Berhariraya bersama keluarga seopis. Yang ni khas untuk kakitangan. Amik pic ni kat depan pentas sebelum acara..kalau tak mmg takde chancelah..sure ramai giler kan.
Untuk client pulak diadakan keesokan harinya di KLCC Convention Centre, saya tak pergi pun. Client yg datang 2 orang, jadi saya gi makan kat majlis orang lain di Dewan Felda..tapi tak amik pic. Seronoknya kerja di company melayu yang besar sbb sepanjang syawal aktiviti makan2 tak pernah abis. Save duit. Macam tau2 je kan lepas raya masing2 sengkek..hahaha.
Start je majlis pukul 3, berduyun2 staff turun. Makan jelah apa yg ada..ada soto, char kuey tiow, sate, ABC, tapai, kuih-muih & mcm2 lagi. Opismate saya kat sebelah ni isteri orang popular tapi dia sgt humble. Dah tukar ke HR Dept. Anak 2 tu..dahlah cantik, slim, ramah, humble dan bijak pulak. She's a mathematician. Gonna miss her so much sbb kwn lunch saya ni..hehehe.
Lepas tu turun lobby tgk show. This year MCnya kitorang tak berapa kenal but somebody from Raja Lawak. Saya pun tak berapa cam. Dorang ckp last 2 years Adlin Aman Ramli mmg bestlah. Yang ni kureng sket. Masa ni ada contest kebaya tercantik dan songkok tertinggi. Tapi dorang ni kena menari. Pemenang berdasarkan tepukan penonton.
Ada juga games lain mcm jangan lupa lirik lagu raya..hehehe. Waktu tgh syok2 tgk ni, tetiba saya terpandang someone yg pakai baju serupa sebijik mcm saya. Tudung je warna lain. Cis! Terus saya ajak kawan2 cabut naik atas. Malu wei. Mesti minah tu pun beli baju tu kat Bandung..huhu.
Kat atas mulalah posing2. Tapi posing ngan boss2 kan..so, posing mcm nyanyi lagu negaraku je kekdahnya or mcm sessi photography yg formal..hahaha. Oklah, have a nice weekend everybody. See u next week :)
P/S:- Selamat Hari Kanak2 buat semua kanak2 sedunia :)
15 comments:
syok raya... tak per la, ramai staff kat situ.. cam akak ni, sorang je muslim staff.. so raya sorang2 je... hehehe
lawa kwn lunch Dee tu...ada 2 dh yer..pasti anak2 dia cute gak..
Ada masanya mereka lebih humble.
Itu kualiti sorang2 manusia tu sebenarnye:)
I'm happy u're happy kak dee:P
meriah sambutannye kan dee...ye laa company besar sure laa best majlisnyer....makan2 pun sure sedap2 tuh....
Post a Comment