Showing posts with label kuantan. Show all posts
Showing posts with label kuantan. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Teambuilding 2013


Salam jumaat semua.  Sebenarnya saya tak berapa suka sangat citer hal ofis. Sikit2 bolehlah. Kitorang ada teambuilding last month. Setelah melalui berbagai rintangan dan cabaran, akhirnya harinya pun tiba. Excited betul saya..hehehe.


Bagi mengisi kebosanan, kitorang main game dalam bas...black magic ngan IQ test. Menarik jugaklah kan. Kalau tak boringlah perjalanan tu..hehehe.


Kat sinilah kami semua training..3 hari 2 malam.


Malam kedua tu ada BBQ dinner dengan performance. Mmg seronoklah..masing2 have fun.


Balik dari dinner tu ingatkan nak keluar ronda Teluk Cempedak..tapi hujan pulak. Maka bertapalah kita dalam bilik member main daun terup. Main game "bluffing dengan Big 2". Tepat kul 12 malam..masing2 balik tidur. Esok ada lagi training.


Bergambar ramai2 sebelum pulang. Seronok sangat. Release tensionlah. Consultant best. Training yg mcm ni mmg bagus untuk merapatkan 'teamwork spirit' sesama kami. Oklah, chow dulu.  Have a nice weekend.

Monday, October 7, 2013

Hyatt Regency Kuantan


Yeah..lambat giler kot bersiaran arini. Sibuk betul pagi2 Isnin ni kan. Oklah, jom tengok tempat kami buat Teambuilding last week. Ni kat Hyatt Regency Kuantan. Beach dia mmg awesome. Best!  Cantik!


Kat sebelah coffee house pun ada pool lagi. Banyak pool boleh pilih nak berendam.


Ni pulak view from coffee house. Tapi agak panas sebab waktu siang takde angin. Kipas berpusing pun tak terasa. Kalau malam ok sikit. 


Jom tengok bilik pulak. Bilik ok, bersih..spacious gak. Yang saya suka towel ada 3 ok. Pastu jap2 tanya apa lagi yg kita perlukan. Towel pun diorang ganti petang tu..tak perlu tunggu esok. Syok.


Ni toilet dia..yang penting bersih.


Ada bath tub..tapi gi Teambuilding kan..mana ada masa berendam.


Ada kemudahan buat coffee/tea.  Ada bathroom robe, slipper...iron pun ada.


Bilik ni garden view. Sbb ni block hujung, kitorang tak boleh buka sliding door. Ada monkey. Takut. Tapi sepanjang dok situ tak pulak nampak.


Ni view pukul 8 pagi. Tak berapa nak nampak sunrise ngan sunset sbb awan tebal. Asal malam je hujan. Siang pulak panas berdenting. Pendapat saya tentang hotel ni semuanya best..service terbaik tapi tang food fail...hahaha. Tak berapa nak sedap. But a good choice of hotel utk merehatkan diri dari kesibukan kerja. Nak tau rate, sila jengah SINI.

Monday, June 7, 2010

Trip to Kuantan..

Salam semua..arini sambung citer gi Pahang aritu.  Lepas je melawat gajah2 kt Kuala Gandah..we oll terus pegi Kuantan.  Org kata dh alang2 sampaikan.  We oll stay kt Seri Malaysia Kuantan.  Xlah susah nk cari..dgn bantuan Garmin sy ni..semua tempat pun senang je.

We oll amik bilik Family.  RM190 semalam including breakfast for 3 adults.  Budak kenit dua org tu free.  Kt sini ada swimming pool.  Disebabkan sy turun sorang je ngan kenit 2 org tu..xdelah bwk kamera.  Dh tentu2 sy pun kena terjun sekali ngan dorang.

Punyalah lapar..we oll makan kt Genting Sempah je for breakfast..x lunch pun.  We oll teruslah pegi Teluk Cempedak.  Makan time..lunch sekali dinner.  Masa ni dh pukul 6.30 petang.  Mak aii..besarnya lengan sy..hahaha.

So, gambar TC di siang hari mmg xdelah.  Ni gi lepaskan gian main ombak dlm gelap.  So, pic pun kelam jelah..hahaha.  Balik dari TC..elok we oll nk masuk je hotel..satu kuantan blackout.  We oll duduk dlm bilik dengan bantuan cahaya dr handphone je.  Dlm setengah jam jugaklah..lepas tu dh ok.  Nasib baik..kalo tidak ada yg claim balik duit dr pihak hotel.  Pagi2 tu breakfast kt hotel je..x amik gambar..lupa bwk kamera turun.

Then, kitorang terjah Pantai Sepat.  Ingatkan dekat..rupanya jauh gak..dh nk smpi Pekan.  Amik gambar je.  Tgk dua org budak yg kena paksa bergambar.  Masa ni dorang sibuk nk main kt playground tu..sy x bg.  Pantai ni x secantik TC.

Oh..inilah tempat yg sy cari2 utk bergambar.  Yelah..at least ada gak kenangan bergambar di bandar Kuantan.  Tp we oll x makan pun kt sini.  We oll mkn kt R&R Temerloh.  Geram je tgk ikan patin dan ikan baung tu.  Tp x amik sbb sumanya masak tempoyak.  Sy x makan tempoyak weh!!  Kalo dia buat kari ikan baung atau masak asam pedas ikan patin..mmg sy makan byk2 aritu..kehkehkeh.

Lastly, gambar si kenit 2 orang tu.  Kuantan oklah..tp sebenarnya kena spend lebih masa kt sini baru bole tau keistimewaan kuantan..ye x?  Adakah sy akan kembali?  Mungkin..tp kali ni ke Gambang Resort City je kot..hehehe.  Itu jelah kisah sy ke Kuantan.  Mohlah keje!!