Hari terakhir kami di Jogja, pagi2 lagi kami dah terjah sini, Istana Air Tamansari. Ini adalah sebahagian daripada Kraton. Dalam bahasa Inggeris, taman ini dikenali sebagai 'Perfume Garden' or 'Fragrant Garden' kerana banyak bunga berbau harum yang ditanam di sini. Dari Hotel Pose In, tempat ni sangat dekat.
Entrance Fee adalah sebanyak RP7,000 = RM2.20. Camera kena charge RP1,000 = 30 sen. Oklah..baru RM2.50. Murah je tu. Taman Sari Yogyakarta ini dibina pada tahun 1758 oleh Pangeran Mangkubumi (Hamengku Buwono 1) dan Raden Ronggo Prawirosentiko (Bupati Madiun) sebagai arkitek.
Tempat ni merupakan taman rekreasi bagi keluarga diraja pada suatu masa dahulu. Kawasan ini juga merupakan 'camouflage area' bagi musuh2 dan merupakan benteng pertahanan pada ketika itu, tempat Raja bermeditasi, tempat membuat batik bagi putri2 Raja dan tempat berlatih bagi militari DiRaja. Dah..jom ikut saya masuk.
Ha..nampak tak kolam yang hijau ni. Di sinilah dayang2 istana mandi manda sambil menari2. Ha..dekat menara yang tinggi tu pulak..tempat Sultan mengintai dayang2 mandi. Pastu dia pilihlah..sapa yang bertuah untuk mandi bersama Sultan.
Ni di bahagian hadapan menara tinjau tadi. Tempat dayang2 berkumpul rasanya.
Di bahagian dalam.
Sila patuhi larangan yang ada ye. Nanti jadi apa2 tak tau eh.
Ha..korang boleh tengok struktur kat belakang tu..cantikkan. Taman Sari ni byk pengaruh dari Hindu dan Buddha, Jawa & Islam, Cina, Portugis, Eropah..eh..banyaklah.
Eh..sambung. Lepas Sultan dah pilih saya sapa yang berkenan di hati, Sultan bawa dayang intan terpilih tu mandi berdua je ngan Sultan kat sini. Kiranya private pool Sultanlah ni kan. Jom kita panjat menara tu..leh tengok camanalah agaknya Sultan mengendap kan.
Ha..ginilah kot Sultan skodeng. Bayangkan ada perempuan2 cantik mandi sambil menari2 dlm kolam tu..hahaha. Yang lelaki mmglah sukakan.
Nak naik kat atas ni kenalah panjat tangga yang curam ni...serius kitorang berpeluh sakan kat sini. Panas kot cuaca time ni. Kitorang jalan lagi.
Kat bahagian belakang jumpa kawasan kampung. Rasanya kat sini tempat orang jual batik/souvenir. Tapi masa kami lalu tutup pulak.
Ini adalah peta Kampung Cyber. Tu pun kitorang sesat ke mana2 entah. Gara2 supir lah ni.hahaha.
Ada laluan bawah tanah. Jom masuk.
Turun tangga..tapi terowongnya teranglah. Taklah takut sangat. Takde apa bawah tu..macam laluan bawah tanah je.
Dahlah..jom balik. Tengok muka Wahida..itu muka Dayang yang tak terpilih..kahkahkah. Jumpa lagi esok!
