Wednesday, February 29, 2012

Jakarta ~ Kota Metropolitan


Oh ye, hujung minggu adalah hari yang sibuk di Kota Bandung.  Semua warga Jakarta berpusu-pusu berliburan di Bandung.  So, mmg pilihan yang tepatlah kami pulang ke Jakarta  pada hari Sabtu.  Tengok macet tu..tu arah ke Bandung tu....nangis tengok macetnya.


Kami tiba di Gerbang Tol Halim, Jakarta pada waktu matahari sudah hampir terbenam. Macet sedikit tetapi tak seteruk mereka yang ke arah Bandung.


Tak tahu apa patung tu..tapi menarik.


Kota Jakarta tak banyak beza dengan Kota Kuala Lumpur..bangunannya semua tinggi2.


Ini...bus stop dorang.  Pada saya bus stop ni adalah salah satu idea yg brilliant oleh Kerajaan Indonesia.  Nampak tak divider kuning tu..itu lorong bas.  Lorong bas di Kuala Lumpur ada di sebelah kiri kan.  Tapi di Indonesia di tengah2.  Hmm...camana eh nak explain.  Kiranya divider tengah2 tu didirikan bus stop mcm ni,  jadi semua bas berhenti di sebelah kanan..tidak mengganggu kenderaan keluar masuk dari bangunan2 sebelah kiri.  


Kat atas tu jejantas utk pejalan kaki.  Yang nak ke kiri pergilah ke kiri..yang ke kanan boleh ke kanan.  So, takde orang yg melintas jalan sesuka hati.  Bus stop tu entah2 ada aircond..tak taulah kan.  Tapi terlindung dari panas dan hujanlah.  Bas akan berhenti ngam2 kat pintu2 tu, so mudah utk orang2 naik bas.  Menarik kan?


Mengikut Pak Ceppy, ini patung replika pahlawan Sudirman.  Pahlawan giginya mana? Tanya Elly.  Pak Ceppylah pahlawan giginya..hahaha (sbb Pak Ceppy pagarnya a.k.a giginya dah roboh) muahaha.


Ini roundabout yang sangat besar di tengah2 kota Jakarta.  Keliling tu semua hotel2 mewah, shopping complex terkenal..kat sinilah selalu ada demo atau tunjuk perasaan.


Kesian Pak Ceppy kerana tidak mahir jalan2 di Jakarta asyiklah berhenti bertanyakan orang arah ke hotel kami.  Tengok mobil mcm TutTut tu..rasa teringin nak naik tau..tapi kami semua keletihan.  Kami sampai hotel pun malam.  Ada 'hiccups'..tapi mcm biasa dapat diselesaikan.  Apapun, ada hikmah di sebalik kejadian.  Nanti kita share story ok.  Take care.

Tuesday, February 28, 2012

Solaria, Bandung-Jakarta


Sorry friends, lately tak sempat BW.  Maklumlah kerja baru, banyak kerja2 yang perlu diselesaikan, training itulah, briefing inilah.  Tambah pulak, tak semua blog saya boleh buka.  Bila buka semuanya Access Denied..huhuhu.  Sabar jelah. 

Oklah, kami teruskan perjalanan ke Jakarta.  Mengambil masa lebih kurang 3 jam.  Kalau tidak disebabkan macet (jem) kami dah tentu ikut jalan lama dan boleh singgah di Puncak.  Tapi weekend mcm ni, akan mengambil masa 7 jam hanya utk sampai Jakarta.  Lagi satu cara, naik keretapi.  Tapi disebabkan barang yang banyak dan kesuntukan masa kami pilih utk ikut highway je dengan menaiki Pregio.  Kami berhenti makan di Solaria Restaurant yang ada di hampir semua kawasan R&R di Jakarta-Bandung.


Muka2 yang kepenatan dan kelaparan :)


Wastafel atau sinki cuci tangan.  Kebanyakan Bahasa Indonesia dipengaruhi dengan penjajahan Belanda suatu ketika dulu.  So, jangan heran kebanyakan bahasanya berasal dari Belanda.


Saya makan nasi + ayam nanking.  Bolehlah..sedap jugak.


Kawan saya bihun sup ayam.  Supnya asing.  Tapi sedap jugak.  Yang lain2 saya tak sempat snap.  Ada western jugak.


