Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Solaria, Bandung-Jakarta


Sorry friends, lately tak sempat BW.  Maklumlah kerja baru, banyak kerja2 yang perlu diselesaikan, training itulah, briefing inilah.  Tambah pulak, tak semua blog saya boleh buka.  Bila buka semuanya Access Denied..huhuhu.  Sabar jelah. 

Oklah, kami teruskan perjalanan ke Jakarta.  Mengambil masa lebih kurang 3 jam.  Kalau tidak disebabkan macet (jem) kami dah tentu ikut jalan lama dan boleh singgah di Puncak.  Tapi weekend mcm ni, akan mengambil masa 7 jam hanya utk sampai Jakarta.  Lagi satu cara, naik keretapi.  Tapi disebabkan barang yang banyak dan kesuntukan masa kami pilih utk ikut highway je dengan menaiki Pregio.  Kami berhenti makan di Solaria Restaurant yang ada di hampir semua kawasan R&R di Jakarta-Bandung.


Muka2 yang kepenatan dan kelaparan :)


Wastafel atau sinki cuci tangan.  Kebanyakan Bahasa Indonesia dipengaruhi dengan penjajahan Belanda suatu ketika dulu.  So, jangan heran kebanyakan bahasanya berasal dari Belanda.


Saya makan nasi + ayam nanking.  Bolehlah..sedap jugak.


Kawan saya bihun sup ayam.  Supnya asing.  Tapi sedap jugak.  Yang lain2 saya tak sempat snap.  Ada western jugak.


Lepas tu buang tebiat kat taman yang terdapat di belakang R&R..hahaha...kesian binatang tu..sib baik dibuat dari batu..kehkehkeh.


Suka dengan patung anak gajah ni..cute.  Tu aksi orang berjiwa muda....hahaha.


Kalau anak saya ada kat sini, sure kat semua patung tu pun dorang nak bergambar.  


Papppp...pukul vontot patung tu...notti tau kencing merata..muahaha.


Ha..inilah bola terbesar di Indonesia.  Bola ini dibuat dari batu granit alam dengan berat bola 3,8 ton dan diameter bola 1,2 meter dan berat keseluruhan bola adalah 15 ton.  Fuuuhhhh....besar dan berat kan. Esok, ikuti kisah kami di Jakarta pulak.

Monday, February 27, 2012

Kartika Sari, Amanda Brownies dan Pasar Baru, Bandung


Ha...nak kenalkan korang dengan orang yang dah glamour kat Malaysia.  Ye..inilah Pak Ceppy.  Muka ala2 yassin senario.  Sangat cool tapi kelakar. Kalau sebelum ni kami guna APV je..hari terakhir di Bandung sebelum berangkat ke Jakarta, kami tukar ke van Pregio.  Yelah..kami kan 6 orang..dgn barang2 shopping lagi..confirm APV tu tak muat.


Masuk2 je van..terus dapat perfume yang kami beli semalam.  Ni gara2 terbau perfume pekerja2 kat Trans Studio.  Wangi2 betul dorang.  Perfume ni kami order sehari sebelum tu.  Dorang dah siap ada catalogue, kami order dan bayar terus.  Esoknya Pak Supir kami pergi collect.  

1ml berharga Rp1000.  So, kami semua beli botol paling kecil 35ml.  Jadi harga Rp35,000...baru dalam RM12 je.  Bau sangat wangi, hampir sama dengan yang original dan paling penting tahan lama.  Jangan lupa shopping perfume di Bandung ye.


Lepas checkout je, kami terus ke Kartika Sari.  Borong pisang salai keju.  Kat sini saya tak beli brownies kukus tu, saya rembat Chocolate Chip Brownies je ngan Bagellan Butter.  Sumpah sedap.  Harga tak ingatlah.



Ramai betul orang dalam Kartika sari ni..mostly Malaysians.


Kat Amanda baru kitorang borong Brownies Kukus.  Serius, mmg sedap.  Tapi kalau u oll nak beli, beli hari last ye.  Melainkan hotel korang ada fridge lah.  Masa kitorang beli tu..expiry date dah dekat..lagi 2 hari.  Sampai Malaysia..bahagian atas dia dah mula berkulat.  Tapi saya potong je bahagian atas dan makan bahagian dalamnya sbb masih elok.  Alhamdulillah, ok je..tak sakit perut pun.  Bebudak opis makan pun ok je.


Lepas tu shopping time.  Otewei (otw) ke sinilah, Cik Puan Elly kita kena saman.  Tapi rugi betul kami tak sempat snap gambar pak polisi yg menyaman tu..hehehe.  Kami teruskan perjalanan ke Pasar Baru.  Masuk2 je mata dah rambang.  Kain lace dia cantik2.  Lagi cantik dari yang di Malaysia.



Then serbu kain cotton.  Kat sini saya beli sepasang je.



Lepas tu, serbu kedai telekung.  Cantik betul telekung2 dorang ni.  Rambang mata dibuatnya.



Kami teruskan pencarian, serbu kedai batik pulak.  Beli kain batik, kemeja batik.  Sampai peninglah tokey kedai tu melayan kitorang..hahaha.



