatakan pedas.  Saya boleh gelak je..sebab taklah pedas mana pun..tapi bagi orang Sarawak yang kebanyakkannya memang tak makan pedas..ini sudah tahap pedaslah bagi dorang.
 Midin Belacan.  Mesti makan kalau ke Sarawak.  Sedap..serius tak tipu..sedap sungguh.
Kailan oyster sauce...sedap gak..cuma kailan tak dipotong-potong..so, adakalanya rasa nak tercekik makan..hahaha.
Ini pulak ikan siakap 3 rasa.  Nak order kerapu dorang cakap scary.  Tapi kurenglah rasanya..sebab style dorang tak goreng garing..tapi goreng dengan bersalut tepung..so, agak liat di situ.  
Kek Secret Recipe..jiran meja sebelah bagi.  Dorang celebrate birthday parents dorang..tetiba si fifi boleh jatuh tergolek dari kerusi.  Sebab kasihan kot..so, dptlah seketul.  Mimi n Fifi belasah sampai habis...hehe.
Balik je dari makan2 di situ..kami tak tahu nak buat apa.  Sekali tuh..orang front office cakap..pergilah karaoke.  Free je.  Dekat lobby lounge je...open area.  Cuma orderlah segelas air pun cukuplah.  So, apalagi..berkaraokelah kami.  Cuma yang tak bestnya..lagu lama2.  Lagu Iban pun ada...hahaha.  Mula2 kami je conquer..lepas tu adalah budak2 lain..so, bagi dorang chancelah..kami beransur bilik tidur.  Esok, cerita kami ke Kampung Budaya Sarawak.

Wednesday, July 27, 2011

Air Asia & Santubong Resort...

Now..it's time to tell the story of our trip to Kuching.  Flight pukul 12.50 tengahari..so, pagi tu hubby hantar.  Singgah breakfast di R&R Nilai.  Sesuailah dengan baju yg saya pakai tu..angry birds..mmg angry memanjang je saya.  Dengan budak2 ni yg excited nak naik kapalterbang..dengan merengek bangun tidur sbb si fifi tu berjaga teman sy packing baju smpi pukul 2 pagi..hehehe.  Sebelum u oll tanya..suami sy mmg tak ikut  trip ni..trip ni semua perempuan..hehehe.  My husband sporting maaa....
Tibalah masa utk check in.  Hmm..kena byr luggage RM45..sbb tu malas naik AA ni..tp terpaksalah sbb masa compare ngan MAS dan Firefly aritu..AA still murah..redho jelah.
First time I-Shah naik flight..biasa je dia.  Budak 2 orang tu yg excited...fifi pya seronok..dia ckp camni.."Mama..celonoknya naik kapalterbang"..hahaha..tapi dia behave walau tak duduk dengan saya.  Saya sebelah dia je..dipisahkan aisle tu.  Tangan masih boleh mencapai dia.
Mimi sangat suka nasi lemak AA smpi masa flight balik tu..dia nak order lagi..tp dah habis sbb flight balik kami malam.
Smpi2 je kereta Toyota Innova menanti kami.  Kami bayar RM150 sehari.  Pakcik ni latah..kelakar giler.  Ini kira budget terbabas..sbb kwn sy pya sister ada program..so, dia tak dpt ambik.  Tu yang terpaksa keluar extra cost utk transport pulak sepanjang di sana.  
Kami tinggal di Santubong Kuching Resort atau kini dikenali sebagai One Hotel Santubong.  Bilik besar 2 katil..cukuplah utk kami berempat.  Kwn saya lagi 2 orang tu bilik lain.  Sebelah je.  Rate masa ni RM246.20 1 malam including bfast for 2.  
View dari balkoni kami..cantikkan?  Bilik air ada bath tub and shower.  Ada jugak hairdryer.  TV Plasma..bilik besar.  Boleh tengok di FB saya..hehehe.

Lepas tu apalagi..aktiviti terjun pool lah.  Tgk budak2 tu dah tak sabar.
Lepas tu kami pergi mandi di private beach santubong resort.  Tapi jalan jauh sketlah dari pool.  Pantai ni ada pagar yg ditutup pukul 7 malam.  So, kami tak lama kat sini..tak tunggu smpi sunset pun.  Maghrib pun around that time kan..better dok dlm bilik jelah.
Pasir dia cantik bersih..putih..mcm pantai di Terengganu.  Fifi je tak masuk air..menjerit2 takut.  Mimi berani sket.  Tapi kami tak lama kat sini.  Otw balik tu lalu padang golf yg cantik..resort ni dlm golf course.
Sambung terjun pool pulak.  Malam tu kami makan seafood.  Esok jelah cerita ye..sabar jelah..gambar mmg byk..upload kat FB pun smpi kena buat 3 album..hahaha.  Sekarang sy masih di rumah.  Sebab kena jaga budak kat bawah ni.
Ye..budak ni kena chicken pox keesokan harinya lepas mandi swimming pool tu.  Rupanya classmates dia 6 orang kena chicken pox..huhu.  So, sepanjang holiday di Kuching..mmg mencabarlah kesabaran saya.  Mimi pya gambar pun penuh dengan bintik2 putih calamine lotion.  Nak buat camana kan..takkan nak tinggalkan dia di rumah sorang2..so, nasiblah sapa2 yang kena jangkit..sbb mimi ikut sy ke merata ceruk.  Khamis baru sy masuk kerja...nasib baik dpt bos yg memahami.  Meanwhile, u oll semua take care ye.

Thursday, July 21, 2011

Flying To The Cat City..

Ye..pada saat korang baca entry ni saya sedang bersiap2 menuju ke LCCT untuk menyeberangi Laut China Selatan.  Ke mana destinasi kali ni?


Betul..saya ke Meow2 City or The Cat City.  Sekarang jam 2 pagi...baru je lepas packing baju.  Harap boleh tidur dalam flight nanti.  Ingat nak buat entry auto publish..tapi mmg tak sempat.  So, blog cuti terus..hari Selasa baru bersiaran semula.  Jumpa lagi kawan2!  Doakan keselamatan kami semua.  Take care!

Wednesday, July 20, 2011

Buffet Durian Bersama Bloggers..

Ye..jangan tak percaya..RM10 je seorang makan sampai lebam.  Si Wahida telah menjebakkan saya ke kancah makan durian ni smpi ke Rawang.  Sanggup beb..demi perut dan kawan2 tersayang..hahaha.
Tengok tu pukul 6.30 dah open table.  Si suami setia tolong bukakkan utk kitorang semua balun.
Si Azrina pun join sekaki.  First time jumpa tapi seronok.  Mesti dia heran napalah Dee ni tak berhenti2 bercakap...hahaha.
Sila2..jangan malu2...jamu mata jelah u oll ye..ni sebahagian je ni.

Ini pun sebahagian..ada lagi satu bakul lupa nak snap.

Akhirnya CT Elly pun tiba.  Saya dah surrender...tapi sis Wahida masih ada power untuk meneruskan perjuangan...hahaha.
Ok..tenung dekat2 sket.  Tapi make sure u oll tak jilat screen monitor..hahaha.

Ini jugak saya dah dapat seminggu sebelum.  Pengat durian atau serawa durian.  Burp!!  Sendawa pun bau durian..hahaha.  Bye friends...next time org ajak join tau!!