Lepas tu buang tebiat kat taman yang terdapat di belakang R&R..hahaha...kesian binatang tu..sib baik dibuat dari batu..kehkehkeh.


Suka dengan patung anak gajah ni..cute.  Tu aksi orang berjiwa muda....hahaha.


Kalau anak saya ada kat sini, sure kat semua patung tu pun dorang nak bergambar.  


Papppp...pukul vontot patung tu...notti tau kencing merata..muahaha.


Ha..inilah bola terbesar di Indonesia.  Bola ini dibuat dari batu granit alam dengan berat bola 3,8 ton dan diameter bola 1,2 meter dan berat keseluruhan bola adalah 15 ton.  Fuuuhhhh....besar dan berat kan. Esok, ikuti kisah kami di Jakarta pulak.

Monday, February 27, 2012

Kartika Sari, Amanda Brownies dan Pasar Baru, Bandung


Ha...nak kenalkan korang dengan orang yang dah glamour kat Malaysia.  Ye..inilah Pak Ceppy.  Muka ala2 yassin senario.  Sangat cool tapi kelakar. Kalau sebelum ni kami guna APV je..hari terakhir di Bandung sebelum berangkat ke Jakarta, kami tukar ke van Pregio.  Yelah..kami kan 6 orang..dgn barang2 shopping lagi..confirm APV tu tak muat.


Masuk2 je van..terus dapat perfume yang kami beli semalam.  Ni gara2 terbau perfume pekerja2 kat Trans Studio.  Wangi2 betul dorang.  Perfume ni kami order sehari sebelum tu.  Dorang dah siap ada catalogue, kami order dan bayar terus.  Esoknya Pak Supir kami pergi collect.  

1ml berharga Rp1000.  So, kami semua beli botol paling kecil 35ml.  Jadi harga Rp35,000...baru dalam RM12 je.  Bau sangat wangi, hampir sama dengan yang original dan paling penting tahan lama.  Jangan lupa shopping perfume di Bandung ye.


Lepas checkout je, kami terus ke Kartika Sari.  Borong pisang salai keju.  Kat sini saya tak beli brownies kukus tu, saya rembat Chocolate Chip Brownies je ngan Bagellan Butter.  Sumpah sedap.  Harga tak ingatlah.



Ramai betul orang dalam Kartika sari ni..mostly Malaysians.


Kat Amanda baru kitorang borong Brownies Kukus.  Serius, mmg sedap.  Tapi kalau u oll nak beli, beli hari last ye.  Melainkan hotel korang ada fridge lah.  Masa kitorang beli tu..expiry date dah dekat..lagi 2 hari.  Sampai Malaysia..bahagian atas dia dah mula berkulat.  Tapi saya potong je bahagian atas dan makan bahagian dalamnya sbb masih elok.  Alhamdulillah, ok je..tak sakit perut pun.  Bebudak opis makan pun ok je.


Lepas tu shopping time.  Otewei (otw) ke sinilah, Cik Puan Elly kita kena saman.  Tapi rugi betul kami tak sempat snap gambar pak polisi yg menyaman tu..hehehe.  Kami teruskan perjalanan ke Pasar Baru.  Masuk2 je mata dah rambang.  Kain lace dia cantik2.  Lagi cantik dari yang di Malaysia.



Then serbu kain cotton.  Kat sini saya beli sepasang je.



Lepas tu, serbu kedai telekung.  Cantik betul telekung2 dorang ni.  Rambang mata dibuatnya.



Kami teruskan pencarian, serbu kedai batik pulak.  Beli kain batik, kemeja batik.  Sampai peninglah tokey kedai tu melayan kitorang..hahaha.



Then, beli kain pasang.  Kat sini kitorang tawar habis-habisan.  Pekerja dan tokey kedai ni mmg baik orangnya.  Kat Pasar Baru walau kami sentiasa diekori orang2 berjualan tapi orang2 Bandung baik2.  Cakap lemah-lembut.  Yang paling penting, boleh tawar-menawar.


Lepas tu kami ke Lantai 2, kedai cotton Sona Textile.  Saya jadi rambang biji mata tengok Japanese Cotton.  Design kat sini latest compare ngan kat Malaysia yang masih sibuk dengan corak belang2 dan polkadot.  Saya borong lagi, beli siap2 baju raya kami sekeluarga..hehehe.


