Thursday, November 17, 2011

Cameron Valley in KL?

Ye, saya kat KL je.  Bukan kat Cameron Highland.  To be exact, saya kat Bangsar Park je.  Yup, semalam petang konon nak gi ngeteh kat Pelita Bangsar, ternampak kafe ni.  Aik? Baru ke?  Jom terjah.
Kawan saya cakap muka saya berseri-seri giler semalam.  Yup, saya memang sangat happy.  Rezeki kerja datang lagi sekali selepas 3 tahun mencari.  Nanti kita story pasal tu ye.  Cafe ni kecik je tau.  Tak besar.  Macam kat CH tu, semua jenis tea keluaran Cameron Valley ada dijual di sini.  Fertilizer pun ada.  Tengok belakang saya tu.  Banyakkan..so, tak perlu naik CH semata-mata nak beli tea2 ni semua. 
Kaunternya sangat simple, staff ngan owner sangat friendly.  Amik lah gambar byk mana pun, dorang tak kisah.  Cafe ni baru dibuka 10 hari yang lepas.  Interior yang sangat cosy dan soothing.  Ada banyak menu menarik, yang berat ada, yang ringan pun ada. 
Saya order Strawberry Flavoured Tea hot in a small pot.  My friend minum Blackcurrant Flavoured Tea.  Harga dalam RM9++. 
Saya makan Aglio Olio Pasta Seafood.  Harga dalam RM26.   Sedap, pinggan menarik tapi kecik sket..makan kena hati2 kalau tak kepah terbang..hahaha. 
My friend makan Black Shadow.  Sandwich daging black pepper.  Roti boleh pilih.  Yang ni cabbiata.  Then  boleh pilih salad of the day or potato of the day.  Ini potato of the day.  Sedap. Harga dalam RM20++ ke..saya tak ingatlah. 
Ada sebuah gambar yang besar dalam restoran tu, feeling mcm makan kat ladang teh CH tapi kaler gambar Black & Whitelah pulak..hahaha.  Owner and staff tanya sedap tak food?  Anything we can improve?  Comment saya, semua ok except for service quite slow utk food.  Sedangkan dalam cafe tu kami 2 orang je pelanggan dia.  Dia apologize, dia kata staff2 dia baru.  Baru nak experience, baru nak adapt but they will improve day by day.  Food..sedap.   Saya suka bila pergi restoran macam ni owner ada initiative utk tanya pendapat customer.  Rasa dihargai.  So, u oll gi lah terjah.  Cafe ni sederet dengan McDonald Bangsar.  Enjoy!

Wednesday, November 16, 2011

Syukur Alhamdulillah..


Hari ini saya orang yang paling gembira.  Syukur Alhamdulillah.  Jangan speku, ini bukan pasal saya mengandung.  Nanti saya kongsikan dengan kawan2 ye.  Yang kat FB dah tau.  Syukur lagi sekali.

Tuesday, November 15, 2011

Hari Terakhir Di Melaka..

Pergh..nak abiskan citer melaka ni trauma saya dibuatnya.  Yelah, hilang gambar u oll..tu yg terbantut nak update citer last kat melaka semalam.  Oklah sambung.  Malam sebelum makan asam pedas tu, kitorang naik Melaka Cruise ni.  Giler ramai orang rombongan, bau keti dah macam bau Bangla...uwekkkk. 
Eh..tu baru bau keti..bau air sungai ni pun taklah harum sangat pun kannnn..hahaha.  Tapi view malam memang cantiklah.   Budak ni dok depan saya, asyiklah dok snap gambar.  Saya rasa dalam camera tu penuh pic saya je kot..hahaha.

Disebabkan Sabtu tu tak dapat naik Menara Taming Sari sebab teknikal problem, maka repeatlah semula pagi Ahad.  Cun..dapat pun naik.  Kenit berdua tu diam je..takut sebenornya..gayat...hahaha.
Before keluar dari Melaka, singgah Zoo Melaka.  Eh..bestlah Zoo Melaka ni..murah pun murah banding dengan Zoo Negara tu kan.  Kamera pun xde caj2..bagus.  Binatang pun banyak dan segar bugar..x malas2. 
 Bergambar dengan parrots.
 Naik kura2 batu lak.  Yang betul?  Nangis nanti kura2 tu..hahaha.  
Mama tak mainlah naik kura2.  Naik kuda terus.  Naik ngan Fifi.  Mula2 Fifi takut tapi saya pujuk2 baru nak.  RM4 rasanya.  Ke salah?  Dah lupalah.  Tapi murahlah.  Satu round...bolehlah.
Mimi ni memang berani.  Naik sorang2.  Lepas tu tanya saya boleh tak amik pic peluk2 ngan harimau macam dia peluk2 bear kat Kuala Gandah dulu.  Eh..mana boleh nak oiii..nak2 dia tengok Mimi Montel ni..dingap je karang..hahaha.
Before balik naik tram dulu, round sekali lagi.  Bayar gak.  Tak ingat berapa.  Murahlah.  Dah penat, baru shoot balik KL.  Giler..jalan 2 hari 1 malam, cerita berhari2...muahaha.  Oklah, sempat nanti saya BW eh.  Bye..take care.