Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Projek..


Ye..inilah projeknya. Buat banner atas kain cotton. Projek ini sepatutnya projek anak2 pra sekolah dengan kerjasama ibu bapa. Rasanya ini bukan kerjasama dah. Ni dah macam projek Mama. Memanglah Mama boleh je lepaskan anak2 buat. Tapi nanti buruk..anak2 nangis kat sekolah...sapa nak tolong?


Buruk jugak hasil yang Mama buat ni. Takpelah Mama pun bukan pro sangat. Kat sekolah menengah Mama tak masuk pun kelas lukisan. Bosan..hahaha.  So, ok tak kawan2?  Dah submit pun before Hari Kemerdekaan hari tu. Anak mama proud tau dengan hasil ni..kata dia..cantiklah Mama lukis. Ok, hidung terus kembang kempis..hhmmppph...hmmpphh. Kahkahkah..oklah, chow!

Tuesday, July 23, 2013

Hari Sukan Fifi..


Hari sukan sekolah anak saya ni diadakan pada minggu terakhir sebelum Ramadhan.  Macam biasa dalam kebanyakan sukan sekolah..mestilah ada perbarisan kan. Ha..tu rumah biru.  Anak saya Mimi tu rumah biru tapi dia tak masuk sports.  Tengok bodylah..hehehe.


Ni rumah hijau..siap ada maskot durian tu..kreatif bebudak ni.


Rumah merah pulak dah macam nak buat pertunjukan Tiger Dance CNY lak..hehehe.


Lepas tu berpanaslah budak2 tu kat tengah padang..kesian. Yang berucap pun napa lama bebenor.


Ada pertunjukan silat jugak.


Ha..ni dia budak yang dapat tempat ketiga acara lari 60m prasekolah.  Saya tak tau pun bila dia berlari..tau2 nampak sekumpulan budak2 baju kuning berlarian atas padang..hahaha.  Pastu masa nama dia kena announce amik hadiah pun saya tak sempat amik pic.  So, kat kantin jelah kita show off medal awak tu ye.  Budak badan ringan kan bolehlah lari laju.  Apapun, congrats Fifi.

Friday, June 28, 2013

Report Card Day..



Salam, hari ni saya ambil cuti "AL Half Day A.M".  Maksudnya half day pagi saya cuti.  Petang nanti baru masuk office.  Nak pergi mengadap cikgu sekolah anak amik report card.  Entah camanalah ye result dorang.  Harap2 tak mengecewakanlah.  Minggu depan kita buat entry panjang2 ye.  Selamat berliburan!

Tuesday, March 19, 2013

Forever 29 or 39?


Jumpa geng Pelangi Sabtu, esoknya Ahad tu saya berjimba dengan geng Forever 29 pulak.  29 lah konon...hakikatnya semua pun dah 39.  Tapi nak feeling muda masing2 terus namakan geng Forever 29..ngeee.  Kenapa tak 21?  Tu  budak2..kehkehkeh.  Yang ni wanita matang yang anggun bergaya..muahaha.

Lepak, makan2 dan sembang2 adalah aktiviti yang paling best bersama kawan2 sekolah.  Ye..ni semua skulmate saya masa sekolah menengah.  Dorang ni anak dah besar2.  Saya je terlambat keretapi sikit.  Lepak kat rumah my bestfren.  4 tingkat uols!  Nak jelajah round rumah dia pun rasa penat.  Tapi dia tak pakai maid.  Semua sendiri.  Kagum2.  View..awesome dari Bukit Cheras.  Terdelete pulak picture view dari balcony ngan dapur dia.


Makan nasi ayam, kek & fruit cocktail for lunch.  Ada bubur kacang, kuih bingka utk minum petang.  Bila geng2 Mak Jemah dah melepak, suami mmg dinasihatkan menyelamatkan diri.  

Perjumpaan mcm ni adalah dlm 3 bulan sekali.  Sekali sekala suami perlu lepaskan isteri2 bergembira bersama kawan2.  Sama juga dengan isteri, sesekali lepaskan suami bergembira juga dengan kawan2 dia.  

