Kenapa saya nak bagitau ini bukan blog politik? Yelah, nanti sebab nampak gambar pemimpin pembangkang kat sini, kang ada yg cop blog saya blog politik pulak...hahaha. Kalau nak baca blog politik, sila google..berlambak ada..hehehe. Oklah, program ni dah lama..awal Januari aritu. Sebenarnya bukan saya yang bagi nama anak saya utk sumbangan ni tapi cousin saya yang masukkan nama dia. So, pada hari kejadian kelam-kabut saya dibuatnya. YB Nurul Izzah dah sampai tapi saya baru terhegeh2 nak masuk dewan. Eh..dewan ke? Kecik je tempat ni, tak layak dipanggil dewan. Bilik darjah tu besar jugaklah, ini lebih kecil dari bilik darjah. Tgk backdrop tu..sempoi habiskan? Miskin peruntukan..ginilah.
Biarlah apa pun orang nak kata tentang YB Nurul Izzah tetapi dia secara personally, sangat mesra orangnya. Teringat masa saya terserempak dgn dia di Pasar Malam Pantai Dalam, sangat2 peramah. Muka bersih tanpa secalit mekap. Masih kekal dengan imej tudung bawal. Sangat manis orangnya. Masa dia berucap ni pun takde protokol langsung. Memang sempoi orangnya.
Mimi dapat beg sekolah sumbangan Yayasan Salam. Lepas sorang, sorang budak diusiknya. Sweet sangat. Tak ramai yang dapat, tak sampai 10 orang pun. Dan yang pernah dapat tahun ini, tahun2 depan mmg takkan dapat. Tak terhad pada kanak2 darjah 1 je tau. Yang ada dalam dewan tu pun ialah orang2 yang sama ada kalau UMNO buat majlis. Begitulah 'kita' kan, tak kiralah sapa pun yang kita pilih, kalau dapat sumbangan dan bantuan, tak salah rasanya kita menerima. Hakikatnya, mereka ini dipilih rakyat..iaitu kita sendiri.
Tanpa segan silu, saya cakap, YB saya nak bergambar. Eh..boleh2. Lepas tu, jap2..saya pun nak amik gambar u oll ngan BB saya. So, suami sy yg tolong capture kan. Dia pun tgh busy, so tak sempat makan. Tapau karipap je. Siap dia ckp, sorry, saya tak malu tapau karipap. No protocols..itu yang bestnya. Eh..jangan salah sangka..baju saya kuning tu kebetulan je. Bukan baju 'Bersih' tapi baju Family Day company husband saya..hehehe. Apa pun, terima kasih atas sumbangan yang diberi. Kalau boleh berilah lagi..hahaha. Lepas ni kalau orang lain yang terpilih sebagai MP Lembah Pantai, harap2 dpt yang mesra rakyat jugalah..barulah Wakil Rakyat namanya..hehehe. Adios..take care!
19 comments:
eh die dah kawin n ade anak kan.....maintan jek dari dulu sampai skrang body die kan....
2) uncle memang suka YB macam ni...
sempoi jek tudung kelepet2 pn xde hal
sebat jer dee apa yg orang nak bagi, apa kisah...
down to earth gitu...
org memberi, kita menerima...
rezki jgn ditolak :)
dah lah sweet :)
Post a Comment