Then, beli kain pasang.  Kat sini kitorang tawar habis-habisan.  Pekerja dan tokey kedai ni mmg baik orangnya.  Kat Pasar Baru walau kami sentiasa diekori orang2 berjualan tapi orang2 Bandung baik2.  Cakap lemah-lembut.  Yang paling penting, boleh tawar-menawar.


Lepas tu kami ke Lantai 2, kedai cotton Sona Textile.  Saya jadi rambang biji mata tengok Japanese Cotton.  Design kat sini latest compare ngan kat Malaysia yang masih sibuk dengan corak belang2 dan polkadot.  Saya borong lagi, beli siap2 baju raya kami sekeluarga..hehehe.


Lepas tu kami ke bawah untuk shopping T-Shirt Bandung.  Borong puas2.  Keluar dari Pasar Baru, kami terus bertolak ke Jakarta. BANDUNG..saya pasti datang lagi...hehehe.  Sapa mau ikut???? 

Friday, February 24, 2012

Trans Studio, Bandung


Akhirnya, impian nak ke Trans Studio, Bandung tercapai.  Masuk sini kena bayar RP150,000 bersamaan RM50.50.  Weekend sila up lagi RP50,000.  Kitorang sampai ni pun dah lewat dari masa yg sepatutnya..tapi alang2 dh smpi redah jelah.


Lepas bayar akan dapat kad ni.  Kad ni boleh guna utk 2 orang.  Cuma bayar RP5,000.  Boleh guna kad ni utk beli merchandise, makan, dsb.  Kad ni boleh ditopup.  Kalau tak abis guna boleh refund balik.  Macam Mega Cash lah.


First game yg kitorang naik ialah Roller Coaster maut ni.  Tahniah utk Elly & Nor sbb berani naik.  Kak Tina jual mahal sket, sebab dia dah rasa naik roller coaster kat US.  Yang ni tak main katanya..hahaha.


Beginilah rupa bentuk roller coaster tu.  Dari dalam bangunan, dia terkeluar dari bangunan.  Dia pusing..naik straight menjulang ke langit..pastu reverse.  Reverse ok...serius kecut perut.  Menjerit sakan saya.


Pastu saya, Iyra dan Wahida sambung naik Giant Swing ni.  Masa ni mmg suara saya sorang jelah kedengaran.  Patut suara hilang sampai hari ni..kehkehkeh. 


Trans Studio ni mcm  Cosmic World kat Times Square tu..bezanya ini di Indonesia.  Yg lain2 sama je lebih kurang.


Tapi kitorang kan pegi weekdays..so seronoklah ambil gambar ngan maskot2 ni


Kami mmg geng yg happy sokmo.  Sebab tu semua orang touching lebih sket..hahaha.


Mamat dracula hensem ni bau wangi giler.  Nanti saya share kat mana kitorang beli perfume kat Bandung, murah2 giler.


I like this picture.  Kalau betul2..lari dah..takde nak tersengih kat situ der.


Witch ni pun comel je..mcm orang baju pink tu..hahaha...perasan.


Kitorang main game ni..sports car yg ikut trek..hehehe.  Saya ni mana ada lesen, bawak kereta pun tak reti.  Ya Allah, masa ni kelakar giler saya rasa.  Abis eksiden je sepanjang jalan.  Sampai last2 sy terlanggar kereta Iyra ngan Wahida lah kat depan.  Sib baik dorang dah turun..hahaha.  Kalau tak naya je tergolek.


Wahida, ini je pic yang dapat disnap hari tu.  Ni dah edit..yang belum edit lagi gulap gulita.  Dorang main ni 2x.  Basah lencun dua2 orang tu..hahaha.  Tapi kitorang mmg have fun sgt.  Mcm budak2..dan macam orang single.  

Yang paling kelakar, saya, Iyra dan Wahida naik game mcm solero shot tu.  Dah naik..dah lock kerusi, tetiba Wahida ckp, saya nak tarik diri..saya takut.  Dee yang dengar pun terus cakap, saya pun.  Tinggallah Iyra sorang2.  Dah main mcm2..barulah terasa takut..hahaha.


Sampai jumpa lagi di Trans Studio, Bandung.  Kalau u oll ada masa, singgahlah sini.  Menarik dan sgt2 enjoy.  Lupa sekejap segala masalah.  Balik ke alam anak dara semula...hahaha.  Okeylah, u oll take care and have a nice weekend.

Monday, February 20, 2012

Situ Patengan, Bandung


Situ Patengan merupakan sebuah danau yang berada pada ketinggian 1600 meter dari aras laut.  Sepanjang perjalanan ke sana tulah, kami ternampak ladang teh yang mempesonakan tu.  Turun je dari Kawah Putih, kami teruskan perjalanan ke sini.  Hujan dah mula turun rintik2.


Masuk sini kena bayar juga Rp5,000 bersamaan RM1.70.  Kitorang sempat bergambar di kawasan parkir je.  Nampak bot2 belakang saya tu?  Bot2 tu boleh dinaiki utk ke pulau yang terletak di tengah2 danau.  Kat pulau tu lah terletaknya Batu Cinta.


