2nd Day kat Bintulu kami pergi ke Similajau National Park. Beli tiket masuk kat sini. Dewasa RM10, Kanak2 RM3.
Lepas tu jangan lupa daftar diri kat Customer Service Centre ni. Boleh amik map, register dan juga dapat lebih informasi mengenai Taman Negara Similajau ni. Wajib ye register. Nanti dorang tak tau uol masuk dan keluar. Kotlah sesat kat dalam tu, sapa tau kan.
Posing dulu. Nampak tak kereta putih kat belakang tu. Diterbangkan dari KL tu. Kawan saya kan balik Miri for good. Bila kereta pun dah ada kat Miri barulah kita boleh round Borneo.
Cuaca agak panas so, masing2 nak berpayung.
Cer tengok signboard belakang tu yang warna hijau tu. Ada Bujang Senang. Masa register pun saya tanya boleh tak kita mandi laut kat situ sebab ada banyak chalet yang boleh disewa kalau uol nak bermalam kat sini. Dia cakap boleh tapi jangan dekat dengan kuala. Bila tanya kenapa..ada buaya Puan. Hehehe..so, berhati2 lah ye.
Air yang tenang biasanya memang ada buaya..ni merujuk sungai2 kat Sarawak ni lah ye.
Trail map kalau korang nak rujuk kat sini pun boleh. Ada wakaf tepi2 sungai tu tapi saya kan penakut. So, xdelah teringin nak duduk kat situ..hehehe.
Paling dekat ialah View Point. Dalam 1km.
Jom naik jambatan gantung. Silalah ikut arahan yang ada kat situ ye.
Do not shake the bridge. Jatuh terus ngap dek boyak.
Dalam takut pun mesti berani amik pic..hahaha.
Di hujung kuala ini adalah laut. View cantik tapi kami tak pergi pun View Point. Kami patah balik dan meneruskan perjalanan ke Borneo Tropical Rainforest Resort. Itu esok ajelah cerita ye.
Keluar dari Similajau National Park, kami berhenti makan kat sini. On the way nampak hutan je kiri kanan dengan jalan highway Bintulu-Miri 2 lorong je ye..hahaha. Keadaan jalan yang bumpy yang menyebabkan anak2 pening. Tetiba nampak Sugar Bun ni. Saya tak sangka betul ada kedai ni kat jalan tengah2 hutan tu..hahaha.
Saya makan nasi lemak..sedap jugak. Not bad. 2 kali lah kami repeat makan kat sini. Anak2 suka. Ada juga fried chicken ngan burgers. Macam Marrybrown.
The only tempat R&R kat Batu Niah iaitu Batu Niah Food Court Centre. Terletak antara Miri-Bintulu. Kat sini pun macam ada mini zoo. Tak amik pic sebab gelap. Nak gi tandas pun takut2. Ada ular albino, ada iguana, ada labi2 besar. Kat sini ada yang halal ada yang tak. So, hati2 lah membeli ye. Kat sini lah kalau nak isi minyak ke. Ke depan sikit jalan ke Gua Niah. Yang tu nanti saya story next entry. Chow.
9 comments:
huhuuh
selaamt berpuasa ye kak dee
ada salah silap, ayu mtk ampun dan maaf
Idzwa: gi lah..satu hari nanti..
tgh2 hutan tu pun ada kedai mkn yek kak?boleh tahan tgk dia nyer menu tuh.... ingtkan jual makanan manis2 je...
pdhal bandung ngn vietnam dh pi .. kui3
** lama xsingah sini
Post a Comment