"Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yg diletakkan di penjuru rumah. Ibu mengoncang-goncang dan meraup butiran beras di dlm tin itu. Hanya ada dua tin susu shj yg masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.
"Ibu mengerling ke arah kami yg masih belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dlm tin susu itu, kemudian memasukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sebuah sepuluh buah pinggan yg sudah tersedia.
"Bubur nasi itu berasap. Seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yg paling bongsu. Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.
"Pagi, kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.
"Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. Bubur itu, walaupun cair, saya rasakan begitu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.
"Tengahari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan tanda bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak meminta-minta. Kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang.
"Masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. Saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.
"Saya tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? Atau, ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?
"Perlahan-lahan kakak mengengsotkan badannya mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!
"Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. Kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.
"Kami sedih. Kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. Ibu berkorban untuk kami, ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.
"Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengengsot mendekati ibu. Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.
"Makanlah mak!" kata kakak, perlahan.
"Ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik..."
Saya terus mematikan radio. Saya tidak sanggup mendengarnya lagi. Dada saya sebak, mata saya digenangi air. Cerita seorang pendengar kepada stesen radio berkenaan sempena Hari Ibu pada tahun lalu itu terlalu sedih. Dan, saya masih mampu mengingatinya walaupun setahun sudah berlalu.
Alangkah bertuahnya pendengar tadi kerana mempunyai seorang ibu yang setabah ibunya.
Petikan rencana dari Mastika Mei 2009 tulisan Zulkarnain Zakaria
37 comments:
*sedih*
eya: tersentuh ek..
azreen: sedihkan..dee pun..
kf: syg sungguh2 tau..
ayu: betul ayu..besar pengorbanan mereka..
rasp: hmm..me too..touched by the story..
tak terhingga pengorbanan seorang ibu...sob sob sob..:-(
teringat kat ibu dirumah....
p/s: pengorbanan seorang ibu tak dapat dibalas jasanya..
Lagi2 Mom shida dah 8 thn pergi menghdp Ilahi.. x terbalas budi & jasanya.. Actually pengorbanan ibu bermula disaat kita dilahirkan kedunia! Betapa azabnya beliau berperang bersama maut..so pd yg masih punya "Hargaila mereka..."
kty: sedihkan kty..
cutemiut: mmg pengorbanan ibu itu besar..
reen: ye..kita harus hargai mereka..
mas: betulkan mas..masih ada insan yg kejam..
rose: betul tu rose..
kojah: yolah ko ni..
ell: mmg hebat..
zam: hargai ibu ye zam..
shida: akak pun dh kehilangan ibu..al-fatihah utk ibu..
pegorbanan ibu..
sampai kapan pon xterbls...
rasa nak g kat family tu nak bg sekampit beras pun jdlah...adoyaiii...
taknak stop ni..tolonggg!
kesimpulannya kita yang mampu ni jgn la membazir makanan. ingt la org yang tak da makanan.
teringt kembali susah payah..pahit maung arwah membesarkan kami..
pengorbanan seorg ibu tidak ternilai.....takkan mampu di balas....
nak nangis..uwaaaaaaaaaa...
selamat hari ibu dee =)
sob..sob..sob..
mummyaeesh: samalah dee mula2 baca..nangis gak..
ms nony: sedihkan..so hargailah ibu anda ketika mereka masih ada..
ms anony: selamat ari ibu juga buatmu..
izan: betul tu izan..
zino: hargailah mereka..
mat: betul tu mat..
mama azlina: cepat2 mtk ampun tika masih ada kesempatan..
mommylily: mmg..x terbalas..
mrsharis: skrg baru kita sedarkan..bila kita dh jd seorg ibu..itulah juga perasaan ibu kita..huhuhu..
lots uρ verу fаst! What hοst are you the usе of?
Сan I gеt your affіliate linκ
οn уour host? I desіre mу website loаded up аs fast as yours
lolhttp://www.articlesfind.com/Topіc-Directly-Οnto-Εasу-Tеchnіques-Fоr-Propeгty-Pгоgram.
htm
Ϻy web site achat maison
good deal from this piece of writing then you havе tо apply such mеthods to
your won web site.
httρ://κovaikаnmani.сom/groupѕ/finding-dramatіc-ideaѕ-with-regarԁ-to-property-program/
My wеb page ... investissement locatif nancy
with lаtеst technologіes аfterward
he must be go tο see this ѕite and be uр to date
everyԁаy.http://ωww.surfpot.com/ShellеyLі
Fеel frеe to surf to my page :: référencement google site
to invіte the peoρle to visit the site, that's what this web page is providing.http://www.ocadia.de/user/profile/mablewyma/
My page :: investire dans l immobilier
content. The aгticle has reаlly peaked mу interest.
Ӏ'm going to book mark your website and keep checking for new information about once a week. I opted in for your RSS feed too.http://magnetspheres.com/tiki-index.php?page=UserPagebarneyboh
My web blog web site design cardiff
however this post offers fastidious understanding even.
Here is my website ... http://www.pregnancyaid.in
say that I have truly enjoyed surfing around
your blog posts. After all I will be subscribing to your rss feed
and I hope you write again soon!
Check out my blog ... viagra
Feel free to surf to my web site :: video to mp3 converter download
Post a Comment