Wednesday, July 4, 2012

WW ~ Selfish


Selfish..tamak.  Bukan jual ikan eh.  Motor ni..seluas2 tu dia gi park.  Kereta nak masuk park tak boleh..kalau betul letaknya..2 buah kereta pun leh masuk.


Kereta besar tapi main park je.   Tak considerate.  Selfish lah tu.  Mana hilangnya sifat2 murni.  Oh..lupa..mana ada lagi kelas pendidikan moral atau sivik..huhu.

Tuesday, July 3, 2012

Jom Exercise!


Lama betul saya tak exercise apatah lagi jogging.  First time saya exercise setelah bertahun-tahun ialah dengan join kelas senamrobik di pejabat saya.  Lepas tu saya pergi pulak panjat Broga Hill.  Pergh...mmg rasa syoklah pulak exercise.  Nak2 saya ni jenis makan ubat mula2 je rajin..pastu malas.  

Minum air masak pun susah.  Oleh kerana takut kena sakit buah pinggang, saya stoplah makan ubat2 tu.  Saya membuat pilihan dengan exercise utk fit dan juga jaga kalori intake utk mendapatkan berat badan ideal.


Favourite place dulu dan kini..Taman Tasik Perdana atau Lake Garden.  Kat sini byk machine2 yg bukan digital lah kan..utk exercise.  Yg mcm ni pun dah ok.  Nak yg canggih semua tu..boleh je exercise kat gym di pejabat saya.  Saya ni jenis exercise relax2..tak paksa diri..buat sekadar yg mampu je.  Yang penting enjoy.


Saya banyak tumpukan exercise utk kaki...sebab saya ni jenis besar di bahagian tu.  Mcm dlm gambar tu kan..tangga tu ada 7 anak tangga je.  Tapi berlari2 naik dan turun berkali2 boleh bikin semput ok..hahaha.


Tetiba pulak ada rakan yg upload pic ni kat FB.  Betullah..kata2 kat atas tu.  Saya rasa saya dah pilih yg terbaik utk diri sendiri.  Berapa kilo turun?  Seriously speaking, tak turun pun..tapi saya rasa lebih bertenaga dari biasa.  Penyakit semput pun kurang menyerang.  Kawan2..jangan lupa exercise tau :)

Monday, July 2, 2012

Yeah..Dah Ada!


Yeah...dua2 anak saya dah ada passport.  Lepas ni leh ar bawak dorang ke luar negara.  Saya pergi buat passport hari Ahad kat Jalan Duta.  Beratur amik nombor tu lama sketlah..lepas tu kejap je.  Sampai saya terlepas nombor sbb busy breakfast kat kafetaria..hahaha.  Saya ke mana ngan anak2?  Tungguuuu....

Info:  Bawah 12 tahun - RM100 utk 2 tahun, RM150 utk 5 tahun.  Sila rujuk website Jabatan Imigresen Malaysia utk info lanjut.