Wednesday, June 19, 2013

Muzium Layang-Layang, Pasir Gudang


Ha..korang orang Johor dah sampai lum tempat ni?  Kihkihkih..saya sampai sini pun sebab pertama hotel kitorang dah dekatlah ngan Pasir Gudang.  Kedua sebab tak tahu nak ke mana..hahaha.  Tapi best jugak jalan2 kat Muzium Layang-Layang ni.  Nama tempat pun Bukit Layang-Layang :)


Jom masuk!


Bayarlah..ingatkan free..hihihi.  Nasib baik kitorang datang, kalau tak sure brader tu ngantuk..kehkehkeh.


Wau di sana sini..tengah2 tu Wau Bulan.  Kiri tu yg lebar tu Wau Kucing.  Yang kanan yg ramping tu..Wau Jalabudi.  Ini semua diangkat sebagai Wau Tradisional Kebangsaan.


Amik pic dengan Wau Helang.  Merupakan wau tradisi negeri Perlis.  Semua pic2 ni anak saya Mimi yang snap.  Halal jelah gambar kelabu dan angle tak berapa nak betul.  Tak bagi langsung orang amik gambar.  Dia sibuk nak snap sendiri.  Feeling2 pelancong.  Eh..mmg pelancong pun.


Ini Wau Dodo Helang.  Wau tradisi negeri Terengganu.


Ini Wau Kangkang..jangan ketawa..haipp..tak baik..tak tipu..memang nama dia Wau Kangkang.  Wau tradisi negeri Kedah ni.


Wau 1 Malaysia..hehehe.


Ini layang-layang moden.


Ini pulak Wau Merak.  Wau tradisi negeri Johor.  Ada lagi banyak wau.  Wau Puyuh - Kelantan, Wau Kikik - Melaka, Wau Cenderawasih - Pahang, Wau Seri Bulan - Perak, Wau Kotak - Pulau Pinang, Wau Kapal - Selangor, Wau Seri Negeri - Negeri Sembilan dan Wau Kenyalang - Sarawak.


Kat muzium ni ada sudut demonstrasi buat wau.  Tapi masa saya pergi ni takde pun demonstrasinya.


Ada juga barang2 yang kita tak pernah tengok.  Tu ha yg tengah2 tu..raga telur buaya.  Ingatkan mmg raga utk telur buaya..rupanya tak.  Tempat simpan ikan yang dipancing atau dijala rupanya.  Dan yang sebelah tu kertuk.  Merupakan sebuah alat muzik tradisional masyarakat Kelantan.  Ha..best tak masuk muzium..hihihi. Macam2 boleh belajar tau.


Ada juga layang-layang dari Jepun.  Tu konon buat Gwiyomi Korea ala2 Jopun..ada ke? Hahaha..


Ada juga layang-layang moden macam ni.  Cantikkan.  Best jugak kalau dapat tengok Festival Layang-Layang Sedunia kat Pasir Gudang.  Tapi jauh bebenorlah pulakkan.


Oh ye..ini bayaran masuk ke Muzium Layang-Layang dan juga waktu operasi.  Bolehlah nak ke sini kalau tak tau nak ke mana.  Jumpa lagi esok ye.

13 comments:

cantiknya wau2 tu semua..
tingat kat my uncle yg suka main wau.. tinggal kenangan jer lah skrg ni.. huhuhu
 
mcm2 jenis layang2 ada..cantik2 wau nye
 
best kan..
kalau dapat gi festival layang-layang tu!
 
teruknya saya...walaupun org johor tp xpernah pun jejak kaki ke muzium ni uhuhuhuhu
 
wau kangkang tu mcm ngupa kepit je. hehehe

kak, kalu ko tak masuk semua gambar wau yang hado, aku tak kenal pun jenis2 wau kak...
 
Sungguh daku tak tahu Wau Helang tu wau tradisi negeri kelahiran.
 
Sangat menarik!
 
Best jugak..

Macam2 bentuk layang2/Wau boleh jumpa :)

Menarik
 
WAUweeeeeeeeeeee best ooo tempat ni....
dpt byk ilmu gi tempat2 camni...
tapi tak leh gi dgn Sapphire...
kang mau dia merengek soh layangkan semua wau tu....
adehhhhh...
 
aku ngan laki aku suka masuk muzium...tak kisah la muzium apa pun..nak2 laki aku tu pencinta sejarah...

wau Johor tu cantik sgt...tetiba bangga lahir kat Johor...heheh...
 
rugi tul masa duk johor tak penah pegi muzium tuh... mcm2 benda ada yek kak, dana tak tau pulak setiap negeri ada wau tradisi masing2... lenkali nk dtg situ lah... best lak nengok
 
hahahaha..saya org JB..tak pernah ke sini! Rasa rasanya muzium ni akan meriah time annual festival layang2
 
Hujung minggu ni nk pegi jb. Kalau sempat boleh singgah. Hehe