Insyaallah, masalah2 nak keluar jumpa kawan2 ni bukan masalah besar.  Tapi kalau kita sendiri kuat cemburu dan semua pun nak control, jangan marah bila isteri/suami pun jadi kaki control.  Yang penting kepercayaan sesama pasangan.  Tapi kalau dah bagi freedom pun gatal nak cari lain....itu mmg cari pasal namanya.  Kita bakor aje..hahaha.  Oklah, adios amigos..bye2.

Thursday, January 10, 2013

Konvokesyen Fifi 2012



Kisah 2012 baru sekarang nak cerita..hehehe.  Konvokesyen kindy Fifi last year dibuat kat Institut Latihan DBKL kat Cheras.  Besar tempat ni.
 

Ada show zapin..comel2 budak2 ni tau.


Ada Bollywood lagi..ngan gelek2nya..pergh..rasa nak gomol2 je dorang ni.


Tak lupa juga Aci Aci Buka Pintu.


Saya macam biasa fail amik gambar orang tengah gerak2 ni.  Mujur dapat gak sket gambar Fifi amik sijil kt atas pentas.


Dapat beg sekolah & kelengkapan sekolah.  Ni amik pic ngan cikgu dan pembantu.


Bergambar ramai2 dgn VIP dari DBKL.  Tak ingat sapa dah.



Akhir sekali, photo session dengan ibunda tercinta lah..hehehe.  Seronok budak2 skrg, ada konvo2 gini kan.  Ni semua untuk tatapan Fifi bila dia dah besar nanti. 

P/S:-  Esok Annual Dinner opis, tema Rock Solid.  Artis yang confirm ada Stacy, Hujan..dengar cerita Ratu Rock Ella pun ada.  Tengah tunggu announcement thru Email.  Company biasanya tak reveal semua..dia bagi sikit2 dulu..can't wait nak rock & roll :)

Friday, January 4, 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013


Haissh..hari ni baru leh start buat entry.  Semalam busy sgt, almaklum baru naik kerja..cuti dari tahun lepas..kehkehkeh.  Oklah, kita mula dengan budak dua orang yang bersemangat bangun pagi ni..hehehe.  Yup tahun ni Fifi masuk prasekolah dan Mimi pulak dah jadi pengawas.


Kita hantarlah si kecik dulu.  Tengok tu, anak dara pemalu sapalah tu..yang dok senyap kat belakang..hehehe.


Pastu kita hantarlah budak darjah 2 ni.  Bagus sgt sekolah ni, budak darjah 2 kelas kat tingkat 3.  Yang darjah 4 kelas kat ground floor.  Yg komplen, mak bapak mcm saya..hahaha.  Semput tau tak?  Budak2 tu ngan beg berat2 lagi, sabar jelah kan.  Lepas tu makpak heaven pi breakfast berdua je dating makan roti canai kat Mahbub.  Shopping sket2 kat TMC-Giant.  Dah tu jenguk baliklah anak2.



Mimi tengah rehat.  Anak sapalah ni yang suka benor makan sambal.  Fifi?  Di pra, semuanya dibekalkan.   Makpak tak perlulah risau.  Makan elok je anak2 tu.


Ada gak segelintir ibu bapa yang budak2 dah rehat, tetaplah nak melabuhkan punggung kat kerusi kantin tu.  Tak reti2 lah nak bangun.  Tu belum yang masih degil jenguk2 anak kat kelas..kehkehkeh.  Standardlah, masing2 excited anak baru sekolahkan. Kakak saya cerita, kalau di sekolah cina, jangan haraplah parents nak ada dlm kawasan sekolah ok.  Disiplin2...hehehe.


Ni buku2 yang dibalut.  Ni baru sebahagian, buku kerja Fifi je.  Azab derita belum berakhir.  Malam tadi Mimi bawak balik lagi sebeban...sambung weekend ni jelah balut...huhu.
 

Petang Mimi sambung sekolah agama.  Adik dia?


