Haissh..hari ni baru leh start buat entry. Semalam busy sgt, almaklum baru naik kerja..cuti dari tahun lepas..kehkehkeh. Oklah, kita mula dengan budak dua orang yang bersemangat bangun pagi ni..hehehe. Yup tahun ni Fifi masuk prasekolah dan Mimi pulak dah jadi pengawas.
Kita hantarlah si kecik dulu. Tengok tu, anak dara pemalu sapalah tu..yang dok senyap kat belakang..hehehe.
Pastu kita hantarlah budak darjah 2 ni. Bagus sgt sekolah ni, budak darjah 2 kelas kat tingkat 3. Yang darjah 4 kelas kat ground floor. Yg komplen, mak bapak mcm saya..hahaha. Semput tau tak? Budak2 tu ngan beg berat2 lagi, sabar jelah kan. Lepas tu makpak heaven pi breakfast berdua je dating makan roti canai kat Mahbub. Shopping sket2 kat TMC-Giant. Dah tu jenguk baliklah anak2.
Mimi tengah rehat. Anak sapalah ni yang suka benor makan sambal. Fifi? Di pra, semuanya dibekalkan. Makpak tak perlulah risau. Makan elok je anak2 tu.
Ada gak segelintir ibu bapa yang budak2 dah rehat, tetaplah nak melabuhkan punggung kat kerusi kantin tu. Tak reti2 lah nak bangun. Tu belum yang masih degil jenguk2 anak kat kelas..kehkehkeh. Standardlah, masing2 excited anak baru sekolahkan. Kakak saya cerita, kalau di sekolah cina, jangan haraplah parents nak ada dlm kawasan sekolah ok. Disiplin2...hehehe.
Ni buku2 yang dibalut. Ni baru sebahagian, buku kerja Fifi je. Azab derita belum berakhir. Malam tadi Mimi bawak balik lagi sebeban...sambung weekend ni jelah balut...huhu.
Petang Mimi sambung sekolah agama. Adik dia?
Dah terbongkang dari jam 2 smpi 5 petang. Penat sgtlah sekolahkan..hehehe. Mana taknya, bapaknya hantar anak sekolah jam 6.30 pagi. Silap2 korang pun membuta lagi. Sekolah bukan jauh benor pun..3km je dari rumah. Takpelah, elok ajar bangun awal dari sekarang. Jangan sok dah besar tidur meninggi hari..hehehe. Oklah, happy weekend tau uols :)
21 comments:
best heheheheehehehe....
nak tergelak tengok fifi dah terbongkang tu sis...
memang penat sangatlah tu...
sementara dia nak dpt rentak tu kan...
Apa2pun, demi anak semuanya dilakukan kerana tugas mereka adalah menimba ilmu je...
balut buku .. seksa!! penat!!
saya dah lalui semua tu
sekarang ni budak2 tu dah besar.. buat sendirik!!
Apa pun selamat melangkah ke sekolah untuk 2013 buat semua anak2 kita.
fifi, xpa bagi rehat dl..pasni dia pn sama laa mcm kakak erk... pagi petang sekOLah... :)
best rupanya kan kak...bila anak mula besekOlah..walaupn besekolah tadika ja baru....hahahaha nida jakun sekejap :)
Alaa cian ngan fifi penat yer..sampai terbongkang gitu.. :)
Laa...dekat aja sekolah nya...hihihihihi
Post a Comment