Monday, September 30, 2013

Penatnya...


Saya perlukan massage.  Baru balik dari Teambuilding semalam.  New entry?  Esok jelah ye..huhu.

Thursday, September 26, 2013

Mentarang Bakar


Oleh sebab saya ngan kawan saya tu tak pernah merasa Mentarang, so kami ajaklah Wahida singgah jap kat mana2...nak merasa Mentarang Bakar. Sedap ke tak? Masa ni beli yang mentah. 1kg RM10. Adik kawan saya yang kirim. Dia pun nak rasa. Ni hidup lagi tau.


Lepas tu singgahlah kat Faridah Mentarang Bakar ni. Eh..rupanya bukan boleh bakar je..boleh gak buat masakan lain.


Tu ha..tengah bakar..jap lagi kita rasa ye. First time ni..nervous..hahaha.


Kedai kampung tepi jalan..ada parit. So, anak bandar mcm anak saya tu jadi 'peghak' sket..hehehe.


Suami seorang blogger. Kau tengok tu..gigih snap pic. Saya dah keletihan.


Ha..nin dia! Mentarang bakar dah siap. Tapi saya tak suggest korang makan kat sinilah. Service slow and hampeh..hehehe.


Saya rasa satu..pastu terus stop. Tak berapa nak suka. Tapi anak saya si Mimi ni kemain lagi suka.


Jom auntie and uncle2 semua..jom makan Mentarang Bakar. Syedap tau!

Wednesday, September 25, 2013

WW ~ Siapa Mengintai?


Tanjat gegirl tau. Tetiba nampak ada orang mengintai. Kejap..ni Tuanku Abdul Rahman intai dia..dia intai kereta lalu-lalang lak eh..kihkihkih.

P/S:-  Mural dinding ini boleh didapati di tepi persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof, Bangsar berhampiran Masjid Abu Bakar As-Siddiq selepas Petronas :)

Tuesday, September 24, 2013

Makanan Eksotik di Restoran Lembah Bernam, Sekinchan


Agak mencabar jugalah nak cari restoran ni. Bateri tab dah nak abis. Akhirnya jumpa gaklah guna Waze. Ni kat Parit 9, Sekinchan. Dari main road, nampaklah signage ni.


Masuk ke dalam dihidangkan pulak dengan pemandangan sawah menghijau. Mmg awesome. Konon nak amik pic masa balik. Hujan pulak..kehkehkeh.


Masa kitorang sampai, orang tak ramai. Yelah..dah petang kot. Mujur buka lagi.


Nak duduk luar bersila pun boleh. Kawasan luas, nak parking pun mudah.


Sampai garu kepala lah abang tu amik order. Macam2 pertanyaan yang perlu dijawab..hahaha.


Saya amik ikan baung (besar) tu and ikan keli goreng utk anak2 saya.


Tapai ni pun sedap jugak.


Ha..ni dia. Rusa masak blackpepper. Harga boleh tahan..200 gram RM16.  Sedap weh..tapi agak liat sikit.


Ni pulak Rendang Landak.  Harga RM24 untuk 200gram. Ni pun punyalah sedap wei..terangkatlah. Nak pulak tukang masak dia mmg pandai masak. Berebut-rebut. Bak sini daging landak tu..ecewah. Boleh lak sebut. Masa ngoder tekak masing2 macam loya..hahaha.


Model daging rusa dan daging landak. Cubalah..pasti tak nyesal. Saya pernah juga makan pelanduk dan daging kuda. Ada juga haiwan eksotik lain mcm arnab, belut, puyuh dan sebagainya. Bolehlah datang sini kalau nak cuba.

Restoran Eksotik Lembah Bernam
Parit 9, Sungai Leman
Sekinchan, Selangor
No Tel:  017-285 8603
Dibuka jam 11 a.m. - 5 p.m. 

Monday, September 23, 2013

Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor


Ok, bersambung dari kisah ketakutan saya dengan lotong2 kat atas Bukit Malawati tu, saya tunggu si Wahida kat sini. Ye..kat kerusi tu lah. Lebih aman di sini, lotong2 takde.


Kat sini ada ikan.  Tak banyak tapi bolehlah nak tengok2.


Ada beberapa sangkar burung jugak.


Anak2 saya dengan ikan ok sikit, takdelah meraung macam tengok lotong2. Macamlah Mama dia tak meraung sama..kihkihkih.