Lepas tu kami ke bawah untuk shopping T-Shirt Bandung.  Borong puas2.  Keluar dari Pasar Baru, kami terus bertolak ke Jakarta. BANDUNG..saya pasti datang lagi...hehehe.  Sapa mau ikut???? 

Friday, February 24, 2012

Trans Studio, Bandung


Akhirnya, impian nak ke Trans Studio, Bandung tercapai.  Masuk sini kena bayar RP150,000 bersamaan RM50.50.  Weekend sila up lagi RP50,000.  Kitorang sampai ni pun dah lewat dari masa yg sepatutnya..tapi alang2 dh smpi redah jelah.


Lepas bayar akan dapat kad ni.  Kad ni boleh guna utk 2 orang.  Cuma bayar RP5,000.  Boleh guna kad ni utk beli merchandise, makan, dsb.  Kad ni boleh ditopup.  Kalau tak abis guna boleh refund balik.  Macam Mega Cash lah.


First game yg kitorang naik ialah Roller Coaster maut ni.  Tahniah utk Elly & Nor sbb berani naik.  Kak Tina jual mahal sket, sebab dia dah rasa naik roller coaster kat US.  Yang ni tak main katanya..hahaha.


Beginilah rupa bentuk roller coaster tu.  Dari dalam bangunan, dia terkeluar dari bangunan.  Dia pusing..naik straight menjulang ke langit..pastu reverse.  Reverse ok...serius kecut perut.  Menjerit sakan saya.


Pastu saya, Iyra dan Wahida sambung naik Giant Swing ni.  Masa ni mmg suara saya sorang jelah kedengaran.  Patut suara hilang sampai hari ni..kehkehkeh. 


Trans Studio ni mcm  Cosmic World kat Times Square tu..bezanya ini di Indonesia.  Yg lain2 sama je lebih kurang.


Tapi kitorang kan pegi weekdays..so seronoklah ambil gambar ngan maskot2 ni


Kami mmg geng yg happy sokmo.  Sebab tu semua orang touching lebih sket..hahaha.


Mamat dracula hensem ni bau wangi giler.  Nanti saya share kat mana kitorang beli perfume kat Bandung, murah2 giler.


I like this picture.  Kalau betul2..lari dah..takde nak tersengih kat situ der.


Witch ni pun comel je..mcm orang baju pink tu..hahaha...perasan.


Kitorang main game ni..sports car yg ikut trek..hehehe.  Saya ni mana ada lesen, bawak kereta pun tak reti.  Ya Allah, masa ni kelakar giler saya rasa.  Abis eksiden je sepanjang jalan.  Sampai last2 sy terlanggar kereta Iyra ngan Wahida lah kat depan.  Sib baik dorang dah turun..hahaha.  Kalau tak naya je tergolek.


Wahida, ini je pic yang dapat disnap hari tu.  Ni dah edit..yang belum edit lagi gulap gulita.  Dorang main ni 2x.  Basah lencun dua2 orang tu..hahaha.  Tapi kitorang mmg have fun sgt.  Mcm budak2..dan macam orang single.  

Yang paling kelakar, saya, Iyra dan Wahida naik game mcm solero shot tu.  Dah naik..dah lock kerusi, tetiba Wahida ckp, saya nak tarik diri..saya takut.  Dee yang dengar pun terus cakap, saya pun.  Tinggallah Iyra sorang2.  Dah main mcm2..barulah terasa takut..hahaha.


Sampai jumpa lagi di Trans Studio, Bandung.  Kalau u oll ada masa, singgahlah sini.  Menarik dan sgt2 enjoy.  Lupa sekejap segala masalah.  Balik ke alam anak dara semula...hahaha.  Okeylah, u oll take care and have a nice weekend.

Thursday, February 23, 2012

Terukir Di Bintang :)



Specially dedicated to my kuncu2 yang join Jakarta-Bandung trip.  Such a memorable one.  Ini sebagai tanda minta maaf dari semua hati2 yang pernah disakiti.  Dee luv all of you.

P/S:  Yang lain pun Dee sayang tapi mereka2 ini orang2 yang selalu disakiti hatinya oleh Dee sepanjang trip kami..eh..lepas trip jugak..:(   Lepas ni kita sambung entry Bandung-Jakarta eh...