Dah dekat 2 minggu kot pergi Istana Negara ni, baru hari ni dapat kongsi cerita. Masa kitorang sampai parking dah penuh bahagian depan, so kitorang park kat belakang Istana je. Lagi selesa sbb tak perlu panjat bukit dari pagar utama.
Pameran Raja Kita ni free je. Nak masuk sila tanggalkan kasut.
Inilah singgahsana. Inilah Balairong Seri. Maybe korang terkejut kalau tgk kat TV besar balai ni..walhal kecik je in reality. Taklah besar mana pun.
Nak sarung kebaya Permaisuri dah terlambat..dah jadi isteri orang..muahaha..ada hati. Actually dalam pameran ni byk barangan diraja yang boleh dilihat. Seronok juga. Ada byk gambar saya dah letak kat FB. Boleh tengok kat sana.
Suasana dalam balai. Nampak tak pokok emas kat situ?
Aisshhh...inilah peluangnya kan. Budak2 ni leh selamba panjat tiang. Sib baik Raja tak murka.
Di samping tu leh ar rasa kelembutan karpet Istana..hehehe.
Istana lama dari luar.
Dah pergi Istana Lama, jomlah terjah Istana Baru pulak. Masa ni panas sgt2.
Amik gambar ngan pengawal...saya dah keluarkan payung..tak tahan panas.
Ingat nak amik gambar dekat2 ngan kuda ni..tapi dia mendengus..dan menyembur2 benda putih kat mulut..tak taulah air liur ke atau diberi makan yogurt. Mesti dia pelik tengok, apahal minah ni amik gambar jauh benor dari aku yg hensem ni...hahaha.
Depan pagar Istana Negara baru. Takleh masuk.
Nak masuk atas bukit tu? Tunggulah masa Hari Raya Pertama...masa tu boleh. Korang yang tak tahu nak gi mana, pergilah melawat dua2 Istana ni. Seronok..murah pun murah. Chow..nti cerita pasal Muzium Negara lak ye.
Info tambahan:
Pameran dibuka tiap2 hari dari jam 9 pagi - 5 petang
Bermula dari tarikh 18 April - 15 Jun 2012
Masuk percuma, kamera bayar RM5/unit
14 comments:
ps: saya add FB awak ye..:P
sapphire asyik lah ajak nak pergi 'castle'...
nak tengok 'princess'....
tengok lah kalo rajin leh ler terjah gak bebila....
nk masuk tgk barang2 raja
nnt la ade rezeki dr segi masa :-)
Post a Comment