Haissh...bila dah sampai kat Genting Cable Car tu lewat, maka beratur panjanglah membeli tiket, beratur panjang lagi sekali nak naik cable car. Mujur budak2 excited jadi dorang ok jelah beratur. Tapi masa balik masing2 surrender. Tinggal kami yg dewasa je beratur. Yang kecik2 sila tunggu di depan, dah dekat baru lompat masuk balik line..hehehe.
Sebab masa pergi tu ada clown bagi belon2 ni. Terhibur hati anak dara 3 orang ni.
Bagi yang tak biasa naik cable car mmglah takut. Nak2 masa balik malam tu gelap gelita sekelilingnya. Masing2 senyap je..smpi ada yg mlm tu tidur berhimpit2 sebab ketakutan (kawan sayalah tu ngan anak2 dia..hehehe).
Main indoor park je. Trip ni utk anak2 kecil, jadi kita puaskanlah hati dorang tu.
Fifi enjoy naik kereta mini ni walau beratur agak panjanglah jugakkan.
Toot...toot...kling..kling...naik tren.
Sampai yang ini budak2 dah start bosan..nak naik roller coaster giler pjg Q. Pastu masing2 tinggi tak lepas. Abis camno.
Mama bosan amik jelah gambar ngan M&M cute.
Antara sebab kenapa tak gi outdoor park. Hujan. Rugi ok..sebab permainan ditutup bila hujan and no refund. Next time je kita gi outdoor park.
Ni masa mimi main bumper car. Fifi main yang budak kecik punya. Saya bertekak jugalah dgn penjaga game tu utk benarkan mimi & anak kawan saya main yg budak2 punya juga tapi sebab dorang ni tinggi, so kena main dgn orang dewasa. Boleh imagine tak budak umur 7 tahun main bumper car dgn org dewasa yg ganas2 tu. Serius, sistem apakah ini? Tak consider langsung. Kesian tgk mimi yang asyik dilanggar je. Tak bagi main, dia nak juga..alang2 dah smpikan.
Then, jalan2 kat luar hirup udara segar. Ini kawan saya yang dikenali lebih dari 15 tahun dulu. Susah senang dikongsi bersama. Yang bestnya anak2 semua perempuan, so senang nak travel. Yang baju hitam tu baru abis PMR with 9A's. Sapa kata anak 'single mother' xleh cemerlang? Pokoknya rajin dan usaha.
Yes, we had fun, we had joy. Keriangan berganda. Walaupun budak2 ketiduran masa nak makan KFC. Jenuh jugak saya kejut dorang bangun. Keletihan sangat2. Next trip bersama? Pasti ada. Sebab kami berdua mmg kaki travel. Bye!
18 comments:
kids pun enjoy sbb ada geng kan....
nampak fifi n mimi terhibur sangatt
lenkali kalau aku pegi, mmg aku pegi waktu panas terik....hahaha...
bumper car tu mmg games yg paling saya suka sejak kecik2 lagi..wakakakaka
Post a Comment