Showing posts with label kisah sedih. Show all posts
Showing posts with label kisah sedih. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Sedihnya...


Sedih..mmg teramat sedih bila dengar PC dari Perdana Menteri kita malam tadi. Semoga keluarga penumpang dan pesawat MH370 tabah menghadapi saat2 getir ini. Pergi tak kembali. Al-Fatihah ;(

Tuesday, March 11, 2014

La Tahzan ~ Jangan Bersedih


Assalamualaikum semua. Sudah masuk hari yang ke 4, MH370 masih hilang. Janganlah kita berputus asa untuk terus berusaha. Saya nak up entry lain pun jadi serba salah. Insyaallah, esok ajelah up new entry.


Berbaliklah kita kepada Allah Yang Maha Esa. Pada Dia sahajalah tempat kita memohon pertolongan.


Bersabar dan bertabahlah menghadapi dugaan dan ujian hebat ini.


Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita ;(

Monday, May 21, 2012

Al-Fatihah Untuk Pak Cak..


Sabtu baru ni dalam jam 6.30 petang, kakak telefon ajak saya ke hospital.  Saya fikir kakak ajak ke IJN sbb Tok Ngah saya dari Kedah ada di sana sebab sakit jantung.  Masuk sahaja kereta kakak saya bagitau yang Pak Cak saya juga ditahan di wad tapi di GH.  Bila sampai je di wad, dia sedang dikerumuni oleh doktor dan nurse2.  Mereka sedang melakukan CPR.  Jadi saya beredar ke luar wad sbb bawa anak2 kecil bersama.

Sejurus lepas tu, keadaan Pak Cak stabil.  Masa ni kami masuk semula dengan anak2.  Saya sempat snap pic dia.  Tapi saya tak share kat FB atau blog sbb tujuan pic diambil utk ditunjuk kepada anak buah saya I-Shah kerana I-Shah bekerja ketika itu.  Ketika sedang berbual dengan Mak Cak di depan katil Pak Cak, tiba2 doktor dan nurse2 berlari-lari dan menarik tirai katil.  Saya terpinga-pinga.  Rupanya blood pressure dan denyutan jantung dia drop.  Setengah jam doktor cuba melakukan CPR tapi sudah tiba ajalnya.  Apapun saya redha dan bersyukur arwah Pak Cak pergi dengan tenang dan saya berada di sisi.  Masuk wad pagi, jam 7.15 malam dia pergi menemui Tuhannya.  Sekejap sangat.  Semua orang pun terkejut.  


Mak Cak saya sangat tabah orangnya.  Tidak menangis langsung ketika itu.  Tapi bila dia mula membaca yassin di sisi jenazah, air mata mula mengalir.  Alhamdulillah, jenazah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara.  Kepada semua yang mengucapkan takziah, yang menziarah, yang bersedekah wang dan Al-Fatihah, ribuan terima kasih diucapkan.  Ini gambar terakhir yang saya ambil bulan  Mac yang lalu.  

Pemergian Pak Cak mengingatkan saya pada pemergian arwah datuk saya yang saya panggil abah (bapa kepada Pak Cak) dan arwah Pak Lang saya yang dipanggil abang (adik kepada Pak Cak).  Ketiga2 mereka meninggal dunia di GH dan pada waktu malam.  Kebetulan sahaja.  Akhir sekali, Al-Fatihah utk arwah Pak Cak, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  Amin...

Thursday, April 30, 2009

Sesudu Bubur Untuk Si Ibu...


"Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yg diletakkan di penjuru rumah. Ibu mengoncang-goncang dan meraup butiran beras di dlm tin itu. Hanya ada dua tin susu shj yg masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.


"Ibu mengerling ke arah kami yg masih belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dlm tin susu itu, kemudian memasukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sebuah sepuluh buah pinggan yg sudah tersedia.


"Bubur nasi itu berasap. Seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yg paling bongsu. Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.


"Pagi, kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.


"Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. Bubur itu, walaupun cair, saya rasakan begitu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.


"Tengahari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan tanda bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak meminta-minta. Kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang.


"Masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. Saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.


"Saya tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? Atau, ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?


"Perlahan-lahan kakak mengengsotkan badannya mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!


"Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. Kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.


"Kami sedih. Kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. Ibu berkorban untuk kami, ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.


"Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengengsot mendekati ibu. Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.


"Makanlah mak!" kata kakak, perlahan.


"Ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik..."


Saya terus mematikan radio. Saya tidak sanggup mendengarnya lagi. Dada saya sebak, mata saya digenangi air. Cerita seorang pendengar kepada stesen radio berkenaan sempena Hari Ibu pada tahun lalu itu terlalu sedih. Dan, saya masih mampu mengingatinya walaupun setahun sudah berlalu.


Alangkah bertuahnya pendengar tadi kerana mempunyai seorang ibu yang setabah ibunya.


Petikan rencana dari Mastika Mei 2009 tulisan Zulkarnain Zakaria