Wednesday, July 31, 2013

WW ~ Bodek..


Ini kerja bodek budak lain dan dia memang sangat nakal. Kasihan Firdaus..'dikenakan'.  Sarina tu sayalah.  Masalahnya sexy ke??  Kahkahkah.

Tuesday, July 30, 2013

Iftar ~ Ben's BSC


Ni adalah first Iftar saya kat luar.  Tu pun dekat je ngan office..kat Ben's BSC.  Semua ni colleagues from different department.  Demi menyambut kepulangan seseorang dari London.  Eh..ada sorang bukan colleague..tu yang sebelah saya..tu best friend saya....hehehe.


Ha...awek yang tengah tulah.  Dulu same dept ngan saya. Pastu further studies kat London.  Buat Master.  Ni membalas kerinduan setelah setahun tak berjumpa. Ehem2..single lagi tau..kehkehkeh.


Sebab food belum sampai..kami dihidangkan dengan kurma & sirap selasih.  Pergghh..hilang dahaga.


Saya punya ni..soft shell crab spaghetti kot nama dia..lebih kuranglah.  Tapi saya tak berapa nak masyuk sebab saya mmg tak berapa suka spaghetti yang ada cream2 ni.  Yang penting itu soft shell crab belasah abis..hahaha.


Ada lagi order lain..onion ring, calamari ring & fries.


Orang London order Beef Pie.


Ni chicken apa ntah..tak ingat nama dia.  Actually ada banyak lagi food tapi tak sempat nak snap.  Lapor..hahaha.
 

Dessert..nyum2.



Bread Pudding..sedap jugak.


Latte with Love..



Bergambar sebelum balik.  Bestlah Ben's kat BSC ni..suka concept dia.


Bergambar selepas pulang.  Entah bila dapat ketemu. Maybe di London?  Muahaha.  Harga?  Not badlah..xlah mahal sangat.  Standard Secret Recipe je.  Yang pasti, surau kat BSC best.  Senang uol nak solat Maghrib.  Oklah, chow dulu.

Monday, July 29, 2013

Debor Tengah Tahun..


Deborlah sangatkan..apapun appraisal hujung tahun juga yang diambil kira.  Namun Mid Year Review adalah penting untuk saya memperbaiki segala kelemahan saya.  Saspen! Huhu..

Friday, July 26, 2013

Nuzul Al-Quran..


Selamat Menyambut Hari Nuzul Quran kepada semua Muslimin & Muslimat.  Moga kita semua tak lupa membaca Al-Quran bukan hanya di bulan Ramadhan tetapi sepanjang hayat.  Insyaallah.

Pada yang nak gi shopping tu, berhati-hati.  Di musim2 perayaan ni mmg banyak kes ragut.  Semalam baru je sorang kena ragut kat depan bank dekat my workplace. Yang sangkut dalam jem jangan marah2.  Bersabarlah. Cewah..macam saya bersabar takde air semalam kat rumah..hahaha.  Okeylah, have a nice weekend.

P/S:-  Tak sabar nak Iftar dengan Geng Pelangi :)

Thursday, July 25, 2013

Talk..


This is what I found on the table during our Iftar at Ben's BSC.  Do you agree?

Tuesday, July 23, 2013

Hari Sukan Fifi..


Hari sukan sekolah anak saya ni diadakan pada minggu terakhir sebelum Ramadhan.  Macam biasa dalam kebanyakan sukan sekolah..mestilah ada perbarisan kan. Ha..tu rumah biru.  Anak saya Mimi tu rumah biru tapi dia tak masuk sports.  Tengok bodylah..hehehe.


Ni rumah hijau..siap ada maskot durian tu..kreatif bebudak ni.


Rumah merah pulak dah macam nak buat pertunjukan Tiger Dance CNY lak..hehehe.


Lepas tu berpanaslah budak2 tu kat tengah padang..kesian. Yang berucap pun napa lama bebenor.


Ada pertunjukan silat jugak.


