Situ Patengan merupakan sebuah danau yang berada pada ketinggian 1600 meter dari aras laut. Sepanjang perjalanan ke sana tulah, kami ternampak ladang teh yang mempesonakan tu. Turun je dari Kawah Putih, kami teruskan perjalanan ke sini. Hujan dah mula turun rintik2.
Masuk sini kena bayar juga Rp5,000 bersamaan RM1.70. Kitorang sempat bergambar di kawasan parkir je. Nampak bot2 belakang saya tu? Bot2 tu boleh dinaiki utk ke pulau yang terletak di tengah2 danau. Kat pulau tu lah terletaknya Batu Cinta.
Aman, damai, saya dah berangan nak naik bot tu utk ke Batu Cinta sebenarnya masa ni.
Ha..tulah pulaunya.
Tapi malangnya tetiba hujan turun dengan lebatnya. Hajat kami tak kesampaian nampaknya. Takpelah, takde rezeki.
Beginilah keadaan tasik Situ Pantenggang kalau korang dapat berada lebih dekat dengan tempat di mana bot berlabuh. Cantikkan.
Lagi gambar, untuk membangkitkan keterujaan korang..hahaha.
Cantik sungguh alam ciptaan tuhan kan?
Inilah batu cinta yang terdapat di pulau tu. Kepercayaan orang2 di situ, sapa2 yang pernah sampai di Batu Cinta dengan pasangannya, cintanya akan kekal abadi.
Tapi kami semua takde rezeki nak menjejakkan kaki ke sini. Maybe lain kali ada peluang, ada masa, insyaallah..bolehlah ke sini lagi. Esok kita berehat seketika dari entry Bandung ye kerana esok adalah hari istimewa buat saya. Tunggu!
17 comments:
baru lah lovey dovey gitu hehehehe
ahakssssssss~
walaupun tak sampai bt cinta tu...insyallah cinta kite kekal abadi ke akhir hyt
Post a Comment