Cuti Tahun Baru 2012 tu tetiba tekak teringin nak makan durian. Saya cuma terbayang2 Rawang je. Tapi alang2 nak gi Rawang, jomlah lajak sampai Fraser's Hill. So, lepas je dari Kuala Kubu Bharu, nampak Empangan Sungai Selangor ni (tak sure sangat nama). Apalagi, turun posing2lah. View mmg cantik. Ramai orang berhenti kat sini utk amik gambar. Lepas tu teruskan perjalanan, anda akan nampak kereta parking kiri kanan dekat dgn jambatan. Bawah tu Air Terjun Sg. Chiling. Memang syok ar kalau dpt mandi waterfall tapi kami teruskan perjalanan. Ok, tips eh. Sila bawa baju lebih, plastik beg, minyak cap kapak sebab jalannya adalah sangat berselekoh..ala2 S..mcm ular kena palu. Sib baik anak2 saya tak muntah tapi pening2 je. Banyak kereta yg berhenti tepi jalan sbb anak2 muntah. Kesian. Jalannya lebih teruk dari Cameron Highland.
Setelah pening2 lalat, sampailah kita ke kaki Fraser's Hill. Sekarang ni dah tak perlu tunggu2 queue. Naik satu hala, turun pulak hala lain. Senang. Dulu ada timing2 kan nak tunggu naik. Sekarang naik je, tak perlu tunggu2.
Sampai2 sinilah tempat wajib amik gambar. Roundabout sebenarnya. Tapi nak posing kat sini kena tunggu giliran. Eh lupa, lagi satu tips..sila isi minyak kereta anda dengan penuh ye. Kat atas ni takde stesen minyak.
Jalan ke depan sikit, lepas dari Paddock ada sebuah pusat penjaja. Kitorang makan kat sinilah. Jenuh gak menunggu sebab ramai orang. Harga boleh tahanlah, rasa pun boleh tahan gak.
Dekat sini boleh main motor kecik ni. Yg pakai minyak tulah. Ada yg jenis ni, ada yang jenis superbike. Harga lupalah nak tengok.
Atau anda boleh mengajar anak anda main golf. Memang comel2 je sesuai utk budak2. Yang ni murah tak sampai RM10. Tapi kami tak cuba pun. Besar gak golf course mini ni tapi tak amik pic lah.
Oh.ini sekarang aktiviti favourite kami anak beranak Saya naik dengan Fifi..1 round RM8.Macam Mimi naik sorang...RM4. Memang anak2 saya enjoy naik kuda ni. U oll don't miss this tau kalau pergi ke Fraser.
Ini tempatnya..dari tepi jalan dah nampak. The Paddock Fraser's Hill..tepi tempat ni lah jalan turun balik ke KL atau Raub.
Kalau minat memanah pun boleh juga cuba. Kami tak cuba. So, harga pun tak sure.
Lepas je dari naik kuda tu, kami rehat2 je di depan padang golf di main centre Fraser. Kat sini xdelah sejuk sangat kalau dibandingkan dengan Cameron. Tapi udaranya nyaman. Kadang2 ada juga kabus..terutama bila turun dari Fraser. Malamnya sejuk juga smpi ke tulang hitam..hehehe. Tapi saya pergi balik hari je. Takdelah smpi bermalam. Ada juga hotel2 kalau nak menginap. Balik dari sini kami terus makan durian kat Rawang. Harap dapat memberi sedikit info buat mereka yang suka cuti2 Malaysia. Story esok eh. Bye, take care.
22 comments:
bestnya kalo leh g dating kat fraser neh... ahakss~
bagus u kasi tips..at least sape2 yg tak pnah ke sini boleh prepare minyak angin smua hehehe
masa i gi dulu *2/3 years back*
stil kena ikut timing...
coz satu laluan jer...
pastu tobat
hahaa mabuk2 aku naik ari tu
dana tak penah sampai lg tau freserhill tu... melampau kan heheh ahak3
teringin jugak,
tapi tuelah masa x menentu,
huk huk huk
Post a Comment