Ha..ni dia budak yang dapat tempat ketiga acara lari 60m prasekolah.  Saya tak tau pun bila dia berlari..tau2 nampak sekumpulan budak2 baju kuning berlarian atas padang..hahaha.  Pastu masa nama dia kena announce amik hadiah pun saya tak sempat amik pic.  So, kat kantin jelah kita show off medal awak tu ye.  Budak badan ringan kan bolehlah lari laju.  Apapun, congrats Fifi.

Friday, July 19, 2013

Kuliah..


Salam Jumaat kawan2.  Kat opis ni, mmg tiap2 hari ada kuliah Zuhur.  Biasanya kat Dewan Serbaguna tapi kalau hari Jumaat buat kat Surau je.  Bestlah..dapat ilmu..kita pun takdelah membuta je kan bulan2 puasa ni.  Apapun, selamat berhujung minggu ye.

Thursday, July 18, 2013

Ribut..


Ni kejadian Sabtu lepas.  Kejadian ribut di Kuala Lumpur. Masa ni angin kuat giler.  Dee baru nak kutip kain sebab takut melayang.  Dengar macam2 bunyi yang menggerunkan..bila Dee toleh..Dee tengok atap ni tengah melayang-layang macam kertas tisu.  Nampak ringan je. Sampai je bawah..PRAP!  

Kuat giler kot bunyi. Dee menggigil2 ketakutan tengok. Mujur takde melibatkan nyawa.  Tapi kesian pemilik2 kereta tu..adalah dalam 8 buah yang rosak.  Paling haru kereta hitam belah kanan tulah..pecah windscreen.  

Pukul 1 pagi Adun Lembah Pantai ada datang melawat, lepas tu orang2 DBKL buat kerja sampai pukul 2 pagi nak alihkan bumbung tu.  Bumbung ni diterbangkan dari tingkat 22 tau.  Ini kejadian kali ke 2.  Yelah..flat ni pun dah lama. Thanks pada mereka2 yang membantu tempoh hari.

Wednesday, July 17, 2013

WW ~ Geli!!


Mangsa gilis komuter yang terbaru.  Betullah tu apa yang korang tengok..ular sawa batik.  Ni saya snap dari atas jejantas dekat rumah saya.  Patut ada dengar orang kat flat cakap, ada ular sawa makan ayam belaan dorang.  Dia ni lah kot..kihkihkih.

P/S:-  Stress ok tak dapat update blog dan blogwalking disebabkan kekangan kerja dan masa..hahaha.  Jiwa saya masih jiwa seorang blogger..kuikuikui..

Friday, July 12, 2013

Happy Friday!


It's Friday..let's dance.  Masih busy..huhu.  Have a nice weekend!

Thursday, July 11, 2013

Busy Bee..


Yup..i'm the Busy Bee..huhu.

1.  Bos baru, staff baru..semua pun baru masuk, banyak benda kena settle untuk dia.
2.  Dateline for Budget makin hampir..oh no!
3.  Preparation utk hantar staff training..huhu..
4.  Mid Year Performance..apapun tak buat lagi..dateline dah dekat..arrghhh..
5.  Book bilik sana..book bilik sini..meeting2..
6.  Balik cepat..nak masak..nak masak..

Itu sebabnya saya tak update blog dan BW..sorry semua.  Bila keadaan dah tenang semula..saya kembali..insyaallah.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Esok, insyaallah kita akan berpuasa.  Ramadhan yang dinantikan..dimana padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.  Jomlah kita buat banyak2 amal ibadat.  Tahun ni nak cuba berterawih di surau bersama dengan anak2.  Malam ni kan..tak sabar pulak rasanya.  Tahun lepas buat sendiri je di rumah.


Jangan terkorek hidung pulak..kihkihkih.  Jangan puasa yang yang yok..pagi2 buka periuk.  Malu sketlah ngan anak2 kita yang kecik2 tu.  Dorang lagi semangat nak berpuasa kan.


