Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di Kenangan Hotel, Bandung dengan selamat. Sebelah saya tu Pak Budi. Dia supir yang sepatutnya bawa kami round2..tapi dia sibuk sangat dengan tourist dari Jepang, maka kami dibawa oleh Pak Ceppy.
Gambar Pak Ceppy nanti2 saya tunjuk eh. Lagipun sure korang dah tengok gambar dia kat blog kuncu2 yang lain tu.
Ginilah lebih kurang bilik kitorang, Economy je. Ekon nggak ada, fan je ada. Saya tak sempat nak snap pic bilik sebab roommate saya dah buat 'tiger show' lak dlm bilik tu. Kepenatanlah tu..hahaha.
Macam Sis Wahida cakap, kalau travel ngan kawan2 bolehlah. Tapi kalau dengan family ambillah bilik besar sket, ada aircond mcm kat bawah ni.
Ni bilik Deluxe rasanya. Amik dari website dia. Lebih besar, lebih selesa. Bilik ekonomi tu berlaga2 punggung bolehlah. Air dia jap panas jap sejuk. Mandi mcm kena renjatan elektrik je kekdahnya..hahaha. FYI, sinki kat luar bilik shower eh. Towel bawalah lebih atau bawa aje kain batik ala2 Izzah, Ombak Rindu mcm Sis CT Elly..hehehe. Towel kat bilik ekonomi tu lebih layak dibuat alas kaki je kalau kat Malaysia ni.
Tutup atas, bawah buka, tutup bawah, atas buka..muahaha. Lagi satu, dia bagi sabun buku kecik tu je. Yang lain nan hado. Oh, ye lagi satu, sila bawa adaptor plug international tu seperti di bawah ni.
Sebab kat Indon dorang pakai plug mata 2 jenis bulat tu mcm kat bawah ni.
Adoi, malam pertama tension ok. Takleh nak guna plug. Tapi kalau tertinggal, kat hotel ada jual Rp6000. Alah, dalam RM2 lebih je. Bolehlah kan. Kalau bawak siap2 lagi bagus.
Ada lagi pesanan, kat bilik ekonomi ni takde kettle mcm biasa kita jumpa kat hotel2 di Malaysia. So, xyahlah bawak milo, kopi cafe 21, maggi in cup..eh..tu yg saya bawaklah..hahaha..tapi akhirnya tak dpt diguna langsung. So, sedekah ajelah pada Pak Ceppy. Bawak balik pun buat berat beg je kan.
Iron pun silalah bawa travelling iron spt di bawah ni. Ada gunanya jugak saya beli iron sejibik sejibon mcm ni dulu...hehehe. Bukanlah takde iron, tapi bila tanya, kejap dia kata kul 8, karang kau tanya lagi, dibilang jam 9..eh..lecehlah.
Mujurlah saya tidak meletakkan harapan yg tinggi masa menginap di hotel ini. Jadi tidaklah kecewa sangat. Lagipun balik je dah dkt kul 12 malam. Terus tidur. So, tak kisah sangatlah keadaan bilik tu janji bersih. Lagipun what do u expect bila u bayar RM70 satu malam. Eh..with breakfast lagi tau.
Lagi satu pesanan penaja, jangan masak air dari paip ye. Sila beli air mineral dan masak. Takut nanti ada yang sakit perut nanti. Air dorang tak bersih. Macam kitorang beli sekarton air mineral botol kecik tu...senang.
Oh, ye..pasal hotel ni, kalau nak tau lebih lanjut, sila email mereka di info@kenanganhotel.com atau visit website mereka wewewe.kenanganhotel.com. Eh..www je tau, jangan lak korang type wewewe..kehkehkeh. Lepas ni tengok entri kami jalan2 ye.
31 comments:
cuma kalau bawak family, kena amek room yg laaaaagi selesa dan besar la...
wow!!!
ai like!!!!!
hehehe
bandung,jakarta dgn jogya,air kotor sgt.
kena beli air mineral siap2.
member pernh pergi sanan 2005,blik sakit teruk sbb tersilap pergi msk air paip masa ari last kat sana.
barulah setailo..adventure la sikit Dee dpt bilik camtu.biar duit "dibazirkan" utk shopping.tido boleh kat malaysia.kalau aku g melancong,tidolah aktiviti aku asa paling membazir!wakaakakkka XD
hehee..ada speaking indon kat lam entri ye~
=}
coz bila holiday kita byk jalan luar dari lepak kat hotel kannnn...
peprgh!!!
tiga ari ..air jer keluar..
dah tak der benda keras nak keluar dah hohooo..
nice tips sis..
terutama about sterika :D
hahaha
Wati
wati@lumutport.com
nak tanye kalau book hotel kenangan ni kena bayar deposit dulu x?ke just book bayar kemudian?
MBTS~ Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung &
Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra,jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)
Kereta + Pemandu +Parking +petrol + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)
Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm
Toyota Avanza ( 6seat ) 125 RM
Isuzu Elf ( 12seat ) 195 RM
Isuzu Elf Long (16seat) 270RM
*no extra caj jika nak pegi tangkuban perahu or kawah putih (dalam beza hari)
* we dont need deposit and no penalty if cancle
CALL / text / whatsapp
WhatsApp : +62 858 6137 8328 (fast response)
pin blackberry : 746C D4CE
tonytransportbandung@gmail.com
Post a Comment