Semalam sy tertinggal 1 bab..so arini kita buat 2 bab ye..
Bab 3 : Air Dan Alat Bersuci
Soalan: Bolehkah disebutkan semua jenis air dan hukum2nya?
Jawapan: Air terbahagi kpd 4 bahagian iaitu:
a. Air mutlak / air tabii iaitu air yg x dikaitkan dgn sesuatu jenama tertentu. Hukumnya adalah suci n boleh menyucikan. Contoh..air hujan, air laut, air perigi, air embun dsb.
b. Air mustakmal iaitu air yg kurang drp 2 kolah yg sudah digunakan bagi sesuatu yg fardu / yg bercampur dgn sesuatu yg suci sehingga menyebabkannya berubah warna, rasa n bau. Hukumnya adalah suci tetapi x boleh menyucikan yg lain.
c. Air mutanajis iaitu air yg kurang drp 2 kolah yg sudah jatuh najis ke dlmnya. Hukumnya adalah x suci n tidak boleh menyucikan yg lain.
d. Air musyanmmas iaitu air yg terjemur ataupun dijemur di bwh panas matahari yg terik di dlm bekas yg boleh berkarat. Hukumnya adalah suci n boleh menyucikan tetapi makruh digunakan pd badan.
Soalan: Apakah kelebihan larangan menggunakan air musyammas pada badan?
Jawapan: Memang ada bahayanya kerana ia boleh mendatangkan penyakit. Ini dijelaskan sendiri oleh Nabi Muhammad dlm hadisnya yg bermaksud:
"Drp Aisyah (Allah meredai ke atas beliau), beliau memanaskan air di bawah cahaya matahari, lalu Nabi Muhammad S.A.W. berkata kepadanya, "Janganlah berbuat begitu, wahai Aisyah, air itu boleh menyebabkan penyakit sopak."
Bab 4 : Hadas Kecil Dan Berwuduk
Soalan: Betulkah pendapat yg mengatakan kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Jawapan: Ya, mmg betul kerana kentut yg pertama itu sudah membatalkan wuduk, sedangkan kentut kali yg kedua n seterusnya sudah tidak memberikan apa2 makna lagi kerana wuduk sudah terbatal.
Soalan: Bolehkah dijelaskan berkenaan sentuhan antara lelaki dan perempuan dlm 4 mazhab?
Jawapan: Penjelasan kepada persoalan ini adalah spt berikut:
a. Mazhab Maliki: Sentuhan antara lelaki dan perempuan dgn tangan ataupun satu bahagian drp badan dgn keinginan adalah membatalkan wuduk.
b. Mazhab Hanafi: Sentuhan antara lelaki dan perempuan walaupun kedua-duanya dlm keadaan bertelanjang tidak membatalkan wuduk secara mutlak
c. Mazhab Syafie: Sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah membatalkan wuduk.
d. Mazhab Hanbali: Sentuhan antara lelaki dan perempuan walaupun mahram dengan keinginan adalah membatalkan wuduk.
Soalan: Adakah membasuh hidung semasa berwuduk itu wajib?
Jawapan: Ya, memang wajib. Apabila seseorang itu berwuduk tanpa membasuh hidungnya, adalah jelas tidak sah wuduknya kerana hidung adalah sebahagian drp muka yg wajib dibasuh semasa berwuduk. Manakala perbuatan memasukkan ataupun menghisap air ke dalam hidung adalah sunat.
Soalan: Apakah hukum wuduk dan solat seseorang apabila selesai sembahyang beliau mendapati sisik ikan terlekat pada tangannya?
Jawapan: Wuduk dan solatnya adalah tidak sah dan wajib menanggalkan sisik ikan itu serta membasuh semula tempat itu dan anggota wuduk yang berikut menurut tertibnya dan mengulangi semula solatnya.
Sumber drp: Buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
4 comments:
Post a Comment