Last Friday, pegi Ikea beli alas laptop sbb terpengaruh dgn blog si Halimunan tu. Nak tengok gadget apa..gi jenguk SINI. Setelah membeli kami membahamlah karipap Ikea yg sedap tu sorang seketul. Tambahan pulak hujan ribut di luar. Layan kopi lagi..mmg umpphh lah. Lepas tu, ingat nak gi carilah Kacang Pool Haji tu. Guna garmin x jumpa2. Hari ni google..tau ada kt Damansara Perdana. Dah tutup ke? Cuba cerita sket sapa2 yg tau tu. So, end up sy pegilah Murni di SS2, PJ. Tu dia..Mee Raja..full of seafood.
Pinggannya besar..so, konsep share adalah digalakkan. Mee dia mcm maggi mee..tp rasa dia xlah mcm maggi pun. Sedaplah..x pedas. Mcm sy mesti mintak cili potong..kalo x, x kick. Share berdua pun x abis sbb td kt Ikea dh baham karipap seketulkan. Harga RM8 kot..sbb cincai2 je tokey dia kira. Air sy Teh O Suam dan kwn sy Air Limau Suam. Seploh hinggit sudah kata tokey dia..hehehe.
Ko tengok kedai dia. Crowded giler. Kedai ni xde menu. Sama konsep mcm William's. Ko orderlah benda pelik mcm mana pun..mmg ada je. Air dia tu ko bantailah nak air apa pun. Sy rasa ada jelah kot..hahaha. Antara menu yg boleh diorder..jenguk SINI. Seating xleh memilih. Mmg kena share lah ngan orang lain. Kalo x moh share..berjanggutlah tunggu nak dpt seat. Orang x putus2 datang..mcm semut. Segala bangsa ada. Seronok kan kalo berniaga mcm ni. Tokey dia sure senyum je tiap kali balik tidur. Actually Murni ni dah lama..tp xdelah sehebat skrg ni. Rasanya sebab pertukaran menu kot. Dulu menu dia standard restoran nasi campurlah. Skrg x lagi.
Kerusi meja diletak di luar sepanjang deretan kedai tu tau. Dari hujung sana ke hujung sinun. Jangan ko heran..ada je orang yg dtg amik order. Makan jangan lari tau..berdosa...hahaha. Pekerja dia mmg xkan collect duit dari customer..tokey sahaja. Masa datang ni byk lagi kedai lum tutup..so, xdelah meja kerusi depan kedai2 tu. Tutup je kedai2 lain..ha, tokey dia pun susunlah kerusi meja. Perggh..mmg meriah. So, kalo rasa nanti x tau nak makan mana. Pegi jelah terjah SS2 Murni di PJ ye. Chow!
27 comments:
tp sejak dok serdang.. x gi dah kedai tu.. die suke lepak sana dgn kawan2 die.. pernah g sekali je dia bawak.. makanan die mmg best... murni tu tokey die cina kan??
klu mintak jus die letak dlm jug kan? sy terpengaruh dgn die.. n guna jar mayonis tu utk buat cawan.. hahahahahahah
Yg penting makanan sedap ehhehehehehe!
mmg nampak banyak sangat mee tu .
me cam malas dgn sapphire nye bagai..
i pun sama gak...harus pedas baru ummphhhh :)
mahal tak?
dee dia masak cepat tak???
wahida: jgnlah pelik sgt..hahaha..
hanim: owner dia cina..pekerja ramai gak melayu..dan bangsa2 lain..
elly: x sure..tp mungkin..konsep sama..
ati: serve dia banyak..so, kalo mee tu rega RM8 berbaloi lah..leh mkn 2 orang..
bitt: mmg pantas..mcm mamak..
http://www.facebook.com/MurniDiscovery
All recent announcements and updates are available via only that page.
No official website yet.
* BTW, to those who have not known yet, Murni has established 4 non-franchise branches already.
1. @ Aman Suria
2. @ USJ
3. @ Kepong
4. @ Sunway Mentari
Post a Comment