Aman, damai, saya dah berangan nak naik bot tu utk ke Batu Cinta sebenarnya masa ni.


Ha..tulah pulaunya.  


Tapi malangnya tetiba hujan turun dengan lebatnya.  Hajat kami tak kesampaian nampaknya.  Takpelah, takde rezeki.


Beginilah keadaan tasik Situ Pantenggang kalau korang dapat berada lebih dekat dengan tempat di mana bot berlabuh.  Cantikkan.


Lagi gambar, untuk membangkitkan keterujaan korang..hahaha.


Cantik sungguh alam ciptaan tuhan kan?


Inilah batu cinta yang terdapat di pulau tu.  Kepercayaan orang2 di situ, sapa2 yang pernah sampai di Batu Cinta dengan pasangannya, cintanya akan kekal abadi.

Tapi kami semua takde rezeki nak menjejakkan kaki ke sini.  Maybe lain kali ada peluang, ada masa, insyaallah..bolehlah ke sini lagi.  Esok kita berehat seketika dari entry Bandung ye kerana esok adalah hari istimewa buat saya.  Tunggu!

Friday, February 17, 2012

Kawah Putih, Bandung


Ha..terang2 harga tiket tertera.  Jangan confuse lak dgn roda 4 dan roda 6 tu..jap roda 6 tu lori ke? Hahaha.


Jalan menuju ke Kawah Putih.  Masa ni dah bau sulfur..tapi cuaca sejuk bangat.


Oh ye..bawalah face mask siap2.  Kalau tak masa beli tiket, kena beli face mask dengan dorang.  And for sure harganya mahal.  Turun je dari kereta kami terketar-ketar.  Cuacanya agak ekstrem.  Sis Wahida tu dia tak expect sejuk..dahlah dia ada asma, so, Sis Iyra pinjamkan sweater pada dia.  Sis Elly pun sama, nampak je kebal..tapi menggigil gak..hahaha.


Anda dibenarkan berada di kawasan Kawah Putih hanya selama 15 minit maksimum, jika mulut atau kerongkon gmerasa kering, batuk, pusing dan mual, segeralah tinggalkan area tersebut.  Tapi kitorang stay lebih 1/2 jam rasanya..huhu.


Nyaman dan tenang je kawasan hutan di sekeliling.


Menuruni tangga ke kawah putih..angin kuat bertiup..rambut pun dah basah kuyup dek kabus yang sangat tebal.


Subhanallah..cantiknya.  Airnya biru..kelihatan sangat tenang.  Berbaloi betul rasanya ke sini.


Ambil kesempatan mengabadikan kenangan terindah.


Nampak air kuning2 kat hujung tasik sebelah kanan tu...itu belerang. Bau sulfur sangat2 kuat..menyucuk2 hidung dan menyesakkan dada...tapi entah bila dapat datang sini lagi, so kami bertahan.


Jangan melepaskan peluang ambil gambar dalam kabus tebal ini.  Jadi tak jadi belakang kira.


Hahaha...dilarang berenang..tebalnya kabus sampai tak nampak muka saya.


Sejuk...brrrr...sejuk...brrr...mari peluk ramai2.


Tak tahu kenapa..kawasan volcano memang indah sangat, memang tanahnya subur sangat..tapi sekali dia melepaskan muntahan laharnya..adus..sangat mengerikan.


Jangan melepaskan peluang yang ada untuk bergambar sehabisnya.  Masa ni Sis Mummysyafie  dan Sis Wahida dah start menyedut..saya pun dah rasa sesak dada.  Jadi kami tinggalkan kawah putih dengan seribu kenangan terindah.


Ini kawasan parking kereta.  Tebalkan kabusnya.  Gambar ni jauh sangat..tapi kami happy..akhirnya impian menjejakkan kaki ke Kawah Putih tercapai.


Berusaha gigih tau nak ambik gambar ni..u oll ada tengokkan dalam entry WW saya haritu..hahaha.  Tempat ni tinggi..ada yang berjaya panjat, ada yang tidak..hehehe.


Inilah kereta yang menjadi transport kami sepanjang di Bandung.


Seandainya anda bernasib baik, beginilah Kawah Putih jika tiada kabus hari tu..seriously, sangat2 cantik kan.  Pastikan anda tidak terlepas mengunjungi tempat ini.  2 jam perjalanan  dari Kota Bandung.


Kawah Putih, terletak 50km di selatan Bandung juga terletak di kaki Gunung Patuha.  Kedudukannya 2,430 meter dari aras laut sebab tu kawasan ini sejuk lebih kurang 10 celcius.  Tasiknya berasid dan berubah warna dari kebiru-biruan hingga ke hijau keputihan..kadang2 berubah juga menjadi warna coklat bergantung kepada kandungan sulfur dan suhu.  

So, jangan lupa tau datang sini.  Minggu depan, kita sambung lagi kisah Bandung.  Jangan bosan ok, ini semua utk mereka2 yang kepingin melawat Bandung satu hari nanti.  Sapa tau kan..hehehe.  Happy weekend.