Minggu ni Dee bz..so, mari layan Senyum Pisang dalam Mastika je ye..hehehe.
Jam Mati
Suatu hari Pak Pandir dihadiahkan jam dinding oleh pasukan keselamatan kerana membantu dalam operasi membanteras komunis.
Alangkah bangganya Pak Pandir lantas menggantungkan jam tersebut di depan rumahnya. Maka ramailah orang kampung datang melihat jam tersebut. Waktu itu, itulah saja jam yang terdapat di kampung Pak Pandir.
Suatu hari, anak Pak Pandir dengan wajah kusut memberitahu jarum jam berhenti bergerak. Kebetulan ketika itu ramai anak buah Pak Pandir sedang menyaksikan kejadian jam itu mati.
Lalu Pak Pandir menurunkan jam tersebut lantas membelek-belek depan dan belakang. Tanpa sedar Pak Pandir terkuis bateri jam tersebut dan bateri tercabut.
Entah macam mana ternampak pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bekas bateri. Pak Pandir pun mengangguk-angguk sambil tersenyum memberitahu kepada anak-anak buahnya: "OOOOH...patutlah tak jalan, drebarnya mati tershepittttt....!"
14 comments:
hehehe besh besh sis.
pocket suka
Post a Comment