Showing posts with label bintulu. Show all posts
Showing posts with label bintulu. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

My Borneo Trip - Similajau National Park, Bintulu


2nd Day kat Bintulu kami pergi ke Similajau National Park. Beli tiket masuk kat sini.  Dewasa RM10, Kanak2 RM3.


Lepas tu jangan lupa daftar diri kat Customer Service Centre ni. Boleh amik map, register dan juga dapat lebih informasi mengenai Taman Negara Similajau ni.  Wajib ye register. Nanti dorang tak tau uol masuk dan keluar. Kotlah sesat kat dalam tu, sapa tau kan.


Posing dulu. Nampak tak kereta putih kat belakang tu. Diterbangkan dari KL tu. Kawan saya kan balik Miri for good. Bila kereta pun dah ada kat Miri barulah kita boleh round Borneo.


Cuaca agak panas so, masing2 nak berpayung.


Cer tengok signboard belakang tu yang warna hijau tu. Ada Bujang Senang. Masa register pun saya tanya boleh tak kita mandi laut kat situ sebab ada banyak chalet yang boleh disewa kalau uol nak bermalam kat sini. Dia cakap boleh tapi jangan dekat dengan kuala. Bila tanya kenapa..ada buaya Puan.  Hehehe..so, berhati2 lah ye.


Air yang tenang biasanya memang ada buaya..ni merujuk sungai2 kat Sarawak ni lah ye.


Trail map kalau korang nak rujuk kat sini pun boleh. Ada wakaf tepi2 sungai tu tapi saya kan penakut. So, xdelah teringin nak duduk kat situ..hehehe.


Paling dekat ialah View Point. Dalam 1km.


Jom naik jambatan gantung. Silalah ikut arahan yang ada kat situ ye.


Do not shake the bridge. Jatuh terus ngap dek boyak.


Dalam takut pun mesti berani amik pic..hahaha.


Di hujung kuala ini adalah laut. View cantik tapi kami tak pergi pun View Point. Kami patah balik dan meneruskan perjalanan ke Borneo Tropical Rainforest Resort. Itu esok ajelah cerita ye.


Keluar dari Similajau National Park, kami berhenti makan kat sini. On the way nampak hutan je kiri kanan dengan jalan highway Bintulu-Miri 2 lorong je ye..hahaha. Keadaan jalan yang bumpy yang menyebabkan anak2 pening. Tetiba nampak Sugar Bun ni. Saya tak sangka betul ada kedai ni kat jalan tengah2 hutan tu..hahaha.


Saya makan nasi lemak..sedap jugak. Not bad. 2 kali lah kami repeat makan kat sini. Anak2 suka. Ada juga fried chicken ngan burgers. Macam Marrybrown.


The only tempat R&R kat Batu Niah iaitu Batu Niah Food Court Centre. Terletak antara Miri-Bintulu. Kat sini pun macam ada mini zoo. Tak amik pic sebab gelap. Nak gi tandas pun takut2. Ada ular albino, ada iguana, ada labi2 besar. Kat sini ada yang halal ada yang tak. So, hati2 lah membeli ye. Kat sini lah kalau nak isi minyak ke. Ke depan sikit jalan ke Gua Niah. Yang tu nanti saya story next entry. Chow.

Monday, June 30, 2014

My Borneo Trip: Bintulu - Taman Tumbina, Lookout Point & Pantai Temasya

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Sebelum saya terlupa pasal trip Borneo saya ni baiklah saya abadikan dalam blog tersayang ni. Sayang ke? Punya lama tak update cakap sayang..hahaha.  Oklah, kami anak beranak fly ke Bintulu on my birthday, 31st May lalu. Kami naik MAS Airline.  Takut? Takut gaklah..sebab bertiga je..huhu.


Macam2 doa saya baca. Flight 2 jam lebih tu kami isi dengan menonton movie dlm flight. So, takdelah takut sangat..hehehe.


Alhamdulillah, kami selamat sampai di Bintulu Airport. Tak sabar nak jumpa kawan baik saya Kak Tina tu.


Lepas makan tengahari, kami pergi ke Taman Tumbina. Harga tiket tengok gambar jelah ye.


Memerang yang pemalu.


Masa saya pergi ni musim hujan pulak. Mujur bawak payung all the way from KL..hahaha.


Kat kolam tu ada labi2 besar tapi hujan gambar tak berapa nak clear.


Kat Sarawak ni memang banyak jalan2 yang macam ni. Mentang2 kayu belian dari Sarawak tahan lasak dan kukuh, jadi memang akan jumpa kayu belian ni merata lah especially kat taman negara dorang.


Ada banyak binatang kat Taman Tumbina ni..ala2 mini zoo lah.  Tapi sebab hujan, semua binatang pun xnak keluar.


Burung Tiong Emas.


Bermacam2 jenis burung kenyalang.


Lepas tu kami ke Lookout Point.  Memang susah sikit nak cari tempat ni. Nampak terbiar je area ni.


Saya ambik gambar cepat2 dan terus chow. Tak berapa nak sedap hati. Kami je yang ada kt sini pun. Hasil contengan pun banyak kat Lookout Point tu.


Lepas tu kami lepak kat Pantai Temasya Bintulu.


Ada gunanya payung Rainbow saya tu kan...hehe.


Saya share pic sunset di Pantai Temasya untuk uols tatapi.


Salah setting..dawn lak..hahaha..patut biru.


Anak2 memang enjoy main air kat sini.


Sunset yang awesome.


Dalam remang senja @ Pantai Temasya Bintulu.


Dalam perjalanan pulang lepas tapau sate kat Pantai Temasya ternampak pelangi yang sangat indah dan besar. First day yang best. Saya tidur mana di Bintulu? Rumah kakak kawan baik saya. So, tak tau nak rekemen kat korang mana nak stay di Bintulu.  Google jelah ye.  Jumpa lagi esok. Insyaallah.