Dah terbongkang dari jam 2 smpi 5 petang.  Penat sgtlah sekolahkan..hehehe.  Mana taknya, bapaknya hantar anak sekolah jam 6.30 pagi.  Silap2 korang pun membuta lagi.  Sekolah bukan jauh benor pun..3km je dari rumah.  Takpelah, elok ajar bangun awal dari sekarang.  Jangan sok dah besar tidur meninggi hari..hehehe.  Oklah, happy weekend tau uols :)

Thursday, December 27, 2012

Ready for School..


Hari ni ada taklimat utk prasekolah.  Si bongsu, Fifi tahun depan akan ke prasekolah.  Semua pun dah ready.  Balik dari taklimat nanti saya nak beli buku2 sekolah kakak dia pulak, si Mimi Montel tu..hahaha.  Lepas tu bolehlah daftar sekolah agama untuk Mimi jugak.  Teruja sebenarnya..tak sabar nak tgk Fifi masuk sekolah.  Esok, pendaftaran dan orientasi.  Korang camana?  Dah settle persiapan sekolah?

Monday, October 22, 2012

Sports Day Fifi..


Last Saturday, pagi2 pukul 7 dah tunggu bas.  Fifi ada sukan kat Taman Metropolitan/Taman Layang2, Kepong.


Kakak dia ni Mimi mmg terlebih over.  Saya lebih susah nak handle dia dari Fifi masa kat sini.  Menguji kesabaran betul.


Fifi ngan kawan baik dia Iman.  Kesian budak2 ni..xleh nak duduk sangat, padang lecak, letak tikar pun basah.  So, duduk hujung2 je.


Setelah lama menunggu..dekat pukul 10 dah masa ni..barulah nak mula acara perbarisan.  Budak kain kuning tu nama dia Wanie.  Rambut ori tu uoll.  Rambut dia mmg lebat dan kerinting..hehehe.


Fifi dah excited nak berarak. 


Ada 3 zon kalau tak silap.  Zon Gombak, Zon Bangsar & Zon Cheras.  Dalam setiap zon ada 6 buah tadika kot.  Ni tadika kancil di bawah DBKL..khas utk kanak2 umur 4 & 5 tahun je.  Masa ni panas betul.  Terik..kesian budak2.  Mujur orang yg rasmikan tak ckp lama sangat.


Terpaksa beli menatang ni sbb si Fifi dah menangis2..berpeluh2 kepanasan.  Yelah, start lambat kan.  Itupun ada jugak sekolah yang baru sampai masa ni.


Menunggu lagi, acara tadika dorang ialah acara yang ke 5.  So, inilah acaranya.  Junjung pundi kacang.  Fifi kat depan sekali.  Sampai senget2 nak balancekan pundi kacang tu..hahaha.  Tapi sayang saya tak dpt snap pic dia tgh berlumba.  Siap pegang, main tak ikut rules..hahaha.  Tapi masa ni ada budak2 yg dh takde mood nak main, so ada yg terpaksa main 2 kali.


Lepas tu game kepit bola pulak.  Fifi jugak yang mula di hadapan.  Game ni dia terpaksa main 2 kali sbb ada kwn2 yg tetiba moody xnak main.  Maybe panas sangat or dh penat tunggu lama.


Yeah..kepit bola sambil terbang di awangan.  Dapat jugak saya snap pic sweet moment mcm ni.  I like.  Btw, dua2 game dorang kalah..tapi tetap dapat hadiah saguhati.


Bergambar dengan papan tanda nama TSK Apt Abdullah Hukum sebelum balik.


Inilah hadiahnya.  Tapi Fifi dapat dua sbb masuk 2 acara.  Yang lagi satu, tupperware air warna pepel, tupperware makan warna biru.  Bolehlah guna next year...hehehe.  Oklah, panjang dah entry ni.  Happy working peeps!


Friday, June 22, 2012

Report Card Day..


Yeah...saya cuti hari ni.  Reason for leave?  Kena gi amik report card Mimi daaa.  Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.  Harap2 result dia bagus.  

Lepas tu?  Shoppinglah..apalagi.  Destinasi?  Pavillion baby!  Yeah!  Ada RM200 voucher G2000 kan..moh perabih.  Lagipun today is payday! U oll kerja baik2 eh.  Have a great weekend!