Cuti sabtu baru ni, saya pikir punya pikir ke manalah nak bawa anak2 berjalan. Gaji tak masuk lagi ni. Toingggg!! Dapat satu idea. Marilah kita jalan ke tempat2 yang admissionnya free. So, ke Pustaka Peringatan P. Ramlee lah kita. Terletak di Jalan Dedap, Taman P. Ramlee, Setapak, KL. Yang penting, masuk free..hehehe.
Arkib ni kecik tau. Boleh bergambar kat luar je. Kat dalam no, no, no...so, kami bergambar 2 keping je kat sini. Tu belakang kami, kereta Allahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee. Moh ler datang..sunyi tau tempat ni, xde pengunjung pun. Kesian lak saya tengok. Ni dulu merupakan rumah Allahyarham. Adalah kerusi2 dan meja2 kat sebelah luar tu tulis nama2 filem P. Ramlee tapi saya malas nak upload pic kat sini. U oll terjah tau.
Lepas je balik dari pustaka tu, kami singgah Tugu Negara pulak. Nampak tak orang2 tengah jaga pintu masuk tugu tu..hahaha. Free admission jugak ok. Eleh..sure ramai yang tak pernah sampai..tak pun lama dulu masa kecik2. Warga KL pun sure ramai tak pernah singgah, eh..malu tau. Moh2 singgah.
Posing adalah kewajipan paling utama kat sini. Sib baik kubah tu tak dikata masjid oleh anak2 saya. Biasa dorang ni pantang nampak kubah..terus dikatanya masjid..hehehe.
Ha..terpantul flash camera kat tugu. Cun tak? Tapi kamera biasa2 je ni. Kalau DSLR..lagi cun gambar. Belasah jelah..janji ada pic kat tugu..korang ada?
Tetiba nampak satu family main tarik upih. Kelassss kau bang..kat KL pun kau main tarik upih..tp anak dia mmg seronok sakan.
Dah alang2 sampai, bergambar sakanlah kita. Eh, anak2 saya suka pergi tempat2 mcm ni. Takkanlah asyik shopping complex, theme park...biarlah dorang mengenal tempat2 gini. Macam saya gak, ada kenangan pergi tempat gini masa kecik2 dulu. So, besok kalau dah besar orang tanya dorang, kau pernah pergi Tugu Negara..eh pernah..mama kitorang bawak..ha..kan best...kehkehkeh.
Cer tengok, mmg they enjoyed themselves that day.
Lagi satu monumen utk bergambar. Sebenarnya kat sebelah Tugu tu ada taman monumen/landskap semua...tapi dek kerana hujan kami tak singgah. U oll kalau cuaca mengizinkan, singgah tau. Menariklah kalau nak posing2 ni.
Posing terakhir sebelum berundur. Ok tak my idea? Eh..suami saya mana? Biasalah musim2 mengawan ni, dia busy masak2 umah orang kahwin. Pandai2lah saya bawak anak meronda-ronda...hehehe. Nak tunggu dia, alamat terperuklah kami kat rumah. Dengan izin dia, pergilah ke mana pun, janji pandai jaga diri kan.
Eh..lupa, cer tengok apa yang berbeza. Fuh..kalau nak disenaraikan dari segi rupa paras dan size body saya memanglah banyak bezanya kan. No, no..hahaha. Perasan tak? Tugu Negara yang saya baru je lawat tu takde bendera Malaysia. Maybe dorang dalam proses pertukaran bendera. Dari kibarkan bendera koyak dan buruk, baik tanggalkan terus, ye tak? So, sapa2 yang tak tau nak gi mana cuti sekolah ni, budget lak ciput..bawak jelah anak2 datang sini. Yang penting happy..hehehe. Oklah, gtg. Take care u olls.
29 comments:
pic kenangannn~
selimmmm..
*okeh.. ai jeles sbb ai x penah smp lagi tempat2 neh*
ayu........
saya dah dua kali pergi baru2 ni.. pun bawak anak2..pagi-pagi buta.. sejuk...
owh kak dee taman rusa pon tak kena bayo rasanya...dekat tasik perdana tuh...
ingat mau p jugak nanti kat sana tunggu double IS paham sikit...agegegge
bgs lah akak bwk anak akak ke tmpt2 camni... tgk anak2 akak pun ok je..bgs utk pengetahuan diaorang kn, dana pun tak penah sampai lg pustaka peringatan p ramlee tuh... insyallah nk pg gk
sis, i bebaru nie kerap bebenor arah ke tugu tu...siap singgah minum2 petang kat cafe atas tu...
memang agak lama dah tugu tu tak ber-bendera...
rasanya dorang nak ganti tapi ntah bila....
Wahh cun laa gambar lama tuh.. rambut panjang..lak tuh.. :)
aku akan bawak anak2 aku bila dorang dah besar sikit lagi...dlm dua tiga tahun lagi...insyaAllah...
ingat balik dari cuti nanti
nk jln2 KL pula..bolehlah
pi rumah p.ramlee tu
tugu mmg dah dlm list :)
tak byk dee berubah dari dulu..
sgt comel la sis masa muda remaja dulu.. hiks..
Tak pernah sampai lagi pustaka peringatan p ramlee ni. Tugu negara pon gi masa jaman skolah dulu ☺☺
kat belakang tugu tu ada satu kelab PTD.. tangga dia turun ke tugu.. makan kat situ sangat best cuba la terai hehe
lama sungguh dah..
kak dee ttp slim jer..
thanx sudi singgah blog sy..pagi ni x sempat nk baca lain-lain entri..sy baca yg ni dulu jer..lenkali dtg sy baca yg lain plak okeh..
kecik-kecik dulu adalah abah sy bawak gi tmpt gini..sy sendiri lum penah bwk anak-anak..pic yg last tu x menahan..gaya sama..hehe
amboi mimi posing kelasss....pndai dia posing...
Post a Comment