Wednesday, April 23, 2014

Medan Trip: Danau Toba International Cottage Parapat

 

Masa di Parapat, kami stay kat hotel ni. Majority Malaysians mmg kat sinilah. Besar jugak hotel ni. Rate tak pasti sebab kami byr all in kan. 


View memang awesome. Breathtaking!


Ada pool atas bukit. Mengadap Danau Toba..memang cantik. Cuaca mendung sket masa ni. Kat sini ada wifi..kat bilik tak berapa nak clear. So, bertapalah kat sini jap.


Kolam belah kiri tu jacuzzi. Memang budak2 berendam smpi kecut. Sejuk pun sanggup tau.


Ni view depan bilik, basah sebab hujan. Malam tu hujan agak lebat jugaklah.


Ni bilik kitorang, oklah not bad. Yang penting bersih. Bilik kat sini xde aircond atau kipas sebab cuaca kat sini sejuk, ala2 Cameron Highlandlah.


Bahagian luar bilik.


Di hadapan bilik ni mmg ramai pemancing. Rasa x berapa nak secure. Sebab orang luar boleh masuk. Dengan malamnya si Mimi mengigau 'sleepwalking' nak bukak pintu. Mujur saya sedar, kalau tak ada yg terjun dlm Danau Toba.


Brader ni tunjuk hasil memancing. Ikan nila. Memang byk terdapat kat Danau Toba ni.


Esok pagi2 dah bangun tapi saya jugak yg siap last..hahaha.

 

Budak2 ni dah siap awal dan berposing sakan kat tepi danau.


Sarapan pun included, jadi kita sarapan dululah sebelum bertolak ke Samosir Island.


Food not badlah. Esok kita sambung lagi ye.

Tuesday, April 22, 2014

Medan Trip: Paten, RM Beringin Indah 2, RM Muslim Nikmat


Dalam perjalanan ke Danau Toba, kita singgah dulu ke Paten ni. Kalau suka terus beli sebab lepas ni mmg tak jumpa lagi dah. Jgn menyesal pulak eh..hahaha.


Apa Paten ni? Macam jajan lah. Ada AK-AM, Tengteng, Tingting, Tangtang, Tongtong, Tungtung, Pangpang, Pingping, Pongpong, Pingpang dan byk lagi kot..x ingat dah..haha. Ada tester, so, sila cuba dulu sebelum beli.


Tak ingat pulak berapa harga. Rasanya IDR20,000 satu kot. Kalau beli byk, dapat diskaun. Yg 4 kotak gift set ni kawan saya yang borong.


Lepas tu, kita teruskan perjalanan dan singgah di RM Beringin Indah 2 untuk lunch dan juga solat.


Muka orang tak berapa lapar, memang ceria. Air jeruk tu sedap.


Pucuk ubi masak lemak dorang sama je pesen, dah ditumbuk siap2..haha.


 Ni burung kejang..hahaha. Ni lah burung ruak. Isi dia taklah sesedap ayam. Besar sikit je dari burung puyuh.


Oh..muka saya dah penat giler. Perjalanan yang sgt lama. Oleh kerana tak tahan dah, tangki dah penuh, maka kami berhentilah kt sini utk buang apa yg patut.


Untung juga berhenti kat sini, view adalah sgt cantik. Oh ye, inilah Danau Toba. Cantikkan?


Oleh kerana takkan nak tumpang toilet je kot kan, maka saya orderlah kopi. Mak aih..punyalah manis. Gula murah kot kt Indon...huhu. Btw, pin shawl tu saya ada jual..hahaha. Sapa mau beli boleh roger..sempat lagi buat bisnes kau..kihkih. Lepas tu kami terus check in hotel. Esok je ye kita citer psl hotel eh.


Malam tu kami makan kat sini, Rumah Makan Muslim Nikmat. Hujan lebat gak time ni..sejuk.


Masing2 dah kelaparan dan kepenatan.


Udang tu sedap sgt, saya belasah sorang. Yg lain tak suka sebab pedas. Lepas dinner, kami shopping kat kedai2 berhampiran. Ni semua kat Parapat. Esok, kita sambung lagi eh. Bye.

Monday, April 21, 2014

Medan Trip: Kualanamu Airport


Assalamualaikum semua. Lama betul tak jenguk blog sendiri..hahaha. Ok, mari kita sapu sawang dengan update trip terbaru saya. Sebenarnya mood blogging masih ada. Cumanya bila akses terhad, semua pun jadi tertangguh..huhu. 

Oklah, trip ni awal April, flight pagi ke Kualanamu, Medan, Indonesia. Tiket beli pun tahun lepas dalam RM110 seorang return flight termasuk luggage 40kg. Makan je tak sebab flight 1 jam je.


Anak buah saya, I-Shah dan opismate saya Lin join last minute.


Ni kawan lama yang ajak saya gi Medan. Sepatutnya dia bertiga, anak lg sorang tak dpt cuti, so berdua jelah dia anak beranak.


Cuaca baik dan lepas je saya abis tulis Arrival Card kami pun dah mendarat. Macam2 doa kami baca. Tawakal dan berserah je..mohon perjalanan kami dilindungi.


Hujan di Kualanamu.  Ni airport baru menggantikan Polonia, so no worries, smpi je lalu tube..hehehe.


Selesa betul. Nak amik trolley pun xyah risau, xde porter yang menganggu.


Tunggu luggage je rasa seksa. Sebabnya flight sama dengan jemaah2 umrah. Jadi barang dan kotak air zam2 dorang yg keluar dulu. Maka berdiri lah kat situ dekat 20 minit..huhu.


Keluar je si Ali supir kami dah menunggu.


Ulat ada tapi tak ramai dan tak menganggu. Rasa selamat sikitlah kat sini.


Menunggu ketibaan supir.


Dah sampai pun. Inilah Pregio yang akan menemani kami sepanjang di Medan.


Oleh sebab tak sempat breakfast di dalam flight, kitorang singgah kat Restoran Simpang Tiga ni utk breakfast.


Muka ketat masing2 sebab kelaparan.


Menu kami pagi tu Mee Goreng dan Nasi Goreng. Yummy!


Perut dah kenyang barulah boleh senyum. Jom teruskan perjalanan 5 jam kita ke Danau Toba. Yahuu!