Saya, Iyra dan K Tina bertolak ke KLIA via KLIA Ekspress di KL Sentral pada cuti hari Wilayah baru ni. Eh, saya berjalan pun dah siap masak kari ikan tenggiri tau utk suami. Itu pesan arwah mak dulu. Nak ke mana2 pun, masak siap2 utk suami. Cewah..tips tu utk anak2 dara di luar sana. Baru suami melepaskan kita pergi dengan hati yang senang.
First time saya naik KLIA Ekspress. Tak terasa laju tapi sebenarnya mmg laju. Dalam masa 28 minit dah sampai KLIA. Tambang utk dewasa RM35, kanak2 RM15. Sila rujuk di SINI utk sebarang info.
Sampai je KLIA, meet up ngan geng2 yang turut bersama ke Jakarta-Bandung. Eh..plan ni dah lama ni..dari last year. Kejap je rasa nak menunggu bulan 2. Beg masing2 besar. Ada yang brgnya cuma 3 helai t-shirt, ada yang dlm beg besar ada beg kecik. Standardlah masing2 dah ready nak bershopping sakan. Meh saya perkenalkan kuncu2 yang join aritu. Dari kiri, Sis Iyra, sebelah saya tu, Sis Elly, Sis Wahida dan last sekali tu Sis Nor.
Pastu naik aerotrain nak ke Terminal. Eh..semua ni first time experience utk saya. Tapi seronok.
Kat belakang tu lah kapalterbang kami. Serba biru, KLM Royal Dutch Airline. Flight ni all the way dari Amsterdam. Adalah dia stop2 byk country sebelum transit di KL sebelum terbang ke Jakarta. Saya beli tiket RM371 termasuk meal dan luggage 23kg. Please take note..23kg utk 1 piece. Jangan korang pergi pecahkan 2 beg. Takleh campur2. Lepas tu jangan combinekan mcm suami isteri kan packing 1 beg. Jangan ingat ia akan jadi 46kg ye. 1 piece 23kg je per pax. Kalau satu besar 23kg, yang kecil sila bawa as hand luggage. Kalau extra charge..dalam USD tau. Masakkkk. Kalau tak faham, boleh je tanya saya or KLM sendiri.
Yang bestnya dalam KLM ni...bantal dia bagi siap2. Pastu depan saya tu kan ada monitor tu. Boleh dengar muzik, main game atau tonton movie. Pilih je nak tgk apa. Best2. Saya layan movie je. Movie lak mmg yg latest2lah. Dia akan provide earphonelah, so sgt2 comfortable. Kapalterbang ni besar, masa pergi ni seating dia 3-3-3, masa balik 3-4-3. Besar dan luas.
Stewardess dia walau tua, tapi service tip top. Masa pergi, saya tertumpahkan coke atas jeans saya. Kemain lagi dia mengelap seluar saya. Memang terbaiklah.
Akhirnya tiba di Airport Jakarta. Kat sini kami kena paw. Sebab masa nak angkat barang, kaki2 paw ni pun sibuk sama tolong angkat. Mmg kami taknak bagi tips..tapi kalau dah kerumun2 camana kan. Sis Nor tak tahu, so hulurlah RM20. Rupanya banyak betul dia bagi. Manalah kami tahukan. First time and all of this is experience. So, next time dah tau. Hati2 ye kalau ke Indonesia.
Dari airport Jakarta, kami terus ke Bandung menaiki APV. Singgah di Rest Area makan nasi padang. First time naik kereta di Jakarta adalah sgt2 scary. Gilerlah cara dorang drive. Tapi kagum, 5 hari di sana tak ada satu kemalangan pun. Eh..ada tapi tak melibatkan kami lah. Kemalangan kecil je. Still susahlah nak jumpa accident, walau cara dorang drive sgt2 menakutkan. Nak tengok kenderaan bergesel pun susah.
Ini masakan Padang. First time saya makan ni. Dorang letak lauk banyak2. Yang diusik je dikira. Tengok ayam yg takde kulit tu. Serius semua orang geli geleman tengok. Ni lah first time dan last time kami makan masakan Padang di sana. Tapi sambal hijau dia sedap. Saya suka.
Kami makan masakan Padang kat Restoran Sederhana 19. Restoran ni merata ada di Jakarta dan Bandung. Franchise kot. Harga murah je. Tak ingat berapa. Tapi murahlah utk 6 orang makan. Kami teruskan perjalanan ke Bandung dalam keadaan hujan lebat. Tiba di Bandung, kami tinggal di Hotel Kenangan, Bandung. Esok, saya cerita pula apa yang kami buat dan ke mana kami berjalan. Stay tuned everybody!
28 comments:
salam kenal
mmg tgh pasang angan2 nk soping kt bandung :-)
nnt dee bg la estimate rege brg2 kt sana ye
senang nk jadikan panduan
tq mmuahh
takpe takpe, pengalaman mengajar kannnn....
more, more more stories pleeezzzz
...suka bce. catatan perjalanan yg sempoi~
=}
tggu next entry lagi..
seat pun selesa...bestner
kt indon mmg camtu yek, asal nmpak tourist je msti nk mengepau...ish seram lak
tak sbr nk tunggu cite supink lak
derang drive kete mmg dahsyat..tapi boleh tolak ansur je dgn driver lain.
hotels. Check also special deals on
Bali Resorts
Hotels Kuta Bali
Bali Seminyak Hotels
Legian Hotels
Nusa Lembongan Hotels,
Nusa Dua Beach Hotels
Ubud Hotels
Bali Hotels
Bali Luxury Hotels
Sanur Beach Hotel
Hotels Bali Kuta
Hotels Seminyak Bali
Or if you want to get holiday in Phuket, you can book from Phuket Hotels , Patong Hotels booking online,and Istanbul Hotels Turkey for Istanbul Turkey Online reservation.. Thank You.
Post a Comment