Wednesday, May 22, 2013

Pose In Hotel, Jogja



Sekarang kami dah berada di Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja.  Dahulu kota ini pernah menjadi ibu negeri Indonesia sebelum dipindahkan semula ke Jakarta.  Nama Yogyakarta diambil dari dua perkataan iaitu Ayogya bererti kedamaian dan Karta bererti baik.


Sebenarnya kawan kami dah booked hotel lain.  Tapi kedudukannya tak berapa strategik.  So, Pose In Hotel ni adalah hotel last minute kami.  Walk in je..mujur ada kosong lagi.  Sebab hotel2 kat Malioboro tempat happening di Jogja semuanya dah penuh.


Okeylah hotel ni.  Not bad.  Sedang2 sahaja.  Rate 1 malam ialah RP350,000 = RM108.  Kalau nak tambah extra mattress RP100,000 tapi kitorang tak tambah.  Oh ye, RM108 tu including bfast for 2.


Katil kecik sikit dari katil kat Quest Hotel, Semarang tapi takpelah, tidur berhimpit bertiga pun ok.  Itupun ada gak kena gigitan cinta..hihihi.


Bilik air ok, not bad.  Cuma sistem saliran paip tak berapa lancar.  So, setiap kali mandi mesti air bertakung sket.  Tapi redah jelah kan.  Jangan sampai melimpah masuk bilik dahlah.


Sinki comel je.  Toiletries yang dia bagi pun kitorang tak pakai sangat.


Simple tapi dah memadai buat kitorang.  Cuma yang tak bestnya wifi dia xleh kongsi.  Kalau sorang online, yang lain takleh online.  Maka bergilir-gilirlah kami.


Pagi yang pertama tu, saya ngan Ina breakfast.  Ada tauhu goreng, ayam masak ala2 kicap.


Ada sayur dan juga Indomie.  Belasah jelah, alas perut.  Takdelah sedap mana sangat pun.


Roti pun ada.  As usual, roti dorang tak selembut Gardenia kita lah kan. Air ada cordial, tea & coffee.


Sebelah kanan saya yang ada blind tu lah jalan menuju bilik kitorang.  Hotel ni agak simple.  Dan yang paling penting bersih.  Okeylah sambung esok.  Mood blogging saya macam dah nak merudum je...oh no.  Ok2, up kan balik mood sebab hari ni hari $$.  Ok, see u tomorrow!

16 comments:

not bad hotel tu dee...selesa n nice gak deco2 die....bab mkn aku rase mmg la dee kat hotel sane semua kebanyakan kureng....tapi kalo pi restoren2 die mmg superb kan makanan dieorg...cukup rase lebih pedas...fuhhhh ni rase nak pi indon ni cuti2 soping2....
 
simple but nice kan kak hotel ni :)
 
bestnya g jalan-jalan. deco hotel tue lawa lah ^_^
 
cantik gak hotelnya dee..yg penting bersih
 
mane2 hotel kebersihan yg paling utama..
cantik jugak hotel ni
 
dua2 hotel pun aku suka...hotel ni best, hotel kat semarang pun best...
 
Assalamualaikum Dee

kira dah ok la tu
 
Jom shopping!
 
yg penting bersih....
rate dia pun ok tu....
tapi i makanan kat hotel di indonesia memang kureng skit...
ada rasa pelik cam lada sulah ke amenda ntah.....
 
This comment has been removed by the author.
 
shower dia besar...puas mandi ;)
 
ya betul tu kak, yg penting bersih... tp tgk nice gk walaupun simple... bfast dia mmg sgt simple
 
lawa nye watermark? colorful lg
 
Dee..

that day my hubby pergi Jogja dia stay hotel ni gak..hehe..
 
nampak bersih sis hotel neh.. ok la tuh..
nak tido kejap je..
yg byk nye g jln2..
hehehehe~
 
Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
Price start from: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb