Credit to Google Image
Semalam menonton rancangan 360 di TV3 membuatkan Mimi takut ke sekolah. Dia cakap takut kena culik. Sy mmg menggalakkan dia tengok supaya dia tidak terlalu berani tetapi lain pula yg jadi. Sy terangkan jika berada dalam pagar sekolah, tidak mengikut org yg kita tidak kenal dan tidak mengambil gula-gula atau keropok atau mainan dari org yg tidak dikenali, tidak mengikut bila orang ajak cari kucing yg hilang..and the list goes on..insyaallah dia tidak apa2. Insyaallah dia akan sentiasa dilindungi.
Keadaan sekarang berbeza dengan dulu2. Dulu sy berjalan kaki ke sekolah semasa di sekolah rendah. Dari Volvo di Midvalley (dulu tapak rumah sy) berjalan kaki di laluan motosikal sampailah ke sekolah St Theresa Convent, Brickfields. Mungkin ramai yg tidak perasan sekolah ni. Kiranya lalu depan Balai Polis Brickfields smpilah ke sekolah La Salle, Brickfields. Tiap2 hari...pergi dan balik sekolah. Alhamdulillah tidak ada apa2 yg berlaku. Kalo ada pun sekali sy ternampak seorang budak India dilanggar motosikal sbb dia jalan smpi memasuki laluan motor. Lain2 tidak pernah. Sekarang ni? Nak suruh Mimi turun bwh pergi kedai pun x berani..walhal rumah sy tingkat 1 dan kedai terletak di bawah rumah sy je. Ada 3 golongan yg Mimi sgt takut sekarang iaitu orang gila, mat pit dan juga Bangla. Didiklah anak2 kita supaya mereka lebih berhati-hati dan pandai menjaga diri. Doa sy moga mereka ini terus dilindungi Allah SWT..Amin.
35 comments:
dah rasa tak selamat anak2 kita lani
tak mcm kita2 dulukan
ape2 pun ...harap2 kite ni dijauhkan laa dari segala marabahaya kan....
mimi dah tersalah tafsir pulak ye..
dulu dari sekolah ABIM dalam hutan tu..mak suruh jalan kaki je balik sampai kat Sg Ramal tu.. skearang kalau suruh anak2 jalan..mau hatitu berdebar je kan
dulu mmg selamat, saya jalan kaki balik sekolah ikut tepi hutan pun x de hal, tp sekarang?
nak2 plak si mimi tu byk cakap
pot pet pot pet mulut dia
hehehe
harap2 takde ape2la
lagipn budak skang ni bjak
kita cakap elok2..insyaAllah dengor la dia
mintak dijauhkan amin..
eemmm tu perempuan dee.. cam mirul..lagi la penakut.. badan je besar..tapi hati kecik.. setakat nak g bilik air belakang umah pun dia tak berani
dulu tak macam skrg.. even kita sendiri pun kadang2 takut nak keluar rumah, ini kan lagi budak2..
semoga dia sentiasa dilindungi..
skang ni nak lepas anak jantan pun seriauu
Jom Join GA PILIH THEME BLOG
blkng rumah sewe mat2 bangla wat kerje....
i dolu2 kuar skolah lepas subuh..
jalan kat jalan gelap gulita nak ke bus stop non jauh ke dalam...
tapi, time tu cuma takut terserempak dgn h***u je ....
skarang, jangan harap lah...
siang2 pun mcm2 leh jadik...
Post a Comment