Ok, kita amik pic kat sini. Keruhnya air sampai tak nampak sangat ikan apa ada dalam tu.


Ha..jom masuk Galeri Ikan Air Tawar ni. Sebab utama masuk, tempat ni je ada aircond..hahaha.


Takde apa sangatlah..di sana bubu di sini pun bubu. Bubu merata-rata.


Ha..Wahida dah sampai. Mohlah kita balik.Ingatkan dah takde gangguan lotong. Sekali masa nak gi parking, ada sekor lotong yang merampas jajan anak orang depan. Saya pecut langkah seribu. Anak2 semua tinggal ngan Wahida. Hahaha..takleh blah. Mujur Wahida tak snap gambar saya. Bikin malu je..muahaha. So, kalau korang penakut sama gak macam saya. Takyahlah gi. Pergi hari biasa naik dengan kereta ok kot. Boleh dok diam je dalam kereta. Kalau naik tram ni? Ye..lotong melompat naik jugak ye. Dah..selamat bekerja semua!

Friday, September 20, 2013

Kuala Selangor Trip ~ Bukit Malawati



Gerenti ramai dah baca kisah Bukit Malawati ni kat Blog Wahida kan? Oklah, ni my version pulak. Tiket masuk untuk semua park eh..park pulak..Bukit Malawati & Akuarium Taman Alam adalah RM5/Dewasa dan RM3/Kanak2. Kalau masuk Bukit Malawati je RM3/Dewasa dan RM2/Kanak2. Kitorang beli harga pakej utk dua2 tempat.


Thanks Wahida bawak kami ronda2 Kuala Selangor.


Dah..jom naik tram. Kalau weekdays bolehlah korang drive sampai atas. Weekend ngan public holiday naik tram ye. Minyak mahal sei..jimat2 sket..hahaha.


View sepanjang mendaki bukit..cantik menghijau..damai. Tungguuuu..adakah ianya akan terus damai? Jeng..jeng..jeng..


Nampak signage perigi beracun.


Ni pulak Lighthouse atau Rumah Api. Dulu sinilah kubu pertahanan Sultan Selangor untuk memantau kapal dagang dan kapal perang yang melalui Selat Melaka dan Kuala Selangor. Rumah Api ni pulak masih digunakan. Dibina pada tahun 1907 dan diberi nama Rumah Api Altingsburg sempena nama seorang Gabenor Melaka.


Haiisshh...tetiba nampak 'dia' ni kan...bergayut2 ha atas pokok.


Kat sini ada gak Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Tapi saya tak masuk. Giler kau..cer tengok sapa guard kat depan tu. Siap pegang penyodok tu..tengah buat kerja construction ke apa? Sapa nak baca kisah Muzium gi jenguk Blog Wahida.


Yeay..dah sampai.  Banyaknya meriam.  Dah plan ni nak amik gambar cantik2.


Tetiba..jeng..jeng..jeng. Cer tengok muka saya yang cuak tu.  Anak saya Fifi tu dah meraung melalak dah time ni. Mimi tengah terpegun.  Tengok Wahida masih pegang plastik buah-buahan yang nak dijamu.


Takpe..kita amik dulu pic. Tetiba dengar orang jerit2. Tram masih kat sebelah saya tu.


Arggh..sudah! Suami Wahida telahpun diserang. Plastik makanan dah ke mana. Kau tengok lotong kat atas tong sampah tu. Kemain lagi.


Lepas tu dipanjat pulak suami Wahida tu...adoi..camana nak lepak sini lama2 ni. Dengan rendah diri saya bagitau Wahida..kita jumpa jelah kat akuarium. Saya ada sakit jantung..takleh lama2 kat sini..kahkahkah. Dasar penakut.


Kelas kau..anak kecik2 blonde..dah besar gelap..macam Michael Jackson..tapi version terbaliklah.  Bye2 lotong2 Bukit Malawati.  Kita tunggu di Akuarium jelah..ikan mesra sket..ngan lotong ni I is takut..kuikui.  Happy weekend everybody :)

Thursday, September 19, 2013

You Make My Day :)


Datang kerja pagi2..mood tak berapa nak ada..tup2 dapat email macam ni. Terus rasa happy. Buat kita rasa tergelak..ada gak orang perasan gini kan..hahaha. Okey, dia baca blog ni..nasiblah jadi bahan entry..hahaha. Ok.  Chow!

P/S:- 'L' tu merujuk kepada size t-shirt :)