Akhir kata, saya ingin memohon beribu kemaafan kepada semua terutama mereka yang hatinya disakiti oleh saya sengaja atau tidak sengaja.  Halalkan segala makan dan minum.  Kalau ada hutang yang belum langsai bagitau saya ye.  Yang tu saya akan cuba bayar...insyaallah.  Kalau saya dah mati, carilah waris saya ye utk selesaikan hutang piutang tu.  Manalah tau kan..kita ni kadang2 pelupa.  Selamat bersahur & selamat berpuasa semua.

P/S:- Credit to Google Image for all the lovely pictures.

Monday, July 8, 2013

Foooooood...


Ok, first of all ejaan food tu salah.  Sajalah kan untuk kasi menarik kononnya  saya bubuhlah panjang2 gitu.  Lately saya kuat makan.  Ni akibat dapat neighbour yg suka supply sweets & food to me.  Saya ni kan iman tak kuat..hahaha.  Cepat nau terpengaruh.  So, stok makanan pun berada di dalam laci sentiasa.  Kitorang share2 makan.  Makin hari makin bertambah.  

Ada tart nenas & almond london.  Yup belum raya tapi ada tokey kuih raya kat opis ni.  Dia mmg sentiasa jual ok  tak tunggu pun musim raya.  Sebotol RM10.  Tu yang galak sangat membeli.  Pastu ada biscuits oat chocolate chips.  Ada coklat Hershey's, ada biskut cream crackers.  Saya beli pulak Slimming Nuts.  Konon nak slim lah tapi takde maknanya.  Kalau dah bersusun begini mana nak slimnya.  Kena abis semua ni before puasa Rabu nanti.  

Berat skrg?  Scary ok?  62kg...rasa nak nangis.  Dulu kalau 60kg je saya start diet nasi.  Sekarang?  Lagi bantai makan kaw2.  Mujur bulan Ramadhan dah nak dekat.  Bolehlah saya kawal nafsu makan saya ni...insyaallah.  See you tomorrow yeah.

Friday, July 5, 2013

Bukan Emas Yang Kupinta..


Salam Jumaat semua..amboi tajuk entry kemain kan..bukan emas yang kupinta.  Semalam mood happy sebab incik abang belikan sekali 3 barang terus.  I tak mintak emas u..hihihi.  

Saya dapat 1 termos elektrik, 1 standing fan & 1 dapur masak.  Thanks lah sebab kesiankan isteri dia ni yang kalau masak berjam2..kat dapur tu sbb dapur dah sumbat teruk.  Bersihkanlah camana pun tetap api kecik alahai.  Tambah nak puasa kan.  Memang dia kesianlah tu..ke kesiankan diri dia sebab nanti silap2 dah azan..saya masih belum siap masak..hahaha.  

Takpelah..ini semua dah cukup membahagiakan saya.  Tambah lagi benda saya tak mintak tapi dapat.  Maybe sebahagian dari doa saya sudah termakbul.  Happy weekend uols.

Thursday, July 4, 2013

Idea Kelabu Asap


Saya dah kehabisan idea minggu ni sebenarnya.  Kelabu asap semuanya.  Ini pic Kelabu Asap 2.  Nampak botol Gif segala.  Dari dalam store room di office.  Memang saya gemar ambil pic view rumah saya dari sini.  Hari Kelabu Asap 1 tak dapat ambil gambar dari tingkat 19 sebab cuti weekend.  Rumah tingkat 1 je..tak nampak apa.


Hari ke 3.  Langit dah mula cerah sedikit.  Nampak jelas rumah merpati berwarna coklat tu.  Saya ingat lagi, minggu tu, ramai orang concern dengan cuaca dan tahap kelabu asap di tempat masing2.


Bila malam, kurang sikitlah kelabu asap.


Ini view hari Khamis.  Si Rebung pun saya boleh nampak dari sini.  Kami di office semua tersenyum gembira.  Bila langit cerah, maknanya aktiviti futsal yang dirancang selama 2 minggu boleh dijalankan.  Petang tu kami rasa happy dapat bersukan dalam cuaca cerah.  Alhamdulillah.


"Heavy rain showers remind me of challenges in life.  Never ask for a lighter rain.  Instead pray for a better umbrella..."